Sunday, January 2, 2011

Zaman Pemikiran Renaissance Berlaku Dalam PAS Kini


Blog Suara Majlis dan blog Sakmongkol AK47 adalah blog yang mesti dibaca kerana penulisnya adalah "a practical and experienced Pahang politicians". WZWH tertarik dengan ulasan Suara Majlis dalam posting terbarunya bertajuk "PAS Pinggir Pemikiran Golongan Muda" baca sini.

Sejarah zaman Renaissance Eropah pada abad ke 17 dan 18 ketika itu Pihak Gereja telah menentang pemikiran saintifik, menentang suara orang muda dan mahu mengawal kehidupan dari rakyat hingga raja. Akhirnya rakyat , raja dan golongan intelektual memberontak menolak Gereja.

Perkara yang sama berlaku dalam PAS kini. Dr Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Kuala Selangor, anak pemimpin tersohor PAS buat buku bertajuk "Menuju PAS Baru".

Kandungan buku itu antaranya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama PAS bahawa parti itu perlu berpijak di atas bumi nyata dan harus di'Nasionalkan'. Mujahid juga memberi penekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya dicapai.

Dewan ulama PAS menolak keras buku itu dengan mengatakan ulama tidak lemah hanya perlu diperkasakan. Buku itu mengelirukan orang ramai terhadap asas perjuangan ulama berteraskan Islam. Matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi menegakan hukum Allah. Tidak guna ke Putrajaya jika PAS terhakis perjuangan. 

Pandangan Dr. Mujahid itu menyanggah pemikiran golongan lama yang sudah berkarat didalam PAS. Ia sudah tentu ditolak kerana ulama PAS merasakan pemikiran cara politik mereka sahaja yang terbaik.

Dasar dan matlamat sekarang langsung tidak tepat dan parti itu sentiasa tergelincir dari landasan. Golongan muda cuba mengubahnya tetapi ditolak oleh pihak yang merumuskan dasar. 

Namun demikian golongan muda yang dinamik akan rasa bosan jika PAS berada ditakuk lama. Dr.Mujahid dikritik hebat. Mengapa ulama PAS menolak? Jika menerima cadangan itu, golongan lama akan kehilangan tempat dalam arus perdana perubahan kerana mereka tidak dapat mengikut tempo perjuangan zaman kini.

PAS dahulu lain, PAS kini tersangat mementingkan kroni. Apa yang kroni nak, mesti dapat di bawah kepimpinan yang didakwa kononnya ulama.

PAS mesti berubah ke arah pembangunan insan mulia. Mesti melihat kerja-kerja di dunia ini sebagai satu ibadah, berakhlak hasanah, tidak menyeleweng, tapi kini melencung ke arah separuh masak. Kepemimpinan ulama separuh masak.

20 tahun PAS memerintah Kelantan, apa yang dilaksanakan untuk pembangunan insan?. Mereka kini berdakwah langsung tidak menjurus ke arah pembangunan duniawi dan ukhrawi. Timbul pelbagai fitnah yang di bawa ulamak dengan sembahyang hajat memusnahkan muslim lain, sedangkan ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Kenapa kawasan balak diberi kepada syarikat kroni beribu-ribu hektar menjadi kaya raya, sombong melangit sedangkan golongan miskin, anak bertambah, hidup menderita. Ulama PAS menghukum orang lain tak betul, umpama ketam mengajar anak berjalan betul tapi sebenarnya, ulamalah yang menjahanamkan umat Islam hari ini.

Lihat PAS Kelantan, berapa orang wakli rakyat PAS terdiri daripada cerdik pandai Islam. Ada wakil rakyat dijulang dengan jenama ustaz, tapi khabarnya balun bini orang.

Contoh, Dr Haron Din tidak celupar seperti Nik Aziz. Hj Hadi kurang sikit, tapi dijajah oleh Nik Aziz. Nik Aziz merupakan kaum muda yang dahulunya dipimpin ayahnya Tok Nik Mat Alim Pulau Melaka. Mereka ini selalu bercanggah dengan Tok Guru Hj Mad Pauh, ulama kaum tua di zaman itu. 

Orang PAS mesti berubah, bukan sahaja syarahan berubah di balaisah, tapi hidup mesti berubah ke arah yang lebih baik, untuk mendapat keredhaan Allah.

6 comments:

Admin PahangKu said...

salam tuan,
alangkah baiknya bila kita tidak memburukkan sesama sendiri ketika akan menghadapi PRU akan datang ni. Pahang-Ku adalah blog bebas yg mesra kerajaan namun bukan hak milik UMB Pahang atau UMNO Pahang dan tidak ada kaitan dengan sesiapa ahli politik Pahang, komen memburukkan tokoh-tokoh tertentu Pahang hanya akan merugikan UMNO Pahang sendiri terutama dalam menghadapi pembangkang. Pahang-Ku juga tidak terlibat dengan permasalahan UMNO Jerantut dan tidak akan campur tangan dalam sebarang pertelingkahan disana. Sebagai tanda ketelusan kami, kami juga menyiarkan posting yang menyokong tokoh yang tuan sokong selama ini. Pahang-Ku tidak prejudis.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Pahang Ku,
WZWH hanya kritik satu posting dari blog Pahang ku. Posting-posting Pahang ku yang lain bagus. Cuma bila WZWH lihat blog WZWH tiada dalam senarai List Pejuang Pahang 2 itu yang WZWH tegur. Kenapa letak blog WZWH dalam kategori Nasionalis? Apa kriterianya? WZWH menyokong blog Pahang ku.

Anonymous said...

awk kata awk hanya kritik satu posting, tp ngapa libatkan Datuk Sharkar dan seluruh Pahangku...
saya rasa logik awk ni sgt lemah.

awak kritik satu posting yg awk akui awak pernah tulis,

awk tulis benda yg sama boleh, org lain tulis tak boleh, walau awk kata awk boleh terima orang kelantan sekarang, jd masa awk tulis tu awk tak boleh terima la? flip flop dan lidah tak bertulang, hari ini tak suka, esok boleh terima so semua salah awk terhadap org kelantan hapus sekelip mata,

lepas tu awk kaitkan dgn blog UD dan SPU, yg hentam awk, hanya satu posting awk tak suka, awak bg tajuk Pahangku fikiran sempit, ngapa tak ckp terus jer kepada penyumbang artikel tu,

apa masalah awk dgn penulis artikel tu jgn libatkan org lain, dunia ini bukan sekadar hal awak dgn org yg awk suka atau tak suka.

pahangku dan penulis tu tak melatah pun, mmg betul kata SPU, awk ni provoke org, kejar dek ayam jer pun dan cabut lari...

jgn handal dalam blog ajer

Anonymous said...

anon 1:58,

saya setuju dgn saudara. Kalau 10 tahun lagi Anwar kutuk dan kritik golongan gay lepas tu ckp mcm ni: "dulu saya juga gay tapi sekarang saya dh insaf"

adakah berubah presepsi org terhadapnya bila dia ngaku gay kemudan dh insaf?

wei lu bodoh la WZWH, hati perut penuh dgn hasad dengki ke org lain nak maju, org tak kacau awk, tak yah la kacau org.

Anonymous said...

pembaca ada 38 jer, mcm aym tel;ur sebijik, riuh sekampung

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua Anon,
Terima kasih singgah baca blog WZWH dan tulis komen.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...