Sunday, January 2, 2011

Kenapa Orang Jerantut Hilir Suka Sokong PAS Dan PKR?


Ini adalah soalan yang suka dikaji WZWH. Apa jawapannya bila majoriti pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut Hilir ramai berada di dalam kepimpinan AJK UMNO Bahagian Jerantut, Wanita, Pemuda dan Puteri. Pernah satu masa ada dua orang wakil rakyat dari Jerantut Hilir.

WZWH cakap berdasarkan fakta. Mari kita lihat statistik PRU 12 di Jerantut Hilir. Kawasan-kawasan mengundi Jerantut Hilir seperti berikut:

  • SK Bukit Dinding
  • SK Tebing Tinggi
  • Balairaya Tebing Tinggi
  • SK Gintong
  • SK Temin
Jumlah pengundi berdaftar ialah 2500, yang keluar mengundi ialah 1879 bermakna seramai 621 tidak keluar mengundi. Bagi parlimen BN kalah majoriti 303 dan DUN Damak BN kalah majoriti 351.

Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa 621 orang tidak keluar mengundi? Kenapa ramai pemimpin Jerantut Hilir hebat di dalam politik UMNO Bahagian Jerantut tetapi tidak dapat membantu parti, UMNO dan BN di kandang sendiri.

Kenapa pemimpin Jerantut Hilir tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi tempat mereka sendiri. WZWH telah mengkaji bertanya kepada orang kampung Jerantut Hilir. Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut Hilir tidak dapat memenangi hati orang kampung. Mereka hanya nampak hebat di bandar Jerantut tetapi tidak turun padang bercampur dengan masyarakat tempatan.

Jadi pemimpin tidak mengambil berat kepada orang kampung maka bagaimana orang kampung hendak tertarik kepada mereka dan mengundi UMNO dan BN. Bukan orang kampung hendak sangat mengundi PAS dan PKR pada PRU 12 tetapi protes kepada sikap pemimpin-pemimpin Jerantut Hilir.

Bila ditanya kenapa demikian maka pemimpin Jerantut Hilir menyatakan ahli parlimen dan ADUN Damak tidak turun padang. Ye ke ? WZWH kira ADUN Damak Dato' Lau Lee rajin menjengok mereka. Ahli parlimen Jerantut YBM Tengku Azlan membawa pembangunan di Jerantut Hilir. Pusat Latihan ADTEC beratus juta sudah siap sekarang.

Kenapa orang Jerantut Hilir suka sokong PAS dan PKR? Mungkin pembaca blog WZWH ada jawapannya.

8 comments:

Anonymous said...

Salam.Rasanya maybe UMNO salah letak calon kot. cuba letak calon yg elok sure akan disokong oleh orang bawah tu

Anonymous said...

rasanya bukan sebab mereka tak sokong UMNO tapi sebab dia orang tak suka WZWH dan Wan Amizan sebab tu mereka sokong PAS

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 7:08,
Wan Amizan bertanding di DUN Tahan tidak ada kena mengena dengan DUN Damak tempat orang Jerantut Hilir. Anon tolong beri alasan dan jawapan yang lojik sikit.

Anonymous said...

awk tu yg lemah logiknya, dia dun tahan, tp timbalan ketua bahagian, ketua pemuda bahagian...

adakah dia hanya kp dan timbalan ketua bahagian tahan? boleh jadi juga org tak suka ke dia n tak sukala ke UMNO

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:41,
So apa gunanya AJK UMNO Bahagian Jerantut yang majoriti dari Jerantut Hilir jika tidak berbuat sesuatu. Atau perlu ada Ketua Bahagian UMNO Jerantut dari Jerantut Hilir baru UMNO dan BN kuat di Jerantut Hilir? Tidak begitu kehendak anon. Kalau Wan Amizan berundur adakah pemimpin Jerantut Hilir boleh jamin gerenti UMNO dan BN kuat kembali di Jerantut Hilir?

Anonymous said...

kalau wan amizan berundur kami dar jerantut hilir akan buat pulut kuning, kami akan gegarkan jerantut dan PAStikan kami memerintah jerantut

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:12,
WZWH harap doa anon dimakbulkan. UMNO Jerantut Hilir perlu kuat dan bangkit kembali "With or Without Wan Amizan".

Anonymous said...

KENAPA WZWH NAK PELIK DENGAN JAWAPAN ANON KERANA ITULAH PERANGAI PEMIMPIN DAN ORANG JERANTUT HILIR SUKA MENGALIH PERHATIAN DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN,CUBA WZWH INGAT BALIK SIAPA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN,KETUA WANITA,NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN BUKAN ORANG JERANTUT HILIR,DR SHUKRI,NAZILAH DAN AHMAD JAAFAR,APA KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAWASAN JERANTUT HILIR ADA KAH MENANG,ITULAH JAWAPANNYA BUKAN SALAH WAN AMIZAN,JIKA RUJUK PADA TAHUN 1999 LAGI TERUK,APAKAH WAKTU ITU WAN AMIZAN DAH JADI KETUA PEMUDA ATAU ADUN TAK ADA PUN JAWAPANNYA PUKILAH LAH ANOON

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...