Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, January 11, 2011

WZWH Jawab Parlimen 81: Dr Shukri ... Mana Bandar Herba RM200 Juta ?


Hutan Lipur Bumbung Raja di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu 50km jaraknya dekat dengan Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Blog Parlimen 81 dalam postingnya sila klik sini menulis Dr Shukri...Mana Bandar Herba RM200 juta? Parlimen 81 tidak puas hati sebab Jerantut terutama DUN Tahan terlepas sebab DS Najib umum Bandar Herba Pasir Raja sempadan Terengganu-Ulu Tembeling projek kos RM2.2 bilion.

 PM Najib umumkan 19 lagi ETP untuk boostkan ekonomi menjelang 2020 nanti . Antaranya ialah seperti petikan berikut East Coast Economic Region Development Council will develop a High-Value Herbal Plantation in Pasir Raja, to cultivate herbs that are in high demand. This project helps Malaysia move up the value chain to become a leader in the production of nutraceuticals and botanical drugs. It will contribute about RM2.2 billion in gross national income by 2020.lanjut klik sini.

Parlimen 81 nak tanya balik Dr Shukri , dalam tahun 2006 dulu dia ada berjanji untuk bina sebuah bandar herba RM200 juta di Kuala Tahan macam yang Datuk Najib umumkan hari ini.

So Dr Shukri macam mana projek ini boleh lepas kat belah sana Pasir Raja (belah sana ulu tembeling) pulak .... bukan ke ari tu awak janji nak buat kat area Ulu Tembeling . Lagi satu kawan nak tanya kawasan cadangan Bandar Herba 1000 hektar tu balak dah tebang ke ? WZWH awak mesti tahukan kawasan tu dah keluar balak ke belum ?

Oleh kerana blog WZWH ialah blog pakar rujuk pembangunan beratus juta di Jerantut maka ini jawapan WZWH:

Projek Bandar Herba RM200 juta di Kuala Tahan yang dijanji oleh Dr Shukri EXCO Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar dan ditugaskan oleh MB sebagai "Caretaker" DUN Tahan pada masa itu telah gagal sebenarnya.

Walaubagaimanapun balak di kawasan cadangan Bandar Herba itu telah habis ditebang oleh Dr Shukri and Geng. Parlimen 81 boleh rujuk Pejabat Hutan Negeri Pahang.

Tetapi walau projek Bandar Herba ini gagal namun YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan telah berjaya menarik minat MPOB (Malaysian Palm Oil Board) untuk buat satu pusat research kos bernilai RM200 juta di tanah seluas 850 ekar berdekatan tanah 1000 ekar itu di Kuala Tahan.

Tanah 1000 ekar itu yang tidak jadi buat Bandar Herba telah direserve untuk kegunaan pembangunan masa depan Kuala Tahan. Dalam kepala WZWH ada banyak perancangan untuk majukan tanah 1000 ekar itu.

Tanah 850 ekar untuk buat pusat research MPOB ada balak. MB mahu luluskan balak itu untuk beberapa JKKK di DUN Tahan.

Projek Bandar Herba Pasir Raja RM2.2 bilion yang diumumkan DS Najib boleh memberi kesan ekonomi limpahan kepada Ulu Tembeling. Ini juga untuk justifikasi pembinaan projek Jalan Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja (jarak hanya 50km) Terengganu kos projek RM450 juta.

Sudah tentu DS Najib komited untuk memastikan projek jalan Ulu Tembeling mesti siap dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling kos projek RM460 juta. Sebahagian kos projek RM121 juta telah diperuntukan dan kontraktor sedang buat jalan sekarang.

WZWH percaya dan yakin DS Najib serious memajukan Ulu Tembeling dan sempadan Terengganu. WZWH amat berterimakasih kepada PM Najib.

2 comments:

Anonymous said...

dah memang datuk najib tak nak buat kat jerantut... tak untung bagi dia..

Anonymous said...

Salam..haha lawak betul lah...mcm ni la rakyat di ulu tembeling di perbodoh2 kan ...cukuplah,selagi benda tu takde mmg tak percaya...dah 50tahun lbih bn memerintah tp belum ada lg jalan raya ke ulu tembeling.rakyat ulu tembeling skrg ni tunggu pakatan rakyat yg buat sebenarnya...pru 13 nanti apa pula agaknya helah bn nak tipu rakyat di ulu tembeling?...