Friday, January 14, 2011

WZWH Jawab Sakmongkol AK47: UMNO Boleh Mengurus Perubahan Dan Memenangi PRU

Blog Sakmongkol AK47 menarik dalam posting terbaru memberi satu pandangan bahawa UMNO tidak boleh mengurus perubahan dan kenapa UMNO boleh kalah sila baca sini.

WZWH suka Sakmongkol adalah blog yang suka provoke pemikiran UMNO. Provocation Sakmongkol walau negatif perlu untuk UMNO kaji dan fikir. Itu yang buat ramai blogger Pahang tidak faham Sakmongkol malah kata beliau suka tulis isu anti Najib.

Kepada blogger Jerantut tidak ramai yang tahu Sakmongkol ini cucu orang Kampung Tebing Tinggi sebuah kampung tradisional di tepi Sungai Pahang di Jerantut. Tapi beliau lebih Pekan dan seorang  ahli politik yang Najib kenal.

Sakmongkol menulis UMNO boleh survive dalam persekitaran tertutup. UMNO tidak boleh mengurus perubahan. WZWH tidak bersetuju.

Sejarah telah membuktikan UMNO evolve, berkembang dan berupaya menangani perubahan. Ianya adalah satu fakta yang diakui oleh Amerika dan China malah England pun bahawa UMNO adalah parti paling lama memerintah dalam sejarah politik demokrasi dunia moden.

England pun tanya parti Labour dan Conservative mereka berasa  cemburu dengan UMNO. But as usual the English politicians would reply that UMNO carries the legacy of British traditions!

Cabaran UMNO dulu lebih hebat dari sekarang. Dulu Komunis pernah cuba berjuang memerintah Malaya dan Malaysia selama lebih 40 tahun dengan cara keganasan tapi gagal. Indonesia pernah cuba mengancam Malaysia secara militari UMNO berjaya.

Krisis kewangan Asia menyerang ekonomi Malaysia pada lewat 1990an bila mana Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Filipina sujud menyembah IMF yang disokong kuat oleh Anwar Ibrahim (Mantan Presiden IMF Asia) pun UMNO boleh atasi badai.

Hanya kerana kesilapan strategi UMNO pada  PRU 12 pada tahun 2008 maka ada orang cuba berkata UMNO sudah tidak relevan lagi! Dan apa yang semua UMNO buat untuk kebaikan negara ini dianggap tahi dan kudis. 

Kononnya orang Melayu di bandar-bandar besar tidak menyokong UMNO. Benci sangat kepada UMNO tiba-tiba!

Konon orang muda juga benci kepada UMNO. Konon orang muda di Malaysia mahu "freedom" kebebasan dan mahu perubahan!

WZWH mahu tanya apa jenis freedom, kebebasan, dan perubahan yang orang muda mahu?

Adakah dulu di Tanah Melayu atau Malaya ini orang muda tidak pernah melahirkan ketidakpuasan hati. Adakah dulu orang muda tidak rebelious? Kenapa dulu pun sudah ada kaum muda dan kaum tua?

Adakah UMNO tidak memberi kebebasan kepada pemuda UMNO untuk express freely political expression? WZWH don't think so because through WZWH experiences WZWH can express political thinking freely in UMNO. UMNO never oppressed the UMNO Youth aspiration.

Sakmongkol guna hujah kes isu politik di Perak dan Selangor membabitkan Sultan. Well what can WZWH tell is that the Sultans of Perak and Selangor knew best how to govern and administer their states. These two advanced countries in Malaysia are ruled by Sultans whom have matured experiences in dealing with politicians. They knew what best for the benefit of their states.

Do not underestimate the knowledge of law and legal expertise possesed by Sultan of Perak. It is simple how much Sakmongkol knows about the management style of Sultan of Pahang?

Bolehkan UMNO memenangi PRU 13? WZWH pernah bertanya kepada YBM Tengku Razaleigh, " Apa yang buat Anwar Ibrahim nampak hebat sangat? Jawab Tengku Razaleigh," Anwar tidak kuat...kita orang UMNO yang suka bagi peluru, modal dan isu kepada Anwar...Anwar memang orang pandai cakap sikit maka dia guna ini semua tembak kita... Anwar tidak kuat..Anwar tidak ada kesan..kenapa orang UMNO takut?"

Baca posting terbaru Blog Sri Tri Buana sila baca sini untuk mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim mengurus ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan Asia sebelum Tun Mahathir mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dan mengharungi  krisis dengan dengan berjaya keluar dari kemelut krisis.

Cara pemikiran dan pengurusan Tengku Razaleigh telah terbukti berkesan di PRK Galas Gua Musang. Jika orang lama, veteran, lebih kurang sama par dengan Tun Mahathir boleh beri cakap dan perbuatannya dikota terbukti empirikal bahawa UMNO boleh memenangi hati dan minda rakyat maka WZWH kira 3.2 juta ahli UMNO perlu yakin dan percaya DS Najib boleh mengembalikan kekuatan UMNO semula.

4 comments:

Anonymous said...

Lu pun mimpi di siang hari.

chenerong ular said...

Dengan gelagat dan cara para pemimpin pemimpin dan kuncu kuncu, para bapak menteri, timbalan bapak menteri, para yang berhurmat, Kekadang bini bini mereka membuatkan rakyat menyampah dan meluat kepada pemimpin pemimpin BN ini, bukan di sebabkan oleh pembangkang kuat.orang orang umno dan cara orang umno dan bn lah yang membuat rakyat berpaling arah. Rakyat tidak mendapat apa apa habuan untuk kepentingan peribadi jika sesiapa pun yang memerintah, ini sikap rakyat sekarang.

Anonymous said...

Barisan Nasional = Barang Naik

Anonymous said...

Salam Anon 11:41,
Kenapa bila getah dari 70 sen sekilo naik RM1.20 kemudian mencanak naik RM5 lagi naik RM7.50 terus naik sampai RM15 sekilo dan kelapa sawit naik hingga RM800 setan TAKDA pun Pakatan Rakyat buat demonstrasi? Maka bila barang-barang lain naik 10 sen, 20 sen maka Pakatan Rakyat bising gila kononnya!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...