Nuffnang Ads

Pages

Thursday, January 6, 2011

Sejarah Berulang "Pahang Man" Menyelesai Isu Politik Selangor

Dalam posting WZWH yang lalu baca sini, Pahang telah campur tangan menyelesaikan masalah Perang Saudara Selangor pada tahun 1872 dengan menamatkan sengketa politik dalaman Selangor.


Hari ini "Pahang Man" KSN TS Sidek telah mengeluarkan kenyataan menjawap isu pelantikan SUK Selangor baru yang diperkenan oleh Sultan Selangor tetapi MB Selangor derhaka titah.
  • Mempertahankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK dengan menegaskan, beliau tidak mengambil kira pertimbangan politik apabila melantik Khusrin yang diprotes kerajaan negeri Selangor.
  • Tidak merujuk kepada mana-mana anggota pentadbiran persekutuan termasuk Perdana Menteri. Dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 serta amalan di mana terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui SUK Selangor.
  • Proses konsultasi ini dilaksanakan dalam proses pelantikan SUK bagi negeri-negeri lain yang berkaitan sama ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) ataupun yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional termasuk pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Tidak timbul isu penolakan oleh kerajaan negeri Selangor kerana pelantikan Khusrin sebagai SUK bukan merupakan pelantikan oleh Putrajaya tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010.
  • Pelantikan SUK Selangor diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1).
  • “Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan ‘appropriate Service Commission’ adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap SUK Selangor.
  • Penempatan Khusrin sebagai SUK Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang beliau selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan ‘appropriate Service Commision’ menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor.
  • Kenyataan bahawa pelantikan SUK Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.
  • Perlembagaan negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan pelantikan SUK.
  • Perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Datuk Khusrin bukanlah sesuatu ‘legal requirement’ di bawah Perlembagaan Negeri Selangor, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan ‘courtesy’ untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan SUK Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri baginda.
  • Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan ‘courtesy’ sahaja.
  • Pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.
  • Perlembagaan negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK Selangor dibuat.
  • Mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai ‘courtesy’.
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat 23 November lalu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu telah memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA telah mengenal pasti dan memperakukan tiga calon untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan SUK  Selangor yang baru.
  • Salah seorang daripada tiga calon itu adalah Datuk Khusrin. Cadangan tiga calon yang dikemukakan itu adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.
  • Surat 23 November juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebagai amalan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 13 Disember kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama tiga orang calon itu telah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan baginda telah perkenan supaya Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

5 comments:

Anonymous said...

Sidek is incompetent like any other UMNO leaders, stupid.
Don' brag your qualification as you too have cow dung brain. It doesn't fit the way you think as what you have. Lulus dulu meniru ke? Ini gerenti pelajar Melayu yang malas membaca atau yang hanya baca komik mangga!
Lu ingat Sidek dari Pahang tu pandai sangat ke. Apa dia dah buat? membodek pandai la. Dulu masa duduk kat Amerika tu kerja nya tukang angkat beg menteri dan mungkin juga cuci bontot menteri. Visi elek!!!

WZWH said...

Sorry Anon 8:20,
You don't know what you are talking about. Pakatan Rakyat is going for anarchy. Don't insult my intelligence by comdemning the best PTD officers we have so far. Malaysia akan lebih menuju kehancuran jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Anonymous said...

Woit wzwh ... Jika Pakatan Rakyat memerintah . Malaysia tak akan menuju kehancuran . bukalah minda sikit . Tapi UMNO yg akan hancur saya percaya ...

Anonymous said...

SALAM,
ANOM 8:20 TU BENGONG SIKIT,JANGAN DUK LAYANLAH DIA TU,ANOM 12:20 PUN BENGONG JUGAK SEBAB DIA PUN KAKI BUNTUT JUGA MACAM BOSS DIA JUGA. KEPALA REPUBLIK BELAKA.PENDERHAKA KEPADA KESULTANAN MELAYU.

Anonymous said...

Orang yang tidak percaya asal usul sendiri dan kaki tidak lekat dibumi. Ibarat air di daun keladi. Kesenangan tercipta Allah tidak akan berikan kalau hanya dengan berpeluk tubuh dan agenda tersembunyi.