Thursday, January 27, 2011

Ketuanan "China" Menjamin Survival Politik Dan Ekonomi Melayu


Part of original copy of Ming Dynasty history (1368-1644) - chapter 325. Parameswara visits emperor Yongle.
The Geoff Wade translations: 
You, king (refer to Parameswara), travelled tens of thousands of li across the ocean to the capital, confidently and without anxiety, as your loyalty and sincerity assured you of the protection of the spirits. I (emperor Yongle) have been glad to meet with you, king, and feel that you should stay. However, your people are longing for you and it is appropriate that you return to soothe them. The weather is getting colder and the winds are suited for sailing South. It is the right time. You should eat well on your journey and look after yourself, so as to reflect my feelings of concern for you. Now I am conferring upon you, king, a gold and jade belt, ceremonial insignia, two "saddled horses", 100 liang of gold, 500 liang of silver, 400,000 guan of paper money, 2,600 guan of copper cash, 300 bolts of embroidered fine silks and silk gauzes, 1,000 bolts of thin silks......

Ini posting WZWH berdasarkan fakta sejarah merentas zaman. Pastinya membaca tajuk posting ini ramai menteri kabinet UMNO meloncat marah kepada WZWH. Itu kerana mereka hanya belajar sejarah dari tahun 1946 hingga sekarang.

WZWH tidak pasti apa komen politikus dari PKR dan PAS. DAP sudah tentu amat bersetuju dengan pandangan akademik WZWH ini. Kalau UMNO bercakap sudah tentu Anwar Ibrahim akan rally satu negara bersama dengan PAS bahawa UMNO sudah kurang semangat Melayunya. Tapi kalau DAP cakap pasti Anwar, Hadi Awang dan TGNA keluar fatwa politik menyokong.

Orang Malaysia belajar buku teks sejarah pasti tahu sedikit tentang tokoh Parameswara. Itu yang John Doe tulis dalam CPI Asia dan The Malaysian Insider kritik Kementerian Pelajaran tidak ajar kerajaan lama Melayu seperti Champa, Chih Tu, Srivijaya. Kedah Tua, Majapahit, Beruas dan Kota Gelanggi.

John Doe mahu beri mesej bahawa orang Cina telah lama berhijrah ke rantau Asia tenggara. Orang Cina bukan pendatang yang sebenar hakikatnya. Orang Cina telah mengembangkan Islam ke Asia Tenggara. Tapi tulisan John Doe masih dikira lembut tidak sampai ke matlamat mesejnya.

Nah ini yang John Doe patut tulis, "Ketuanan China menjamin survival politik dan Ekonomi Melayu. WZWH akan tulis seringkas yang boleh kenapa WZWH kata ketuanan China menjamin survival politik dan ekonomi Melayu...

Orang UMNO dan ahli sejarah tahu Paramesrwara lari ke Melaka dari Temasik (Singapura) sekitar tahun 1400. Kerajaan Majapahit dan Siam mengancam Parameswara. Untuk survival Parameswara terpaksa bergantung kepada ketuanan China. Tiga kali Parameswara pergi mengadap Maharaja China Yong Le dari Dinasti Ming di Kota Larangan.

Bila ketuanan China mengiktiraf Parameswara dan kedaulatan Melaka selepas itu barulah Siam dan Majapahit berlembut mengadakan hubungan diplomatik dengan Melaka. Tapi Parameswara bukanlah raja Melayu pertama pergi ke China. Raja Pahang negeri WZWH sejak tahun 449 telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China.

Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293 telah lama bernaung di bawah ketuanan China bagi menjamin survival politik kingdom mereka.

Oleh itu tidak hairanlah jika sebuah kekuasaan dalam bentuk negeri telah tertubuh di Pahang. Menurut rekod-rekod China seperti "Nan Shih" dan "Sejarah Sung", negeri Pahang ada seorang Raja yang bernama  Seri Palavarman. Baginda telah menghantar satu utusan ke China dengan membawa sebanyak 41 hadiah dalam TM 449.

Maharaja China telah mengisytiharkan raja ini sebagai raja dalam negeri Pahang. Dalam TM 451 dan 456 Seri Palavarman mengutus pula ke China seorang ahli sejarah negerinya yang bernama Danapati TM 459 dengan satu bingkisan dan juga hadiah-hadiah. Danapati telah dikurniakan gelaran "Panglima Gagah Perkasa".

Dalam TM 459 pula raja Pahang ini telah mengirimkan sepasang burung kakak tua; seekor putih dan seekor merah kepada Maharaja China. Seorang lagi ahli sejarah negeri Pahang yang bernama Dasurawan telah datang ke China dalam TM 464 sebagai pengiring utusan negeri Pahang.

Seperti Danapati, ahli sejarah ini diminati oleh Maharaja China. Baginda memberikan gelaran kepada kedua-dua ahli sejarah Pahang ini dengan gelaran "Panglima Kuda-Naga". Selama ini WZWH ingat hanya Parameswara pengasas kesultanan Melayu Melaka merupakan orang Melayu pertama menjejak "Kota Larangan" di Beijing pada tahun 1407 tapi rupanya dua orang diplomat Pahang telah mula-mula menjejaknya pada tahun 449, 451, 456, 459, 464 dan 466 iaitu Danapati dan Dasurawan.

