Thursday, January 20, 2011

Era Calon PTD Bangkit Kembali...Siapa Calon PTD Parlimen Jerantut?

BN memilih calon BN bagi PRK DUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, 39 tahun,bekas penolong pegawai daerah kecil Rengit, Batu Pahat dan pernah bertugas sebagai penolong pentadbir tanah daerah Segamat.

DS Najib menjelaskan pemilihan itu berdasarkan kelulusan dan "kePTDian" pengalaman kerja Mohd Azhar Ibrahim berurusan dengan orang Labis. Senang nanti jika menang berurusan dengan pegawai-pegawai Johor membangunkan kawasan.

Mohd Azhar selain ahli biasa UMNO pernah menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Bahagaian Labis, Ketua UMNO cawangan. Beliau juga anak bekas Wakil Rakyat DUN Tenang dan Ketua UMNO Bahagian Labis. Beliau tentu ada banyak pengalaman politik.

Itulah kekuatan pegawai PTD. Ada kelebihan bila berurusan dengan pegawai-pegawai negeri, boleh membantu jika menjadi wakil rakyat. WZWH baca ini juga isyarat dari DS Najib bahawa era calon PTD bangkit kembali seperti pada tahun 1970an dan 1980an bila mana ramai DO dan ADO serta pegawai kanan PTD diangkat menjadi calon parlimen dan ADUN.

Ada lebih kurang 5000 orang pegawai PTD di seluruh Malaysia. PTD adalah tulang belakang pentadbiran negara. Perkhidmatan PTD telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Memang tepat sekali DS Najib memilih calon-calon wakil rakyat dari kalangan pegawai PTD pada PRU 13 nanti. Tentu rakyat lebih percaya kepada kredibiliti pegawai PTD.

Siapa calon PTD parlimen Jerantut jika calonnya diambil dari kalangan pegawai PTD. WZWH nampak Jerantut ada dua tokoh pegawai PTD untuk dicalonkan sebagai calon parlimen Jerantut pada PRU 13 iaitu:
  • Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera
  • Dato' Hj. Zulkifli Bin Hj. Yaacob, YDP MPK Kuantan
Kedua-dua tokoh PTD ini adalah anak jati Jerantut dan ahli UMNO Jerantut. WZWH percaya jika DS Najib   mahu memilih calon parlimen dari kalangan PTD maka inilah calon-calonnya yang WZWH percaya BN parlimen Jerantut boleh menang besar pada PRU 13 nanti.

Oleh kerana blog WZWH adalah blog berinformatif, blog pembangunan politik Jerantut maka WZWH mahu 48,000 pengundi parlimen Jerantut mengenali kedua tokoh ini.

Sedikit profil kedua-dua tokoh:
Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud
Nama:Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud, DIMP.,AAP., PKC.
Tarikh Lahir:03 Julai 1956
Tempat Lahir:Kg. Pulau Tawar, Jerantut
Alamat Pejabat:Majlis Daerah Bera, Jalan Majlis, 28300 Triang, Pahang Darul Makmur
Pencapaian Akademik:Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian 2), Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) & Diploma Pentadbiran Awam  INTAN
Pengalaman Bekerja
  • Pen. Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Ulu Selangor
  • Pen. Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Lipis
  • Pen. Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Lipis
  • Setiausaha Sulit Kanan YAB. Menteri Besar Pahang di Pejabat Menteri Besar Pahang
  • Pen. Pegawai Daerah / Ketua Pen. Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
  • Ketua Pen. Pegawai Daerah (T) / Pegawai Daerah Bera di Pejabat Daerah dan Tanah Bera/ Yang Dipertua di Majlis Daerah Bera.


