Tuesday, January 18, 2011

Blog Jerantut Kembali Meriah Dan Nasihat Dato' Sharkar Kepada WZWH

Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini dan sini, WZWH tegur blog-blog Jerantut yang "tidur" baik blog pro BN mahu pun PR. WZWH mahu lihat blog-blog Jerantut aktif berblog menyentuh isu Jerantut dan nasional supaya rakyat Jerantut ada kesedaran kepada apa-apa isu menyentuh Jerantut.

Ekoran itu beberapa blog seperti:
telah mula buat posting. Ada blog baru muncul iaitu blog Cucuimamrasu yang WZWH kira boleh menambah kemeriahan blog politik Jerantut.

Akhirnya blog 'uRag dRrulug' dan SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT (SPU) telah mula keluar posting maka WZWH rasa lega blog Jerantut kembali meriah. Blog GERILA pun muncul dengan posting terbaru setelah menyepi sekian lama.

Blog SPU tawar "mencari perdamaian" kepada WZWH. Selalu WZWH cakap WZWH tiada masalah dengan blog-blog politik Jerantut kerana blog WZWH hanya komited dengan pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut. WZWH mahu beri idea bagaimana Jerantut mahu mengejar arus pembangunan yang sudah lama meninggalkan Jerantut.

Bagi WZWH kritikan itu bagus untuk diperbaiki dan ditambah nilai. WZWH berfikiran terbuka. WZWH tidak ada permusuhan dengan mana-mana blog politik Jerantut. Begitu juga blog Urag Drrulug, WZWH tidak memusuhi blog UD.

WZWH values much the opposite or contradiction views. WZWH also loves critics. But when WZWH is ready to express fully political thoughts so be ready to face it direct language and WZWH's critics to others.

Pada 16 Januari 2011 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan berlansung kolokium Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pahang. WZWH berkesempatan bertemubual dengan YB Dato' Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Dato' Sharkar kata kepada WZWH bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan blog Pahang ku. Jadi kenapa libatkan beliau. WZWH jawab bahawa WZWH tidak bersetuju dengan satu posting dalam blog Pahang ku yang WZWH kira posting itu bersifat rasis kepada orang Kelantan Pahang.

Maka WZWH mahu Dato' Sharkar sebagai EXCO IT Pahang memantau blog ini. Dato' Sharkar berkata beliau akan memanggil semua bloggers Pahang lagi sekali. Beliau berkata elok bloggers Pahang ini punya satu blog induk yang boleh diselaraskan dan mempunyai hala tuju senada dengan UMNO Pahang.

Dato' Sharkar berpendapat blog Pahang ku adalah wadah blog yang sedemikian untuk menyatukan bloggers Pahang yang mesra UMNO dan BN di Pahang. WZWH bersetuju dengan pandangan Dato' Sharkar. Kemudian WZWH sembang politik dengan Dato' Sharkar mengenai politik Pahang secara umum.

Maka oleh kerana Dato' Sharkar ini pemimpin pelapis muda yang berpotensi dan EXCO yang dipertanggungjawabkan oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang menjaga IT Pahang sudah semestinya WZWH akur dan menghormati nasihat Dato' Sharkar.

9 comments:

rumahkaca said...

blog tuan hebat. tajam dan bernas. saya sudah linkkan blog tuan di http://rumahanjas.blogspot.com. Tolong link sama ?.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Rumahkaca,
WZWH sudah link blog rumahkaca. Terima kasih.

Anak Murid Dato' Saba Temerloh said...

Salam kepada Dato Landak .. harap2 lepas nie tak lah ambik duit tanah dan sebagai nya .. spt di Lanchang dulu .. skarang nie towkey maner yg duk bela Dato Landak ?

Anonymous said...

salam,

wzwh ayat awak semua nya ayat politik bole tahan, kipas pun kuat jugak tu.. tp anyway tahniah saya suka blog awak byk info tp jgn suka berbohong ya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:08,
Terima kasih anon suka blog WZWH. Di Jerantut tak dipanggil bohong, orang Jerantut panggil pungkor he he he. Tapi blog WZWH informatif dan fakta plus sikit spekulasi dan teori original WZWH.

Anonymous said...

pic diatas.salam cium tangan=salam mengampu

Anonymous said...

Salam anon 10:07,
Ampu tak ampu Dato' Sharkar sekarang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang. Beliau pemimpin muda ada potensi boleh melonjak lebih tinggi dalam politik. Kita sokong pemimpin muda Pahang naik.

Anonymous said...

Berok mana mengaku anak murid dato sabar tloh tu.rasanya bukan anak murid dato sabar xp anak haramjadah.

Anonymous said...

masa pas merintah teganu dulu broker yg digunakan olih exco pas masa tu tuk jual balak adalah broker umno gak yg dia pakai.apasal dak guna broker pas.TAKUT PECAH LUBANG.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...