Nuffnang Ads

Pages

Saturday, January 1, 2011

DS Najib Mahu Jumpa YBM Tengku Azlan 5 minit Tanya Persediaan PRU 13

DS Najib mahu YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan memajukan Jerantut dan DUN Tahan. Tuanku Sultan Pahang selalu memantau progres pembangunan di Jerantut untuk kepentingan rakyat baginda di pedalaman Pahang.

Bermula 8 Januari 2011, DS Najib mahu jumpa YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut 5 minit tanya persediaan parlimen Jerantut menghadapi PRU 13.

DS Najib mahu tahu persediaan parlimen Jerantut menghadapi PRU 13. YBM Tengku Azlan perlu bersedia dengan ditanya DS Najib. 30 AJK UMNO Bahagian Jerantut perlu membantu memberi input. Sayap-sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri perlu membantu. 120 Ketua UMNO Cawangan dan barisan AJK cawangan juga perlu memantau kawasan masing-masing.

3 ADUN di parlimen Jerantut mesti berkomunikasi dengan YBM Tengku Azlan. WZWH jangka pertemuan DS Najib dengan YBM Tengku Azlan akan berlansung lebih 5 minit mungkin 10 minit kerana parlimen Jerantut ada banyak isu-isu yang perlu diselesaikan.

Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. PRU 13 kemungkinan diadakan minggu kedua bulan Jun 2011. Jika tidak, ia akan dianjak sehingga November 2011.

Bagaimanapun perkembangan-perkembangan terbaru ini menunjukkan wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak berhasrat untuk bertanding mahukan pilihan raya diadakan tahun depan. 

Ahli-ahli Parlimen kanan mengharapkan faedah daripada pelbagai projek yang dilaksanakan sebelum pilihan raya umum. Ahli-ahli Parlimen muda (penggal pertama) tidak akan memperoleh pencen jika pilihan raya umum diadakan awal.

Penasihat-penasihat DS Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun 2011 ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempatan pada suku ketiga. 

DS Najib, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini. 

Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh. 

Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran DS Najib.

7 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH,
Saya harap Tengku Azlan kena beritahu PM Najib orang Ulu Tembeling tidak bagi undi selagi Projek jalan Ulu Tembeling tidak siap. Siap kena salailah bos awak nanti he he he...

WZWH said...

Salam Anon 6:09,
WZWH tidak fikir orang Ulu Tembeling seganas dan brutal begitu sekali. Yang penting ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan sudah tunjuk kesungguhan dan bersusah payah berusaha memastikan Projek jalan Ulu Tembeling sedang di jalankan. Anon boleh tanya orang Kampung Pagi lihat bagaimana projek jalan itu sedang dibuat. Orang Ulu Tembeling masih boleh berfikir dengan rasional lagi.

Anonymous said...

aik, kata wan amizan dh nk bersara, dh insaf dan redha

WZWH said...

Salam Anon 8:45,
Wan Amizan memang nak bersara tetapi MB nak dia bertanding lagi. Susah siapa jadi calon UMNO di DUN Tahan selepas Wan Amizan. Mesti jadi gila, pening kepala, nak urus DUN Tahan.

Anonymous said...

ya,tidak ramai pemimpin yang rakus dan tamak haloba sepertinya yg memohon tanah beratus-ratus ekar yg juga direbutkan bersama anak buah sendiri. Susah nak cari org yang sanggup halang pertanian anak buah kerana hendak melombong bijih besi ditapak yang sama, hehe dan memang susah rakyat hendak menerima wan amizan kembali, dia akan sitolak oleh rakyat, PM mesti tahu hal ini, MB mesti tahu hal ini, rakyat benci wan amizan bersama penasihat nya wzwh

WZWH said...

Salam Anon 12:24,
Anon sepatutnya ke depan. Pergi buat report kepada SPRM, tulis surat kepada MB dan PM. Kalau tidak anon tidak berlaku adil kepada Wan Amizan dan orang DUN Tahan. Buktikan kepada masyarakat.

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH,
KJ tak nak bertanding parlimen Rembau, Wan Amizan pun tak nak bertanding DUN Tahan la ha ha ha...
Susah susah WZWH bertanding DUN Tahan tu Tuan WZWH calon terbaik DUN Tahan. Tuan WZWH pun layak bertanding parlimen Jerantut ganti Ku lan yang sudah tua tu..he he he