Dato' Hj. Zulkifli Bin Hj. Yaacob
Nama : YH. Dato' Zulkifli Bin Yaacob  DIMP., AAP., AMP
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Kelulusan Akademik : Sarjana

MSC In Urban Planning (University Of Wales, Cardiff, United Kingdom)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional (JUSA C)

Klasifikasi Perkhidmatan : Tadbir dan Diplomatik

Jawatan : Yang Dipertua

Tempat Bertugas : Majlis Perbandaran Kuantan

Pengalaman Pekerjaan

  • Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Jerantut
  • Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Jerantut
  • Penolong Pengarah (Latihan), Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi
  • Penolong Pengarah (Hartanah Persekutuan) Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi
  • Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang
  • Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang
  • Ketua Penolong Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi, Negeri Pahang
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Bentong
  • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh
  • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan

14 comments:

Anonymous said...

aok neh wan...patut la org umno jerantut kabo ke aok neh x betui..dulu kabo pasai era guru nih melalut pulok kabo pasai era ptd. masa bile pulok aok nok kabo pasai era penoreh getoh dgn era pemandu bot (perahu)........tak ketahuan dah aok neh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon blog WZWH memberi pandangan alternatif kepada pengundi-pengundi Jerantut. WZWH memberi gambaran politik Jerantut akan datang jika DS Najib pilih calon parlimen dari kalangan pegawai PTD. Sejak orang UMNO Jerantut baca blog WZWH maka fikiran orang UMNO Jerantut lebih terbuka. He..he..he..

Anonymous said...

aok tak nak calonkan Pengurus Besar MTP Pahang ke ? Orang Jerantu juga tu.

Urag Drrulug said...

Anon 6:58,
Minta maaf saya orang Ulu, MTP tu apa? Siapa Pengurus Besar MTP Jerantut tu?

Anonymous said...

PTD adalah opportunist,memohon jawatan kerana tak tercapai cita2 asal semasa belajar.Tak ada student yg bercita2 nak jadi PTD, bila dah terpaksa menganggur atau kerja yg ada tak cukup bagus baru memohon jadi PTD. Ini hakikat, sekiranya kebangkita golongan ini di bangga2kan, ulangan peristiwa ketua2 yang bermatlamatkan peluang diri dan tidak cemerlang akan pasti berulang.Inilah kumpulan paling bahay kalau di beri tampuk pemerintahan.Fikir2 kanlah,-ABU

Anonymous said...

"Sejak orang UMNO Jerantut baca blog WZWH maka fikiran orang UMNO Jerantut lebih terbuka. He..he..he.."

-kenyataan syok sendiri, pembaca ada dua tiga puntung nk buka minda org, minda awk pun tertutup.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:17,
Tahniah Anon adalah seorang yang berfikiran terbuka, progresif dan futuristik bila baca blog WZWH ekekekeke..Terima kasih beri komen, Anon seorang yang responsif kepada isu-isu Jerantut. Ini menunjukkan Anon seorang yang peka. Teruskan membaca blog WZWH.

musangkeling said...

wzwh bukan PTD yang diutamakan diTenang weh, om tak reti mat wae. Calon tenang tu ada kelulusan universiti, ada pelajaran jadi keutamaan. Jd klu hok bos aok tu tak ada apa2 tak jadilah weh. Orang jerantut patot dah pemimpin umno tu tak payah pilih no 2,3 tu ta ada bende jelober nyeh hihihihi

Anonymous said...

calonptd yang layak n akan menang jika bertanding di jerantut ni sorang je. En Huzunul khaidir bin mohamed. semua orang suka dia n dia jujur menjalankan tugas. semua lapisan masyarakat sukakan dia n dia besunguh utk membantu masyarakat. selain dari ni tak payah letak lah. yang pertama akan kalah. yang kedua tak ada di hati rakyat n kalau adapun hanya kroni je. minta PM kaji.

Anonymous said...

anon 11.18,
siapa huzunul tu.awak kenal la dia kome tak kenal. kalau di banding dengan musa petai jauh lah orang lebih kenal musa petai.kerajaan punah ranah huru hara disebabkan ramai ptd dan peguam jadi wakil rakyat.puak ni tak ada jiwa rakyat.yang bejiwa rakyat cenderung ula dgn urag druluug.

kutukan dewata:
sorry matnyerweh,aku tiru style kau.aku bukan ptd,aku bukan abc,aku bukan mtd,aku bukan pstd.aku adalah insan tak punya.tak punya kilauan emas permata,tiada harta dan rupa.yang ada hanyalah jari tangan yang akan mengundi.

