Thursday, February 17, 2011

Tinggalkan Masalah Mahathir-Anwar, PAS Antik, Kita Bina Politik Baru


Kita orang Malaysia selalu berpolemik soal politik terkebelakang. Kita selalu bincang politik lama. Masalah politik Malaysia hari ini adalah peninggalan politik usang yang perlu dilupakan. Tinggalkan masalah Mahathir-Anwar, PAS antik-"I'm holier than you", kita generasi muda bina politik baru yang boleh memberi penyelesaian kepada keperluan politik, ekonomi dan sosial kita semua.

Banyak isu politik yang sering diperdebatkan adalah warisan teknikal perlembagaan, institusi, peninggalan era Mahathir bersama Anwar yang perlu kita lupakan. Tidak ada penyelesaian dan jawapan kepada masalah itu. Jangan kita jadi "obsessed" dengan polemik merugikan kita.

Lupakan Mahathir-Anwar. Sudah sampai masa kita kata,"cukuplah untuk memuas ego mereka berdua".  Srivijaya, Majapahit dan Melaka tidak bergantung kepada seorang dua pemimpin. Kerajaan hebat Melayu ini dijayakan oleh pemimpin yang berfikir membina masa depan dan rakyat yang menyokong pemimpin masa depan. Kita menuju era Najib membina Malaysia baru kini. Ini yang kita perlu sokong dan bicarakan.

Terlalu ramai rakyat yang keliru, marah kepada kekeliruan politik yang menyekat pemikiran minda politik mereka. Oleh kerana tidak mengkaji senario politik hari ini lantas mereka mengambil jalan mudah mahukan perubahan lalu menyalahkan BN segala-galanya.

Bila tiada pemimpin yang berkarisma ke depan memberi penyelesaian dan arah perubahan yang dimahukan kekeliruan politik bertukar kepada emosi kemarahan yang dituju kepada BN.

Apakah perubahan yang berlaku? PKR mahu perubahan kuasa dari UMNO kepada PKR. PAS mahu perubahan dari Islamis kepada Sekular kerana kuasa. DAP mahu perubahan dari status quo politik sekarang kepada impian Malaysian Malaysia sejak era LKY. DAP masih percaya kepada politik antik LKY yang tidak peduli kepada realiti politik, perlembagaan, institusi Majlis Raja-Raja Melayu menjaga kepentingan Melayu dan Islam sejak beratus tahun dulu.

Bolehkah Pakatan Rakyat mengubah realiti politik ini. Adakah satu revolusi rakyat perlu digerakkan untuk mengubah realiti politik Malaysia yang telah berakar umbi sekian lama dengan perlembagaan dan institusi yang utuh dan jitu?

Perubahan politik ada dua jenis. Ada satu perubahan politik negatif manakala satu lagi perubahan politik positif. Analisis cost dan benefit perlu diperhalusi. Adakah perubahan politik ini hasil dari benar-benar dari pemikiran pemimpin yang "genuine" idealist atau opportunist?

Selepas 53 tahun politik Malaysia adakah BN dapat mengurus perubahan dan mood yang rakyat kehendaki? Adakah BN dipenghujung? Adakah kaum Melayu, Cina dan India mahu bersama lagi dalam acuan politik BN atau mahu berubah kepada acuan politik baru "euphoria" Pakatan Rakyat yang belum tentu memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua pihak?

Penyelesaiannya jika kita tinggalkan masalah legasi Mahathir-Anwar, PAS antik dan bina politik baru kita akan dapat jawapannya.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...