Maharaja China telah mula-mula mengiktiraf kedaulatan kerajaan beraja Pahang lebih dulu dari kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan beraja Pahang lebih tua dan lama dari Kerajaan Seriwijaya yang diasaskan pada tahun TM 683 dan Kerajaan Majapahit yang diasaskan pada tahun TM 1293. Sebab itu Pahang adalah negeri paling tua di Semenanjung Tanah Melayu sudah punyai orang cerdik pandai beribu-ribu tahun dulu. Orang Pahang pandai dan bijak memerintah sebab itu negeri Pahang yang paling besar dalam Semenanjung Tanah Melayu. Kalau kita baca sejarah Pahang moden dulu Kemaman, Endau, Rembau, Bahau itu dulu dalam negeri Pahang.

Maka kita rakyat Pahang dan Jerantut kena faham sejarah dan hakikat ini... sebab itu Pahang boleh ada dua orang Perdana Menteri Malaysia; Tun Razak dan DS Najib, Politikus bijak strategi King Ghaz, Tun Khalil "Raja Melaka". DS Adnan Yaakob MB Pahang selama jadi MB Pahang, dalam setiap PRU Pahang tidak tumbang macam negeri Kelantan, dulu Terengganu, Selangor, Perak, Kedah negeri Tunku Rahman dan Tun Mahathir pun tumbang, Pulau Pinang negeri Tun Pak Lah dan DS Anwar Ibrahim lagi tumbang. Johor tidak tumbang sebab kongsi sejarah dan seketurunan dengan Pahang. Melaka tidak tumbang sebab ada "Raja Melaka" gamoknya.....

Bercakap tentang politik moden, UMNO dan Melayu kalau mahu mengekalkan status quo perlu mengakui bahawa ketuanan China menjamin survival politik dan ekonomi Melayu. Dari segi pemilikan ekonomi negara kaum Cina menguasai hampir 80% terutama di bandar-bandar besar. Dari segi sosial status orang Cina adalah tuan sebenarnya. Ramai orang Melayu dan kaum lain bekerja dengan mereka.

Untuk menjadi PM dan MB, mahu tidak mahu UMNO mahu pun PKR atau PAS terpaksa memerlukan sokongan politik orang Cina. Dari segi bajet pilihanraya pun UMNO, PKR dan PAS pun mencari dana dari "Tuan-Tuan Cina".

Dalam konteks serantau Malaysia pun terpaksa bergantung kepada kekuatan ekonomi China yang dalam masa 30 tahun lagi akan menjadi kuasa besar dunia mengalahkan Amerika Syarikat. Secara mudah WZWH tanya kepada orang kampung dan pelombong bijih besi di Jerantut-Kenapa harga getah, kelapa sawit dan bijih besi begitu tinggi harganya di pasaran sekarang? Itulah permintaan ekonomi "Ketuanan China" yang perlu Malaysia ambil peluang!

9 comments:

p81 said...

Singkapan Sejarah yang baik .... lepas ni boleh laa pula kita buka sejarah Tanah Melayu 50 kebelakang sebelum 1946 .

Penditakainsingkat said...

Akhirnya ketuanan China tetap akan berlaku. Cuma cepat atau lambat.

Hakikat bahawa ketuanan China dalam sistem ekonomi sudah tidak dapat dipertikaikan lagi.

Kalau China tutup kedai anak Melayu tak boleh beli mercun di hari raya.

Ketuanan ekonomi tidak cukup. China perlu kuasa politik untuk jadi tuan sepenhnya. Seperti Singapura.

Pada ketika itu barulah boleh diambil tindakan menukarkan MALAYSIA kepada CHINESIA dan orang melayu tetap tidak hilang didunia.

Cuma masa sahaja yang menentukan.

Anonymous said...

ngapa bodoh sgt posting ni? Kalau x tau sejarah jgn ckp hal sejarah.. merosakkan jer

Anonymous said...

Anon 2:23 yang tahu sangat sejarah kenapa tak komen dengan hujah setakat komen cakap posting bodoh aje apa ke bendanya...

Anonymous said...

Anon 5:30,

Padan gitu jer la awk tu, jd tukang angguk dan penjilat wzwh jer la, apabila seseorang mendewa2kan kaum yg menafikan org melayu, dia dh xlayak nk hujah hal sejarah dah.

Anonymous said...

Anon 5:30 hanya aok sorang saja yang layak nak hujah sejarah. Bila takda hujah aok kata orang tak layak. Aok tak tahu apa yang tersurat dan tersirat he he he...sejarah aok tahu macam katak bawah tempurung aje..

Anonymous said...

hanya pemimpin umno yang selalu meminta minta dengan orang cina ini, seperti di jerantut ini tokey cina yang paling kaya tu, dah buat buku khas, buku utang kot menulis sapa yang meminta duit dia , nak mesyuarat pemilihan bahagian pun mintak dengan dia, nak berlawan lah katakan, nak mengundi pru pun mintak dengan dia.hata nak berjalan keluar negeri mintak di tanggung oleh dia.

Jika tak percaya panggil bekas bekas yb, yang yb sekarang ke, ajk bahagian yang gila duit ke, suruh bersumpah junjung al quraan mengatakan bahawa dema tak mengambil duit cina untuk kepentingan politik mereka. tanya mb tengok?

Anonymous said...

Anon 9:06,
Itu kena tanya Tengku Azlan sebab Tokay Lim Ah Cap ada bagi bukti termasuk resit siapa-siapa orang politik Jerantut yang suka makan duit Cina sebab itu Halim roti dilantik jadi Bendahari UMNO Bahagian Jerantut!

Anonymous said...

hahahakakah betul..betul betulll

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...