Friday, January 21, 2011

Calon UMNO, PAS, PKR , DAP Jerantut Diminta Pamir Laporan "Medical Check Up"!

Belum sempat penamaan calon PRK DUN Tenang, ADUN Merlimau, Melaka pula meninggal dunia. Sebelum ini berita DUN Kelang bakal diPRKkan.

Banyak sungguh PRK hampir 20. PRK sudah jadi bahan biasa. Mungkin  Guiness Book Of Record menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling banyak PRK!

WZWH fikir perlu kaji kriteria seseorang yang ingin bertanding dalam satu-satu pilihan raya. Selama ini kita cukup menitikberatkan latar belakang seseorang calon seperti kelayakan akademiknya, sejauh mana pengalaman politiknya, sejauh mana sokongan yang diterimanya, tetapi kita langsung tak pernah mengambil kira, adakah dia CUKUP SIHAT untuk menjalankan tugas sekiranya dipilih? 

Benar, kalau nak cari calon yang sihat dan bebas penyakit, hampir kesemua wakil rakyat yang ada sekarang mempunyai sejarah kesihatan mereka yang tersendiri. Pengundi perlu mengambil kira faktor kesihatan seseorang calon pilihan raya dengan MEWAJIBKAN pemeriksaan kesihatan atau 'medical check up' ke atas mereka yang hendak bertanding.

Calon mestilah telus supaya para pengundi dapat lebih gambaran mengenai status seseorang calon yang mereka hendak undi. Pengundi tak kira sama ada calon itu ada darah tinggi ke, sakit jantung ke...kalau dah suka, mereka mesti pilih. Namun sekurang-kurangnya pengundi tahu, wakil rakyat mereka ini ada penyakit tertentu jadi mereka akan lebih bersedia sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini pada wakil rakyat mereka itu.

Memanglah hidup mati bukanlah urusan kita, tetapi sebagai manusia yang dikurniakan fikiran, apa salahnya kita berikhtiar. Bayangkan, macam mana nak jadi wakil rakyat yang baik sekiranya diari hariannya penuh dengan temujanji di klinik dan hospital? Bagaimana nak jadi wakil rakyat yang efisyen sekiranya asyik keluar masuk wad? Kalau 'medical check up' wajib untuk seseorang yang hendak masuk bekerja di tempat baru, apa salahnya jika SPR juga menetapkan 'mecial check up' wajib untuk mereka yang hendak bertanding? Kita kena ingat, tugas jadi wakil rakyat ini memang mencabar...bukan saja mental tetapi juga mencabar dari segi fizikal. Memang, ramai yang bimbang buat 'medical check up'

Ramai yang risau jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera. Kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal. Mungkin ada yang bertanya, apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan. Pemeriksaan kesihatan adalah kaedah untuk mengesan penyakit sebelum gejala penyakit muncul dan mengenalpasti punca sekiranya ada sebarang tanda tidak normal. Ini kerana ada banyak penyakit terutama penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam; gejala hanya muncul apabila penyakit sudah teruk.

Penyakit jantung, strok dan kanser adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian. Banyak masalah kesihatan dan penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal sebenarnya boleh dicegah. Melalui pemeriksaan kesihatan berkala, kita bukan saja mengetahui status kesihatan diri sendiri malah meningkatkan kesedaran terhadap penyakit, faktor risiko, jenis rawatan dan bentuk sokongan yang ada jika disahkan menghidap penyakit tertentu. 

Apapun ini cuma cadangan untuk kebaikan 48,000 pengundi Jerantut. Calon tidak kira dari parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan Bebas perlu pamir laporan "medical check up" kepada tatapan pengundi supaya pengundi boleh membuat keputusan yang baik untuk kepentingan politik parlimen dan tiga DUN Jerantut.

UMNO Jerantut perlu proaktif mengarahkan semua AJK UMNO Bahagian Jerantut, AJK Wanita, Pemuda dan Puteri Jerantut supaya menyerahkan laporan penuh "medical check up" kepada MB dan Presiden UMNO DS Najib supaya senang nak pilih calon yang sihat bukan saja dari segi fizikal tapi juga mental.

Sudah tentu langkah ini baik untuk negara ke arah sistem delivery servis wakil rakyat yang cekap dan berkesan dan menjimatkan wang yang terpaksa dibelanjakan untuk mengadakan PRK-PRK yang tinggi kosnya dan membuang masa rakyat.

11 comments:

chenerong ular said...

Salam, tuan, tidak di nafikan kesihatan amat lah penting dalam kita menjalankan tanggung jawab sebagi wakil rakyat, jika tidak sentiasa tidak sihat atau sentiasa keluar masuk hospital pun maenyusahkan rakyat untuk berurusan, tetapi bagi rakyat biasa,, berurusan dengan wakil rakyat bukan lah setiap hari, lagi pun urusan cuma untuk tanda tangan surat sokongan, mendapatkan biasiswa, saham felcra, tanah dan lain lain urusan atau mungkin untuk bertemu muka sahaja. Ada wakil rakyat yang sakit tenat dan keluar masuk hospital, tak pergi pun, ini semua kerja ALLAH S.W.T. Jadi apa yang paling penting dan harus di ambil berat untuk memilih calun, ada lah seperti di bawah.

