Wednesday, January 12, 2011

Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia: Komitmen Najib Kepada Tenaga Nuklear



PM DS Najib Razak hari ini mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.

Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober, 2010.

Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga, katanya kepada pemberita pada satu taklimat media di sini hari ini.

WZWH lebih berminat dengan Establishment of Malaysia Nuclear Power Corporation Energy (Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia) to study the possibility of deploying nuclear energy to meet future demand and diversify the energy mix for Peninsular Malaysia under Oil, Gas & Energy NKEA.

Akhirnya pandangan WZWH supaya Malaysia go for nuclear energy akhirnya diterima oleh DS Najib. WZWH fikir DS Najib serious dengan tenaga nuklear.

Mengenai tenaga nuklear, Najib berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggembleng tenaga bagi memenuhi permintaan masa depan dan mempelbagai campuran tenaga bagi Semenanjung Malaysia.

Dengan itu, bagi menerajui inisiatif itu, Najib turut mengumumkan pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia di mana Dr Mohd Zamzam Jaafar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara 11 hingga 12 tahun daripada praprojek sehingga pentaulihan,” kata Najib.

WZWH merasakan masa 11 hingga 12 tahun itu terlalu lama. Malaysia perlu belajar dari China mampu membangunkan loji tenaga nuklear antara 3 hingga 5 tahun. Dr Mohd Zamzam perlu percepatkan masa perancangan.

TS Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran perlu cepat hantar pelajar-pelajar Malaysia belajar teknologi nuklear, saintis dan jurutera nuklear ke universiti-universiti nuklear terbaik dunia. Modal insan nuklear perlu dibangunkan sekurang-kurannya 4 tahun dari sekarang.

Kerjasama dengan negara yang mahu "technology transfer" kepada Malaysia seperti China dan Korea Selatan perlu dipertingkatkan.

Satu kementerian tenaga nuklear atau tenaga alternatif yang khusus perlu diwujudkan untuk menjayakan "agenda Malaysia go for nuclear energy".

Pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia adalah penting kerana ia akan menyediakan satu bahan api alternatif bagi negara ini bagi masa depan. Negara ini perlu memikirkan mengenai bekalan jangka panjang tenaga dan campuran yang betul perlu ditetapkan .

Apabila tiba masanya bekalan bahan api fosil semakin menurun negara ini perlu bersedia bagi menyediakan sumber alternatif bahan api bagi menyediakan kuasa dan ia merupakan sebab bagi ditubuhkan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024