Saturday, January 8, 2011

PM Najib Beri 5 Minit, YBM Ku Lan Jawab 1 Minit: Najib Terkedu!

PM Datuk Seri Najib Razak (white top) in his face-to-face session with BN MPs today in Kuala Lumpur, this time with Sarawak MPs. — Bernama pic
PM Najib mahu dengar cerita ahli parlimen tentang masalah kawasan. 90,000 penduduk Jerantut ada banyak cerita mahu disampaikan kepada DS Najib.

Sesi perjumpaan PM DS Najib Razak dengan semua 137 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pagi ini.

Sesi pertemuan antara Najib, Setiausaha Agung BN DS Tengku Adnan Tengku Mansor dan kumpulan tiga ahli Parlimen itu berlangsung selama 15 minit dengan setiap mereka masing-masing diberikan masa lima minit untuk menyuarakan pandangan serta membangkitkan sebarang masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing. 

Sesi itu diteruskan dengan Perdana Menteri kemudiannya menemui kumpulan tiga ahli Parlimen berikutnya. Ahli Parlimen yang ditemui selepas menemui Perdana Menteri berkata, menerusi pertemuan itu dapat menyalurkan maklumat mengenai pelbagai masalah dan isu di kawasan masing-masing, secara terus kepada Perdana Menteri. 

PM mendengar maklum balas yang disampaikan, dan ahli parlimen berjaya beritahu secara langsung kepada beliau mengenai isu-isu yang dihadapi oleh rakyat. 

Semalam Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata beliau menganggap pertemuan itu sebagai satu transformasi politik seperti dinyatakannya sebelum ini, dan ia juga bertujuan membolehkan beliau mengetahui keadaan setiap kawasan BN. 

Sebelum ini spekulasi berlegar di media dan di kalangan pemerhati politik mengenai kemungkinan pertemuan itu adalah persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada Jun atau Julai, ataupun serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai ini. 

Bagi wakil rakyat UMNO, mungkin inilah masanya yang paling tepat untuk membentangkan kad laporan masing-masing, seperti yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno TS Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober lepas.

Bagi parlimen Jerantut pula ketika majoriti 137 ahli parlimen memberi jawapan positif kepada DS Najib ada kemajuan boleh menang PRU 13 di kawasan parlimen masing-masing, Jerantut jawab satu minit saja dari masa yang diperuntukan. Jawapan Jerantut mudah: Kalah PRU 13!

DS Najib terkedu! Kenapa boleh kalah? Itu pertanyaan serentak DS Najib dan Setiausaha Agung BN DS Tengku Adnan.

Jerantut menerangkan sebab ketiga-tiga DUN Kalah. Tahan, Damak dan Pulau Tawar kalah maka parlimen pun kalah! Selama 53 tahun apa pembangunan yang dinikmati rakyat Jerantut sepatutnya bila program-program pembangunan terbantut dan terencat, projek-projek lambat siap dan ada yang terbengkalai.

Apa projek-projek yang boleh menaik taraf hidup ekonomi orang kampung tradisional, di Felda-felda dan kawasan bandar dan pinggir bandar kepada 90,000 penduduk Jerantut.

Apa yang ada ialah rancangan, pelan, blueprint yang sangat lambat untuk direalisasikan. Apa yang 90,000 orang Jerantut ada ialah harapan mengunung yang entah bila dapat jadi kenyataan. Menjadi pemimpi yang berharap. 30,000 anak muda Jerantut sudah bosan dengan ini semua. Ramai yang berhijrah ke luar mencari kehidupan yang lebih baik.

WZWH kira itu jawapan yang terbaik. Apa pandangan 90,000 penduduk Jerantut? WZWH mahu dengar.

18 comments:

dzimba said...

tukar semua ADUN yang ada habis cerita.. alang alang kalah biar bagi peluang pada orang lain pula merasa jadi calun.

Faizal R said...

Beri peluang pemuda pulak bertanding, pastikan orang Melayu.

Anonymous said...

Sebagai orang Jerantut,senang je,saya nak:
1. Jalan Jerantut-Dungun
2. Jalan Jerantut-Benta yg baru

Tak boleh buat?54 tahun hidup pon tak boleh nak buat?Takpe,kite tengok je la nanti.

