Tuesday, January 25, 2011

BN Dan PRU 13: Ramalan WZWH


BN dijangka menang PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar. Pengundi akan mengundi BN kembali selepas mencuba pembangkang pada PRU 12. Rakyat Malaysia sudah belajar jika kerajaan yang sedang memerintah tidak dapat 2/3 majoriti susah untuk kerajaan lebih laju melakukan perubahan dan kemajuan kerana terlalu banyak "politiking" tidak mendatangkan hasil.

Rakyat Malaysia sudah eksperimen pilihan mereka bila mencuba PR pada tahun 2008, ramai mahu memilih BN pada PRU akan datang.

BN akan mendapat kembali majoriti 2/3 apatah lagi DS Najib mahu memenangi kemenangan PRU pertamanya. Rakyat Malaysia akan beri mandat kepada beliau.

PRU 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana masih ada masa sehingga Mac 2013.

Bagaimana dengan pembangkang? Pada PRU 13 nanti PR akan menghadapi kesukaran mempertahankan Kelantan dan Pulau Pinang dan akan tewas di Kedah, Perak dan Selangor. Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak tetap menjadi simpanan tetap BN yang merupakan 45% dari 222 kerusi parlimen.

BN akan memenangi lebih kerusi parlimen dan peratus tinggi undi popular. PR akan beramuk sesama sendiri merebut kerusi.

Isu-isu PRU akan menyentuh kepentingan umum lebih dari ras dan agama. Kualiti tadbir urus negara menjadi pilihan rakyat. Pilihan antara BN dan PR berkisar kepada sistem penyampaian, prospek pertumbuhan, dan kesejahteraan awam.

Majoriti rakyat marhain dan teknokrat mahu melihat Malaysia yang makmur, maju, aman, stabil dan boleh memberi pulangan kehidupan kepada mereka dengan lebih baik. Kerajaan BN lebih diyakini oleh majoriti rakyat jelata.

WZWH ambil komen dari seorang pembaca...

Originally I supported PR but now changing my mind. After winning 5 states PR should focus on adminnistering these states but instead they play too much politics, project 916, just blaming BN for shortcomings, ban alcohol in Selangor...are among others upset many... 

BN will win big in 13GE because: 

1. Unlike 12GE, Dr M is supporting Najib. 
2. Najib is much more pragmatic. 
3. Anwar is slowing down. 
4. BN is more united now 
5. Hindraf movement is over. 
6. Maika issue is settled. 
7. BN components leaders are effective in getting issue resolved. 
8. Chinese who are biz minded supports ETP 
9. 1 Malaysia concept is getting popular. 
10. Many others...

9 comments:

Anonymous said...

ha ha ha ha ha lawak .... pulau pinang will never UMNO/BN anymore .... UMNO can capture kelantan with 2/3 majoriti.... selangor in 50-50 situation .... BN can win Perak with less 2/3 majoriti , but PR can

Anonymous said...

mamat ni nak jadi sotong world cup pulak, ramal2 lepas tu mampus.

Anonymous said...

Salam,

Aik! Rasa sama je dengan chua soi lek cakap... Bila bagi ramalan tu bagilah fakta berdasarkan analisis dan kajian yang telah dibuat..ni ikut sedap mulut je. Kelakarlah macam wazata zain.

DS

SMVAG 93 - 94 said...

kalut je komen yang aku baca... macam takut je.

Anonymous said...

salam.... cukup menarik membaca ramalan WZWH. PRU13 akan dimenangi oleh BN kerana WZWH berkata PRU12 sebagai percubaan kepada PR.

Untuk makluman WZWH, Kelantan, PP , Kedah dan Selangor sukar diambil alih oleh BN. Perak mungkin kembali ke tangan PR. MAlah N9 dan Terengganu 50/50 ke tangan PR.

Percubaan yang dilakukan poleh PR di semua negeri yang telah dikuasai amat memberangsangkan, malah lebih baik daripada Era BN.

Saya petik seorang veteren MIC Jerantut ketika bebual baru-baru ini (24 Jan 2011) berkata, korupsi yang menjadi dalam BN amat mendukacitakan.

Katanya, terlalu banyak perkara membazir, malah lebih banyak untuk membantu org luar daripada 'anak sendiri'.

Birokrasi yang terlalu menjadi-jadi dan banyak memberi luang kepada kroni memualkan orang ramai termasuk beliau yang telah lama bersama MIC Jerantut.

Ramalannya, Pahang mungkin dikuasai BN tetapi dengan majoriti yang semakin sempit.

Oleh itu, WZWH kena tenguk secara terus dan jangan bersifat berat sebelah

Anonymous said...

Tak kisahlah sapa menang nanti kami tetap mcm ni jugak.Yang penting kalaun wan Mizan jadi calon lagi aku akan bagi undi ke pas huhu geranti

Anonymous said...

Ayat2 penyedap hati.Tengok je lah PRU13 nanti.Orang skrg bukan bodoh2

Anonymous said...

Kalau hari2 baca surat khabar utusan malaysia, tengok berita2 TV3, TV1 memang confirm BN akan menang besar sbb media ni tukang kempen BN dan memburuk-burukkan pemimpin2 PR tetapi realitinya rakyat yang akan menilai dan memilih pemimpin yang bagus2. Pahang ni memang confirm BN punya lagi la walaupun takde pun projek2 grand dari kerajaan pusat masuk.. So nantikanlah realiti kehidupan sebenar ketika PRU 13 nanti.. menang besar pun tak boleh bak kata Tun DR Mahathir sebab suara pembangkang yg kuat pun penting untuk pembangunan negara.. Jangan la kita menilai apa yang kita tgk kat Berita Buletin Utama sebab berita tu takde pun nak tunjukkan kebaikan2 yang dilakukan oleh kerajaan kedah, selangor, PP dan kelantan sekarang, yang ditunjukkan berita2 yang memburukkan kerajaan tersebut..

Anonymous said...

betul..betul betullll, kata upin dan ipin

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...