Anonymous said...

anon 12:31 pm , tau awak bukan ptd, tau awak memang tak ada kiliuan emas dan insan yang tidak punya permata, cuma kamu ada suara untuk meminta minta pada tuan kamu, atau sebagi pemegang harta tuan kamu yang kamu sokong membabi butta.

Anonymous said...

itulah wzwh,ramai yang komen tapi penuh dengan sifat hasad melayu. calon dari kalangan PTD dari jerantut adalah antara opsyen pilihan anak jati jerantut yang berpendidikan tinggi..
saya sangat berminat dengan komen DANGKAL dr anon yang menyamar nama ABU,saudara, PTD bukan dari kalangan graduan menganggur yang tiada pilihan untuk mendapatkan kerja seperti calon KPLI,PTD adalah melalui penapisan,temuduga dan peperiksaan yang ketat yang mana hanya mereka yang cemerlang semasa graduasi yang layak memohon dan dipertimbangkan..itulah, apabila ilmu x cukup didada tapi nak komen,maka ketawa dan daif la hujah kita..
cubalah,dalam berhujah bab politik ini,sekali sekala gunakan akal yang disulam ilmu pengetahuan,maka kebaikan dari komen suadara menjadi manfaat baik kepada pembaca,bukan ikut hati yang hasad dan lidah yang bercabang,wallahualam..PBUJ

Anonymous said...

salam anon 1053(PBUJ)
saya abu yg memberi komen'dangkal' tentang kualiti ptd. Hakikat dan emosi kita kerapkali tidak seimbang. Hakikat, ptd perlukan temuduga dan peperiksaaan, tapi untuk memperaku yang mereka adalah graduan cemerlang memang bagai bahan jenaka terbesar. periksa fakta anda, kalau mereka yang terbaik kenapa perlu lagi saringan? jabatan sumber tenaga terpaksa memilih mereka ini(yang boleh pakai)dari golongan yang tak mampu mencapai cita2 asal dalam menjadi pentadbir. mintak maaf, pelajar aliran sains dan teknologi yg lebih berkeupayaan,tak ada yang memohon jadi ptd melainkan gagal dalam pilihan awal. Jadi kalau PTD adalah insan tahap 'cemerlang' untuk jerantut, mungkin satu teori yang pernah di sebut,ada penawar untuk semua penyakit melainkan penyakit malas dan "bodoh".fikir-fikirkanlah.saya melayu sama macam anda jadi tak dengki apa-apa,nak kongsi input saja sebab pastinya saya memangnya lebih cemerlang dari anda,akhirat tu hak Allah jua.

Anonymous said...

Salam,

Saya anak jerantut yang juga pegawai PTD di salah sebuah Kementerian.

Jawapan kepada soalan kenapa perlu ada saringan kalau terbaik?
-Ada 25,000 pemohon dan satu pengambilan cuma 200 orang. Jadi kena la ada tapisan.
-Dalam Batch pengambilan saya ada banyak graduan kejuruteraan dan sains. Di Mosti ramai kwn2 saya ada Ijazah Sarjana yg hebat dr oversea mcm teknologi Nano, Aero Angkasa dll
-Separuh dari Batch saya frsh grad, tetapi separuh lagi berpengalaman. 50% dari yang berpengalaman adalah bekas pekerja professional MNC diseluruh dunia yang sampai hari ini saya tak paham kenapa masuk PTD sbb gaji dari RM10K jadi RM2K. Belum ditambah bekas Peguam dan lain-lain.
Untuk kes saya, saya sendiri ditawarkan peluang di Shanghai dgn pendapatan lebih RM15K tetapi menolak dan terima tawaran PTD kerana kesihatan Arwah Ayah masa tu dah mula tenat.
Tentang tak ada cita-cita masa disekolah nak jadi PTD itu cuma 50 peratus betul sebab separuh dari batch saya memang nak masuk PTD atas alasan nak jadi Diplomat, Pegawai Daerah, nak duduk oversea, batu loncatan dlm business dan politik dan lain-lain. Contoh itu diberi ikut rangking alasan yang paling popular.

percayalah, 199 orang yang saya jumpa dlm batch saya adalah manusia yang paling bijak yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.

paksu 27

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...