Wednesday, January 19, 2011

Apa Yang Khalid Patut Pinda Perlembagaan Selangor

 
Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari ini.

Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dan menerima perkenan baginda.

Menteri Besar berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.

“Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

“Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

WZWH mendapati kupasan Dato' Shamsuddin Haji Nawawi, Setpol MB Pahang dalam blog Small Talk sangat menarik mengenai pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri yang sedang hangat diperkatakan adalah pindaan yang dibuat pada tahun 1993. Apabila muncul suasana perlantikan SUK yang tidak disenangi oleh MB, ada negeri yang mahukan kuasa itu diberikan sepenuhnya kembali kepada DYMM Sultan. 

Siapa sebenarnya yang mahu dikembalikan kuasa? Adakah DYMM Sultan atau Menteri Besar? Yang kita faham, DYMM Sultan tiada masalah dengan perlantikan SUK itu. Yang merungut dan membantah ialah MB!

Apa kata kalau Undang-undang Tubuh Negeri, kita pinda kepada keadaan sebelum 1993 and beyond? 

Kalau ada yang bersemangat sangat untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan sebagai Raja Pemerintah, apa kata dipinda seperti berikut:-
  • Sultan diberi kuasa mutlak melantik dan memecat MB atas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak membubarkan DUN atas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak memanggil dan memberhentikan Sidang DUN atas pertimbangan baginda sendiri. Tiada sidang DUN boleh dijalankan tanpa titah perkenan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat dan merombak EXCO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak melantik SS, LA & SFinO Negeri atas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak melantik, memecat atau memindahkan semua ketua jabatan yang ada dalam negeri baginda diatas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa mutlak untuk menghalau keluar sesiapa sahaja yang derhaka, kurang ajar atau mengeluarkan kata-kata yang menghasut atau memfitnah atas pertimbangan baginda sendiri.
  • Sultan diberi kuasa menerima atau menolak apa-apa juga Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh DUN. Tiada rang undang-undang menjadi undang-undang tanpa perkenan Sultan sendiri diatas pertimbangan baginda sendiri.
  • Secara amnya, Sultan adalah Raja Pemerintah Negeri dan semua yang lain adalah menjalankan tugas atas kehendak baginda.
  • Apa juga perlakuan baginda, Sultan tidak boleh didakwa di mana-mana Mahkamah sekali pun.
Adakah itu sebenarnya yang dikehendaki? Atau yang dikehendaki itu ialah Menteri Besar mesti menentukan siapa pegawai atau ketua jabatan negeri? Menteri Besar hendakkan kuasa memilih, melantik dan mendapat taat setia dari pegawai tinggi negeri? Dan semua mesti taat patuh kepada ideology parti yang MB anggotai dan anuti?

Ada negeri akan bentangkan pindaan Undang-undang Tubuh pada 24hb Januari 2011. Kita sama-sama tunggu, pindaan apa yang akan dibentangkan? Adakah pindaan untuk kembalikan kuasa DYMM Sultan atau untuk menambah kuasa Menteri Besar? Adakah kuasa Menteri Besar sebagaimana diperuntukkan selepas pindaan tahun 1993 tidak mencukupi? Atau Menteri Besar mahukan kuasa setara dengan kuasa DYMM Sultan? Ke arah mana negeri itu mahu pergi?

1 comment:

Anonymous said...

Sukahati lah - Bukan BN perintah Selangor - kalau BN perintah Selangor esuk buat lah apa pun - cam khir toyo - curi saner curi sini

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...