Monday, January 31, 2011

Realpolitik Pahang: Apa Persediaan BN Pahang?

DSD Adnan Yaakob, MB Pahang merasmi Konvensyen BN Pahang 2011. MB melontarkan realpolitik Pahang dan persediaan BN Pahang serta motivasi meniup semangat BN Pahang menjelang PRU 13. 

Ledakan amukan ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah melalui media baru seperti facebook, tweeter, blog dan SMS telah membangkitkan gerakan massa rakyat memberontak tuntut pemerintah undur diri. Itu senario di Tunisia telah merebak bagai domino ke Mesir, Jordan, Maghribi, Yemen dan beberapa negara Arab.

Adakah realpolitik Pahang akan juga berlaku fenomena seperti itu? Politik Pahang tenang. Tapi jangan disangka air tenang tiada buaya. Orang kata buaya-buaya sepanjang Sungai Pahang baik-baik tidak makan orang. Perubahan dan sikap rakyat Pahang kita tidak boleh jangka.

Hakikatnya realpolitik negara dan Pahang sudah berubah. Kita tidak boleh jangka undi rakyat. PRU 2004 yang terbaik dalam sejarah BN selepas itu PRU 2008 prestasi BN yang terburuk! Tanya soalan ini kepada saintis politik pun mereka pening menjawabnya.

Kejutan kepada BN. Menang dalam kalah. Hilang 2/3, hilang 5 negeri, hilang keyakinan. BN dipersepsi "Barang Naik"! Misinformation, Disinformation ditabur kepada rakyat. Rakyat terutama generasi muda dan golongan pertengahan percaya kepada blog. Blog ibarat "koran politik" kepada rakyat. Rakyat baca dan percaya. Rakyat telah buktikan bahawa BN tidak kebal.

Sebab kalah PRU 2008 banyak sebab antaranya inflasi, kurang barang, barang naik, subsidi, jenayah tinggi,salah guna kuasa,nepotisma,rasuah, ISA, media baru bias, kempen cara lama, terlepas pandang, isu roboh kuil lantas Hindraf, harga petrol,diesel dan gas naik, ledakan kemarahan Tun Mahathir, parti komponen bertikam lidah sesama sendiri secara umum...

Terpulang kepada BN untuk selesaikan secara bijaksana. Jelas PRU 12 diadakan pada masa yang salah. Ketika harga minyak naik. Mungkin kakitangan Awam tidak diberi bonus...pun puncanya. Harap KSN studi isu yang nampak remeh temeh tapi 1.2 juta Civil Service adalah ketumbukan force yang besar belum dicampur keluarga mereka!

PRK selepas PRU 12 ada 14 keputusan dimana PR menang 8 dan BN menang 6, PRK DUN Merlimau menanti. PRU Negeri Sarawak dalam tahun 2011 ini. Apa keputusan? Tunggu dan lihat. Ada pengundi yang masih tidak suka dan benci BN.

DS Najib mengambil alih. Beliau mewarisi waktu sukar sama dengan bapanya Tun Razak selepas PRU 1969 dengan rusuhan kaum 13 Mei. Secara kebetulan. Pada PRU 1969 Tun Mahathir pun kalah bertanding parlimen. Pada PRU 2008 negeri Tun Mahathir-Kedah kalah satu negeri!

Ahli politik Pahang ada tradisi politik warisan berzaman. Kalau tidak Pahang tidaklah negeri paling besar di Tanah Melayu. Sultan Pahang pertama dari jalur Bendahara Wan Ahmad adalah ahli politik yang hebat di zamannya. Pahlawan-pahlawan legenda Pahang digeruni British. Ini cerita sejarah lama. Adakah semangat itu masih ada di Pahang?

DS Najib memperkenalkan 1Malaysia, rakyat didahulukan, NKRA, walkabout , ETP, EPP dll. Kerja-kerja kebajikan rakyat, pendidikan dan pembangunan  dirancakkan.

Pemikiran rakyat sudah berubah. Rakyat mahu kebebasan, demokrasi, human right, freedom of speech, peluang pekerjaan dan ekonomi yang adil tidak dimonopoli oleh golongan atasan sahaja.

BN Pahang perlu yakin dengan semangat dan perjuangan. Bila MB turun padang wajib parti-parti komponen ikut. Bila Menteri turun padang wajib juga diikuti parti-parti komponen.

Perjuangkan kepentingan kaum masing-masing dan ahli-ahli parti dan diakhir proses duduk semeja bincang bersama-sama. In the spirit of BN...Dalam masyarakat majmuk ada dapat, ada tak dapat, ada yang berkorban.

1Malaysia bantu ikut keperluan. Contoh bantuan pendidikan bantu tidak kira apa kaum. Yayasan Pahang adalah mekanisma terbaik contoh bagi negeri lain untuk salurkan bantuan pendidikan.

Pembangkang kata pelaburan lembap masuk ke Pahang. Faktanya pelaburan sentiasa bertambah masuk ke Pahang setiap tahun. Pada tahun 2009 nilai pelaburan ialah RM1.2 bilion. Pada tahun 2010 bertambah kepada RM2 bilion.

Apa juga kebaikan yang BN buat di Pahang perlu hebuhkan kepada rakyat. Kerajaan dan parti mesti hebuhkan. BN perlu beri bantuan kepada semua kaum.

Ketua cawangan parti komponen terus salurkan kepada MB. Program e-kasih, Fokus Group dan kerajaan masih tidak lengkap datanya. Masih ada yang benar-benar memerlukan tertinggal dan tercicir. Ketua cawangan-ketua cawangan parti komponen perlu cari rakyat susah tercicir ini.

Parti-parti komponen juga boleh terus salurkan kepada MB. Berjuanglah untuk parti masing-masing. Ketua cawangan aktif memohon kepada ADUN. EXCO dan MB membantu semampu yang boleh dan kita minta bantuan PM.

Pakatan Rakyat suka polemik isu. Contoh isu barang naik. Yang harga getah sekilo, kelapa sawit setan naik harga mengimbangi inflasi tidak pula disentuh.

PRU Tenang sudah BN menang, seterusnya DUN Merlimau dan PRU Negeri Sarawak. JIka BN menang kesemuanya pasti PRU 13 cepat menjelma. BN bersiap sedia dari sekarang.

DS Najib bilang kalau mahu BN menang dengar cakap PM-"winnable candidate". Kalau calon berjawatan dalam parti tidak boleh menang maka biar DS Najib dan MB pilih calon dari luar yang "winnable candidate". Semua jentera aktif bergerak, tiada rasa terkilan, atau lemah semangat bila calon berjawatan dalam parti tidak terpilih, jangan sabotaj dan cas keting. Yang penting UMNO menang, MCA menang, MIC menang dan parti komponen lain menang dan BN menang maka semua ahli-ahli parti BN menang.

Pada persepsi rakyat nampak DS Najib ikhlas dan jujur serta bersungguh mahu membawa perubahan. Tapi yang keliling DS Najib tidak nampak mahu berubah. Mana-mana pemimpin yang sudah berkarat, tepu dan tidak bersesuaian dengan era zaman DS Najib maka adalah perlu pemimpin jenis ini direhatkan beri peluang kepada pemimpin muda yang bersemangat, bertenaga dan sepemikiran dengan hala tuju PM.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...