Tuesday, January 18, 2011

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Puad Zarkashi ke Ulu Tembeling

Lawatan kerja Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dato' Dr. Mohd Puad Zarkashi ke Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang akan berlansung selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Januari 2011.

WZWH berbesar hati dan berbangga kerana walaupun lawatan ini dari Timbalan Menteri Pelajaran namun WZWH kira ini juga lawatan dari Menteri Pelajaran TS Muhyiddin Yassin. Kita tahu beliau sibuk baru balik dari lawatan kerja enam hari ke Amerika Syarikat atas urusan negara.

Ini juga mesej dari DS Najib yang mahu keperluan pendidikan di pedalaman Ulu Tembeling diambil berat dan dibantu agar kualiti pendidikan anak-anak Ulu Tembeling dapat ditingkat kerana kerajaan berharap dari pendidikanlah boleh merubah kehidupan ekonomi dan sosial rakyat di pedalaman.

Dato' Puad Zarkashi tiba awal pada malam ini dan menginap di sebuah hotel di Jerantut. Pada pagi 19 Januari breakfast bersama kepimpinan UMNO bahagian Jerantut dan sayap-sayap. Timbalan Menteri Pelajaran selepas itu mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik Jerantut, PIBG, pemimpin masyarakat dan ahli parlimen Jerantut di Dewan MDJ.

Dato' Pengarah Pendidikan Pahang dijangka memberi ucapan aluan. Diprogram itu juga YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut menyampai sumbangan kepada PIBG SMK dan SRK seluruh parlimen Jerantut.

Dato' Puad Zarkashi kemudian berlepas ke Labis kerana pengumuman calun BN di DUN Tenang pada petang hari. Malamnya akan kembali ke Kuala Tahan kerana lawatan kerja ke SRK Kuala Tahan. Selepas itu beliau mudik Sungai Tembeling berlepas ke SRK Kampung Pagi bagi perasmian bangunan tambahan. Satu perjumpaan dengan penduduk Kampung Pagi akan diadakan.

Pada tengahari Timbalan Menteri Pelajaran berlepas ke SRK Ulu Tembeling (Kampung Bantal). Jamuan makan tengahari bersama penduduk Kampung Bantal. Selepas itu beliau merasmi Program Kembara Buku Guru Novis dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang UPSR sekolah-sekolah Ulu Tembeling.

Pada pukul  3 petang Timbalan Menteri pelajaran mudik Sungai Sepia berlepas ke SRK Kampung Gusai. Lewat petang beliau mudik Sungai Tembeling berlepas ke SRK Kampung Mat Daling. Malamnya ada program perjumpaan bersama penduduk kampung dan warga sekolah.

Pada pagi 21 Januari Timbalan Menteri Pelajaran akan menghilir Sungai Tembeling berlepas ke SRK Kampung Kuala Sat. Program perjumpaan bersama warga penduduk dan sekolah diadakan. Selepas itu lawatan Dato' Puad Zarkashi menghilir Sungai Tembeling balik ke Kuala Tahan. Lawatan kerja ke SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Tahan. Satu program motivasi bersama pelajar-pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran solat Jumaat di Masjid Kuala Tahan dan selepas itu berlepas ke Kuala Lumpur.

WZWH kira inilah lawatan Timbalan Menteri pelajaran yang paling lama dalam sejarah sekolah-sekolah di Ulu Tembeling. Lawatan ini sangat bermakna untuk Menteri Pelajaran memahami keperluan pelajaran dan bagaimana mahu meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak pedalaman serta juga membantu kebajikan murid-murid, pelajar-pelajar, guru-guru, dan PIBG-PIBG.

Sudah tentu pihak sekolah akan meminta peruntukan-peruntukan tambahan, segala masalah-masalah berkaitan hal pendidikan diutarakan, apa keperluan dan kebajikan guru-guru yang mengajar di pedalaman, juga kebajikan pelajar dan PIBG. Apa penambahbaikan yang boleh Timbalan Menteri Pelajaran cadangkan kepada Menteri Pelajaran dan sudah tentu DS Najib mahu ambil tahu apa hasil lawatan ini.

WZWH ucapkan banyak terima kasih kepada YB Dato' Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran kerana sudi meluangkan masa, tenaga dan bersusah payah mudik Sungai Tembeling melakukan lawatan kerja ke sekolah-sekolah di pedalaman Ulu Tembeling.

