Tuesday, February 1, 2011

Analisis Pengundi Cina PRK DUN Tenang


WZWH sebagai saintis politik suka melihat data dan "empirical evidence" bagi membuat analisis trend "vote behaviour" perlakuan kecenderongan pengundi Cina di DUN Tenang. Dun Tenang dalam parlimen Labis yang disandang anak presisen MCA. Maka Labis ini kubu kuat CSL.

Mari kita lihat analisis keputusan PRK DUN Tenang:

Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Tenang majoritinya masyarakat China. Labis, Labis Tengah dan Labis Timur. Berikut adalah keputusan di tiga pusat mengundi tersebut :

LABIS
Keluar mengundi 53.0 % 
BN 380 undi
Pas 337 undi
Majoriti 43 undi

LABIS TENGAH
Keluar mengundi 30.0 %
BN 365 undi
Pas 851 undi
Majoriti negatif BN kalah 486 undi

LABIS TIMUR
Keluar mengundi 51.4 % 
BN 669 undi
Pas 632 undi
Rosak 16
Majoriti 37 undi

Kehadiran keluar mengundi di tiga pusat mengundi semuanya dibawah 53% tidak memuaskan. Alasan hujan tidak boleh diterima. Jika orang Cina menyokong BN sudah tentu pasti lebih 75% keluar mengundi dengan bersemangat. Sememangnya di mana-mana PRU dan PRK orang Cina paling ramai keluar mengundi.

Adakah jentera MCA tidak berkerja lebih kuat untuk membantu menggerakkan sokongan kepada BN? Jawapan dari data menunjukkan MCA tidak bersungguh-sungguh. Adakah jentera komponen BN lain terlibat sama?

Jumlah yang keluar mengundi dari tiga pusat mengundi itu ialah 3,250.  BN mendapat 1,414 undi Pas 1,836 undi. BN tewas di tiga peti undi itu 422 undi. Dengan andaian lebih 70% keluar mengundi maka BN dijangka kalah sekitar 1000 undi di tiga pusat mengundi tersebut.

Dari data tersebut WZWH boleh buat kesimpulan ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi kerana rasa serba salah dengan pilihan mereka. Labis adalah tempat presiden MCA. Labis menjadi tumpuan teropong DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin. Maka lebih baik orang Cina ramai tidak keluar mengundi dari memalukan BN dan tidak mahu arah kecenderongan mereka  diketahui.

WZWH akui tindakan ramai orang Cina tidak keluar mengundi ini turut membantu kemenangan calon BN dengan tidak mengundi PAS. Sedangkan PR terutama DAP sangat mengharap sokongan orang Cina Labis.

Terlalu kuat isu perkauman yang dihasut oleh pihak lawan dengan model kejayaan di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, dan Perak hingga menyebabkan pengundi China menjadi serba salah untuk keluar mengundi akhirnya sebilangan besar tidak mengundi.

Keyakinan kepada MCA masih berbelah bagi. MCA tidak dapat meyakinkan masyarakat China agar menambah sokongan kepada BN. Masyarakat China juga sebahagiannya begitu percaya kepada janji-janji manis PR  jika mereka dapat mengambil alih Putrajaya.

Trend sokongan masyarakat China terhadap BN antara 35 ke 45% adalah lebih berasas dan benar. Jika begitu keadaanya, BN dalam kedudukan yang masih lagi tidak setabil untuk menghadapi PRU 13. Peratusan itu terlalu sensitif iaitu kurang dari 50%.

DS Najib kena akui inilah hakikatnya sokongan pengundi Cina di seluruh Malaysia. Kalau BN mahu menang PRU 13, BN perlu dapat sokongan 65% orang Melayu dan Bumiputera, 60% orang India dan cuba dapatkan 45% orang Cina.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...