Wednesday, January 19, 2011

Obama Setuju Hantar Guru American Peace Corps ke Ulu Tembeling?


Dalam posting WZWH bertajuk Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Puad Zarkashi ke Ulu Tembeling baca sini, WZWH berharap Kementerian Pelajaran dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru terutama bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di pedalaman.

Seorang pembaca telah memberi komen seperti berikut:
Anonymous said...
Tuan WZWH tak boleh ke selesaikan isu kekurangan guru di kawasan pedalaman mcm ni?.Keknya nak memajukan pendidikan di pedalaman,Kalau kurang guru siapa nak mengajar murid?Yang sebenornya pekerja kerajaan ni memang bangsat macam pemimpin politik jugek

WZWH jawab:
WZWH said...
Salam Anon 8:04,
Isu kekurangan guru bukan masalah yang besar. Ini dapat diatasi bila Menteri Pelajaran arah tambah ramai guru lagi. WZWH boleh tulis surat kepada Menteri Pelajaran melalui PM DS Najib mohon Presiden Obama hantar guru-guru dari Amerika Syarikat melalui program American Peace Corps. Tentu guru-guru sukarela Amerika gembira dan suka mengajar di Ulu Tembeling kerana Green dan hijaunya Ulu Tembeling itu.

Kenapa tidak? Tidak ada guna dan keperluan untuk hantar guru-guru American Peace Corps mengajar di bandar-bandar besar di Malaysia juga di kawasan Felda-felda yang ramai guru anak-anak peneroka kembali mengajar ke tempat mereka.

Guru rakyat Malaysia tidak mahu bertugas di kawasan pedalaman seperti di Ulu Tembeling. Mereka kata jauh dari pembangunan. Mereka kata sakit jiwa mengajar di tempat begitu.

WZWH berpendapat guru American Peace Corps ini sudah tentu minat mengajar di kawasan "rain forest" penuh kehijauan. Dengar nama "National Park" pun mereka sudah teruja. Sudah tentu sekolah-sekolah Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, kampung Gusai dan Kampung Mat Daling menjadi rebutan dan prioriti mereka.

Biasalah orang kita tidak suka menghargai kehidupan "peace and tranquility" di pedalaman Ulu Tembeling tetapi guru-guru Amerika pasti suka dan teruja.

Yang penting anak-anak kecil Ulu Tembeling perlu didedahkan pada awal pembelajaran mereka di sekolah rendah dengan guru yang native English, mothertounge English. Bila murid-murid Ulu Tembeling berjaya menguasai English like American kids pasti mereka akan menjadi lebih yakin dan "confident" berdepan dengan dunia luar. Pasti mereka lebih outspoken tiga kali ganda dari WZWH.

Seperti biasa blog SPU dan seorang pengkomen kata idea WZWH ini mereng (gila). Mereka tidak percaya.
Ini komen mereka:
Anonymous said...
hari ni keluar tajuk ramai rakyat malaysia menghadapi tekanan perasaan, dari jawapan wzwh sampai ke obama hal ulu tembeling ni, sah bukan hanya murid, guru yg mereng mcm wzwh ni pun perlu diberi perhatian. Patut spu letak gambar wzwh dlm posting tu, bijak, bijak.

Malaysia optimistik program US Peace Corps akan diperkenalkan semula untuk meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris di Malaysia.

TS Muhyiddin telah bincang dengan Setiausaha Negara AS Hillary Rodham Clinton semasa lawatan seminggu TPM ke AS.

Malaysia mahu AS hantar guru sukarelawan mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar lemah bahasa itu terutama di pedalaman seperti di Ulu Tembeling.

Program US Peace Corps yang sedang berjalan di seluruh dunia tahun ini memasuki tahun ke-50 tetapi malang program ini telah diberhentikan di Malaysia pada tahun 1989. WZWH faham Tun Mahathir tidak sehaluan dengan pemimpin AS.

PM DS Najib mula-mula mencadangkan supaya program US Peace Corps dibuka semula bila beliau berjumpa dengan Presiden AS Barack Hussein Obama pada September tahun lepas semasa Mesyuarat Asean-AS di New York.

Presiden Obama telah menerima cadangan DS Najib secara personal kerana beliau teringat nostalgia semasa mengikuti ibunya mengajar bahasa Inggeris di Indonesia selama empat tahun. Sudah tentu cadangan DS Najib ini begitu menyentuh emosi Presiden Obama.

Program US Peace Corps sangat popular pada tahun 1960an ialah program sukarelawan Amerika menyediakan bantuan teknikal dan menolong negara-negara di luar AS untuk memahami budaya dan mendedahkan rakyat Amerika kepada budaya negara-negara lain.

DS Najib berkata Malaysia bersedia untuk menaja sebahagian program membawa guru-guru US berkelayakan mengajar bahasa Inggeris.

Setiausaha Negara AS Hillary Rodham Clinton telah buat keputusan penghantaran guru-guru Program US Peace Corps ke Malaysia bermula pada tahun ini. WZWH mencadangkan kepada TS Muhyiddin Menteri Pelajaran atas restu DS Najib bahawa guru-guru US Peace Corps perlu di hantar ke sekolah-sekolah pedalaman di Ulu Tembeling mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid Ulu Tembeling.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,Tun Mahathir melaksanakan pengajaran math dan science didalam BI untuk memudahkan pelajar memahami BI namun ada juga pemimpin yang bengap yang tukar.Nampak sangat pemimpin melayu tak nak orang melayu jadi bijak pandai.Apa nak kata?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...