Monday, January 10, 2011

WZWH Memperkenalkan Blog Cucuimamrasu


Blogger Cucuimamrasu menerima 'scroll" dari Tun Dr Mahathir. Seorang blogger Jerantut dari generasi anak pemimpin Jerantut. 

Posting kali ini WZWH memperkenalkan blog baru Jerantut dari generasi anak pejuang politik Jerantut sejak era Pahang Barat iaitu blog Cucuimamrasu ( Perjuangan Hingga Titisan Darah Yang Terakhir). Sila baca sini.

WZWH CnP sepenuhnya....

Sejarah Bangsaku.....

Jika Hari ini Para peneroka dan ahli keluarga mereka bersyukur serta menghargai usaha bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein membangunkan rancagan tanah Felda di seluruh negara sebahagian daripada penghargaan itu sewajarnya ditujukan kepada UMNO negeri Pahang . Menerusi Menifesto Pilihanraya yang pertama iaitu Pada tahun 1955 yang pada ketika itu agensi pembangunan tanah iaitu LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)di tubuhkan untuk rancangan-rancangan tanah tersebut.Manifesto itu mengandungi 47 perkara dan salah satu nya ialah membangunkan tanah rancangan felda.

Menceritakan ini iaitu ayahndanda saya Iaitu Dato Haji Mohd Khairuddin Kawi cicik kepada Imam rasu ini, merupakan bekas speaker Dewan Undagan Negeri Pahang dan Juga Tokoh Veteran UMNO Negeri Pahang. Pada Penceritaannya kepada saya setiap UMNO negeri diarahkan oleh Allahyarham Dato Abdul Razak (pada ketika itu) yang juga timbalan yang dipertua UMNO Malaya dan juga pengerusi Jawatankuasa Manifesto UMNO Malaya supaya merangka Manifesto masing-masing.Manakala itu Ayahnda saya dilantik s Oleh Tun Haji Abdul Razak sebagai Setiausaha Jawantakuasa Manifesto DiPahang Yang dipengerusikan Oleh Dato Kurnia Bistari Abdul Aziz atau pakngah Aziz yang juga pengerusi UMNO Negeri Pahang pada ketika itu.

Tanpa Masalah Ayahnda saya(Dato Mohd Khairuddin) yang duduk dalam jawatankuasa tersebut selaku wartawan serta wakil negeri akhabar utusan melayu menyebut satu persatu ahli jawatankuasa manifesto tersebut.

mereka ialah:
1.Zainuddin Ahamad
2.Maimoon Harun
3.Ibrahim Arshad
4.Salahuddin Awang Pekan
5.Badariah Nordin
6.Yeop sendiri Husin
7.Abdul Rahman Ismail
8.Mohd Sulong Mohd Ali
9.Wan Ibrahim Wan Tanjung
10.Kassim Mohd Amin(Ayah Mertua kepada Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob)
11.Dato Hj Mohd Khairuddin Kawi.(Ayahnda Penulis Blog ini hehehe)

Penjajah Buka Estet Kita buka Felda 

Tahukah kita bangsa kita pada ketika dulu begitu daif atau naif,miskin tidak punya harta.Namun dengan semangat Juang kemerdekaan mereka ini maka lahirlah Tanah Rancangan Felda.bagi merealisasikan hasrat Rakyat.

Setelah Bertungkus Lumus dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dan bagi melihat agar bangsa dan zuriat anak melayu tidak tergadai dan bermaruah pada Pilihanraya pertama iaitu pada tahu 1959 Tanah Racangan Pertama telah mula dilaksanakan iaitu di luruh Bilut.Bentong.
Dato Mohd Khairuddin Kawi dilantik Oleh Tun Abdul Razak sebagai Ahli Jawatankuasa pelawat dan penasihat kltp Luruh bilut lalu banyak berurusan dengan Pegawai Daerah Bentong ketika itu Aziz Yassin iaitu abang kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin.

Ada Peneroka Lari Balik.

Ketika itu jugak 45 org dipilih menjadi peneroka dalam rancangan tanah tersebut yang mana lebih separuhnya anak-anak dari pahangyang tidak memiliki tanah . Namnu begitu ramai daripada mereka kemudian lari balik khususnya yang datang dari daerah kuantandan pekan sehingga menyebabkan Tun Abdul Razak begitu marah dengan keadaan tersebut.

Namun dipendekkan cerita sehingga kini selepas hampir lima dekad LKTP @ FELDA boleh berbangga kerana felda pertama diwujudkan di felda Lurah Bilut, Bentong Pahang kerana diatas bumi negeri inilah dengan keluasan 185,380 hektar atau bersamaan gabungan keluasan negeri-negeri Pulau Pinang dan Perlis telah diwujudakan kawasan tanah rancangan ini keluasan tanah rancangan yang hampir sama besar dengan dua buah Negeri di Malaysia.

Lihatla Bangsaku betapa hebatnya perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang tidak dapat disamakan dengan hari ini....berubah lah demi Agama Bangsa Dan Tanah Air seperti mana mereka melaksanakannya....InsyaAllah kita berjumpa lagi...

Seorang blogger muda Jerantut yang memahami bagaimana kita mahu maju dan makmurkan Jerantut. Selamat berblog di "cyberpolitic" Jerantut WZWH ucapkan.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...