Anak Jati Kg Pagi said...

Saudara WZWH..

Saya anak jati Jerantut yg telah mengorak langkah awal bersama rakan-rakan lain cuba beralih angin tahun 2008 lagi..dan akan kekal berbuat begitu pada PRU13 nanti, Insyaallah...melainkan ada perubahan yg betul-betul nampak depan mata dan bukan cakap-cakap kosong daripada wakil rakyat dan bapak2 menteri mcm bersyair dan berpantun, kami akan pertimbangkan semula pendirian tersebut...Wassallam.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

PM Najib Beri 5 Minit, YBM Ku Lan Jawab 1 Minit: Najib Terkedu!

Sepatutnyalah kalah Parlimen Jerantut. Dari AP dan ADUNnya, sejak dari dulu diperhatikan mereka berkehendakan “red carpet” baru turun padang yang sepatutnya red carpet untuk menunggu kedatangan rakyat mengadu masalah untuk diselesaikan. Kalau dah nampak WR tu sibuk sebagai “Mr Plan”, kemana pula wakil2 mereka untuk membantu mr plan. DS Najib tidak terkedu, yang terkejut YBM Ku Lan dan ADUN bakal digugurkan dalam pru ke 13 nanti.

Pang5 Banir. Masa ada lagi 13 bulan (12.2.12), fikir2lah untuk membuat perubahan sebelum terlambat.

Anonymous said...

syabas dan tahniah YM Tengku. Jangan bagi jawapan YA sebagai berpura2 dan lakonan. Bg jawapan yg berpijak di bumi nyata. Benar, Jerantut akan kalah kerana 90,000 penduduk bosan dengan janji manis selama ini,.

Anonymous said...

Salam Anon 12:27,
Anon sesungguhnya dapat membaca mesej yang WZWH ingin sampaikan. Tahniah anon dapat membaca pemikiran WZWH.

Anonymous said...

Syabas YBM Tengku Azlan,
Tengku telah menyampaikan mesej yang sebenar. Najib buat-buat tidak tahu. Najib pernah jadi MB Pahang tak kan tak tahu apa isu-isu pembangunan Jerantut. Dah jadi PM kini Najib kena performlah. Tak payah panggil Tengku Azlan terus hantar peruntukan.

Anonymous said...

biarlah kalah, kalau pun bagus juga sbb bila menang bukan kemenangan rakyat, pemimpin je yg menang...yg perutnya bontek..hehe..kalahlah...kalahlah UMNO dan BN di Jerantut aku sokong kalah

Anonymous said...

batul tu, sbb ada nya ahli UMNO yg tak berguna spt WZWH ni

Anonymous said...

Anon 10:21,
Kenapa Anon marah ke WZWH? Dia seorang aje. Anon cakap macam WZWH ni ada pengaruh kat Jerantut. Siapa WZWH?

duyuk said...

Tgku Azlan, MP C .highland dan JJ tak hadir meeting tu bro

Anonymous said...

tgku lan tak pegi ke jmpa pm?

Anonymous said...

Duyuk, Anon 11:18,
Najib cakap Ku Lan tak payah jumpa PM. Najib baca blog WZWH aje ha ha ha...

Anonymous said...

kalau gitu wzwh memungkar la, semua cerita dia tulis ni palsu la?

Anonymous said...

Anon 3:35,
Ini metafora politik WZWH. Baca betul-betul posting, WZWH tulis "Jerantut kata" bukan YBM Tengku Azlan kata..he he he .Kalau betul Ku Lan tak hadir itu maksudnya "satu minit: ha ha ha...Najib terkedu!

Anonymous said...

Kalau mcm tu blog ni xda kualiti, spin lebih sampai jadi pembohongan

Anonymous said...

salam,

betul ke ni, boleh percaya ke sumber semua ni... kalo YBM Tengku Azlan x datang jumpa PM mana datangnye cerita 1 minit tu....

WZWH bagi komen sikit... saya nak tahu dari WZWH sendiri adakah betul citer ini di buat buat atau benar2 belaka...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...