Ini satu KPI kerja baik dilakukan oleh seorang Timbalan Menteri Pelajaran sudah tentu DS Najib suka Menteri-menteri kabinetnya rajin turun padang merasa denyut nadi rakyat. WZWH ucapkan kepada Dato' Puad Zarkashi," Welcome to Ulu Tembeling...please appreciate the hardship and their hope!"

10 comments:

Anonymous said...

Harapnya Fuad Zakarshi (org kuat Anwar Ibrahim dulu) bukan pegi ulu tembeling sebab nak bodek dato najib - yalah pilihanraya dah dekat dah

Anonymous said...

alaaaa......si mamat nih memang jenih kaki bodek punyalah!

Anonymous said...

tuan kata,
WZWH ucapkan banyak terima kasih kepada YB Dato' Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran kerana sudi meluangkan masa, tenaga dan bersusah payah mudik Sungai Tembeling melakukan lawatan kerja ke sekolah-sekolah di pedalaman Ulu Tembeling

apa nie? biar dia rasa susah macong mana perit duduk kat ulu...tak payah time kasih time kasih..itu memang keje dia..dah dibayar gaji.. tuan punya blog ni la kuat membodeknya...sbb fuad tu timbalan..dia sound fuad suh kabo kabo ke najib dia nak jadi calun...politik sanggup makan taik sendiri dan sanggup makan taik org...

Anonymous said...

Salam.Harap Fuad dapat melihat masalah kekurangan guru guru dikawasan pedalaman.Sebok ramai sangat guru guru yang tak nak mengajar di kawasan luar bandar.Kalau masa nak mintak masuk maktab dulu bukan main janji hantar aje kemana mana semua sanggup.Bila dah dapat kerja banyak pulak songehnya.Jangan sampai kami yang jumpa fuad sendiri sudahlah.Harap PPD jerantut pandang berat masalah ni dan selesaikan dengan kadar segera.Sebelom buntut terbakar nanti

Anonymous said...

Salam..sejak bila pulak sekolah kebangsaan jadi sekolah rendah kebangsaan ??? bukan ke ejaan dan nama sebenar YB Dr Hj Mohd Puad b Zarkashi...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:29,
Sorry, tersilap typing sebab nak cepat nama sebenar betul YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi. Dulu zaman WZWH sekolah rendah WZWH ingat lagi SRKKT Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Tembeling. Terimakasih memberi teguran.

Anonymous said...

Tuan WZWH tak boleh ke selesaikan isu kekurangan guru di kawasan pedalaman mcm ni?.Keknya nak memajukan pendidikan di pedalaman,Kalau kurang guru siapa nak mengajar murid?Yang sebenornya pekerja kerajaan ni memang bangsat macam pemimpin politik jugek

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:04,
Isu kekurangan guru bukan masalah yang besar. Ini dapat diatasi bila Menteri Pelajaran arah tambah ramai guru lagi. WZWH boleh tulis surat kepada Menteri Pelajaran melalui PM DS Najib mohon Presiden Obama hantar guru-guru dari Amerika Syarikat melalui program American Peace Corps. Tentu guru-guru sukarela Amerika gembira dan suka mengajar di Ulu Tembeling kerana Green dan hijaunya Ulu Tembeling itu.

Anonymous said...

anon2 yang tiga teratas tu sebenarnya bengong2 belaka tak tau membezakan antara bodek dan berbudi bahasa.dari segi gaya bahasa dan laras bahasanya ternyata anon tersebut dah terhakis kemelayuannya.mungkin lah mereka produk anwar ibrahim yang mengamalkan pluralism.wzwh teruskan tradidsi memperkasakan maklumat.jangan di hirau anon celaka tersebut yang memang kerja menyemak dan tiada budaya ilmu.kami yang membaca ni tidak terpengaruh langsung dengan manusia yang guna kepala lutut ni yang kerja dia orang ni asyik mengutuk orang.orang yang suka kutuk orang ni biasanya lemah daya fikirnya dan saya perhatikan sejak dari dulu lagi anon ini memang orang yang sama.gila ising.

kutukan dewata: biar gili-gila jangan gila babi!!!!!!!!

Anonymous said...

hari ni keluar tajuk ramai rakyat malaysia menghadapi tekanan perasaan, dari jawapan wzwh sampai ke obama hal ulu tembeling ni, sah bukan hanya murid, guru yg mereng mcm wzwh ni pun perlu diberi perhatian. Patut spu letak gambar wzwh dlm poating tu, bijak, bijak.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...