SEJARAH KESIHATAN BAKAL CALUN PENTING TAPI TAK PERLU DI PAMIRKAN KAN UNTUK TATAPAN PARA PENGUNDI PENGUNDI, APA YANG PERLU DI JUMLAH HARTA YANG SEDIA ADA, AKTIVITI SEMASA, KECENDERUNGAN CALUN, YANG INI PATUT DI NILAI OLEH PARA PENGUNDI PENGUNDI, SAMA ADA BAKAL CALUN YANG DI PAMIRKAN MEMPUNYAI CIRI CIRI KEPEMIMPINAN YANG BAIK DAN BERKESAN SERTA MENDAHULUKAN RAKYAT DARI MENDAHULUKAN KEPENTINGAN PERIBADI, KERANA INI MERUPA KAN PENYAKIT MENTAL YANG HARUS DI ELAKKAN JIKA KITA MAHU MELANTIK SESAORANG MENJADI CALUN. jika kita dah tahu bahawa bakal calun tu kuat melantak duit rakyat tak perlu di beri peluang lagi, bagi chan calun lain memngumpul harta pulak

melayurayadaily said...

bro tolong tukar link dari suara majlis kepada melayurayadaily boleh?.kalau tak menyusahkan sangat lah. betul-betul ramai dijerantut tu yang tak sihat macam-macam kah..kah..kah..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Sifu Melayurayadaily,
ok WZWH link dua-dua blog sekali dalam blog tokoh. Tq.

MELAYURAYADAILY said...

hahaha ok terima kasih.. jom kita tumpu pada tenang hingga 30/jan. nanti angkat kalau cerita baik. TQ

Anonymous said...

Kalau kesihatan mental diambil kira tentu wzwh yg x layak.

KAhKahkahkahkahkah

Anonymous said...

ambik la ptd muda di jerantut utk jadi calon. kppd sekarang ni pun layak n bagus untuk dun n parlimen jerantut

Anonymous said...

salam,
sibuk-sibuk sangat pilih ptd buat apa kalau tak ada sejarah perkhidmatan dalam politik.hanya orang yang berkorban berkhidmat dalam politik jaga kepentingan rakyat saja yang tahu susah senang rakyat.pegawai ptd hanya tahu senang dan mengarah orang aje kerjanya.di jerantut orang yang layak ini dia:

1.hj rosdi
2.hj nazri
3.sarif samsudin(bukan sarif kasut,buat menyemak aje)
4.zahar gemok
5.zali mezah
6.mat lan songkok tinggi
7.zali sulaiman.

kalau semua tak layak dan semua orang tak mau bagi musa petai jadi wakil rakyat.semua tak kena belaka pada dema.
tapi ada satu lagi calon yang paling layak ia itu cenderung ular sawa.sebab dia gerenti tidak mementingkan diri kalau jadi wakil rakyat.tak cukup duit elaun bagi ke rakyat dia akan jual segala hartanya untuk menampung kos.gerenti dia tak ambil satu pun projek kerajaan.jujur benar orangnya.tak gitu urag di bulu kangkang!

matnyerweh: tiada manusia yang sempurna.melainkan diri sendiri!

Anonymous said...

Kalau aku laa .... Aku pilih wakil rakyat paling banyak penyakit ... Kalau boleh yg tengah nazak tu aku pilih jadi wakil rakyat dalam pru nanti ... Jerantut perlukan sebuah pilihanraya kecil !

Anonymous said...

matnyerweh anon 12:21pm tu suka sangant ke penama penama 7 di atas, gamok nya dia tu, makan sekeluaraga di beri di suap oleh orang yang di namakan diatas, mati agaknya jika puak puak tuk tak tanggung dia, itu sebabnya menyikong kuat sangant, chenerong ular sawa tak ada pun sebut nama sapa sapa, yang tak elok di perkatakan jika yang baik dikatakan baik, ini tidak, asal suap jer kedia, beri je duit tiap bulan,dan kata orang tu baik sangant, rasa kawan tok payah beri duit pun anon ne , beri naik kereta mahal jer pun dan memuji tuan dah, jilat lah lubang jubur hok nama yang awak cadang kan tu , boleh dapat belanja tiap tiap bulan

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Calon UMNO, PAS, PKR , DAP Jerantut Diminta Pamir Laporan "Medical Check Up"!

Kalau boleh pamirkan sama bakal calon yang mabuk asmara, kewangan dan laba. Ia boleh menjahanamkan anak bangsa, bukan saja dari segi etika moral, kebendaan, kekeluargaan ia boleh menjerumus negara menanggung besar “kemaluan”. Pamir report “kesihatan tak berapa penting”. Kalau Allah berkehendakkan hambaNya pergi, sesaat tidak ada halangan bagiNya, walaupun seusia bayi.

Pang5 Banir. Tolong, persiapkan segala yang ada didalam kawasan.

Raduan said...

jalan penyelesaian ada disini >>

http://www.prubsn4u.blogspot.com

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...