Nuffnang Ads

Pages

Thursday, February 24, 2011

PRK DUN Kerdau: UMNO Jerantut Jaga Peti Undi Jengka 25

YB Dato' Wan Amizan Wan Razak mengadakan mesyuarat AJK peti undi Felda Jengka 25 (DUN Kerdau) pada petang 20 Februari 2010.




Pada hari Ahad 20 Februari 2011 lagi sebelum BN umum calon PRK DUN Kerdau pada hari Selasa 22 Februari, UMNO Bahagian Jerantut melalui YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia merangkap ADUN Tahan telah mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat dengan AJK UMNO cawangan Jengka 25 (dalam DUN Kerdau).

Dalam mesyuarat itu juga ditubuhkan AJK peti undi Jengka 25 bagi persiapan menghadapi PRK DUN Kerdau. Jengka 25 mempunyai pengundi berdaftar seramai 450 orang. Bertuahlah Jengka 25 mendapat "guardian UMNO" seperti YB Dato' Wan Amizan. Beliau adalah ahli politik muda Pahang yang pantas, laju, proaktif, cekap dan berkesan. Apa-apa keperluan bagi bilik gerakan Jengka 25 dan jentera BN Jengka 25 semuanya mudah dibereskan oleh YB Dato' Wan Amizan.

Sebagai anak peneroka Jengka 12, beliau sangat-sangat memahami segala macam permasalahan dan keperluan peneroka. Beliau tahu apa kehendak pengundi peneroka Felda. Anak-anak muda Felda Jengka 25 sangat bersemangat dan bermotivasi untuk laju buat kerja memenangkan calon BN PRK DUN Kerdau Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

WZWH dapati bilik gerakan Jengka 25 semakin ceria meriah dengan berbagai aktiviti. Sewaktu ditanya apa peluang calon BN PRK Kerdau, YB Dato Wan Amizan percaya dan yakin akan kemenangan Syed Ibrahim. Beliau percaya pengundi-pengundi PRK DUN Kerdau sangat matang memilih pemimpin.

3 comments:

dzimba MMIM said...

HIDUP DATO WAN HAMIZAN...PEMIMPIN YANG RAJIN,PROAKTIF DAN BERJIWA RAKYAT SEBEGINI YANG KITA CARI.

FARHAN PAHANG said...

PAS x mahu ambil risiko? PAS nampaknya x yakin utk menang dlm PRK, di TENANG PAS letak calon wanita, di KERDAU, calon yg tewas sebelum ini,Hasanuddin Salim dipertaruhkan. adakah PAS takut utk letak nama2 besar seperti TUAN IBRAHIM atau HASSAN TANTAWI utk jadi calon? PAS nampaknya x mahu ambil risiko tokoh ternamanya dimalukan jika tewas.

WZWH said...

Salam FP,
Anda sangat bijak membaca politik "playsafe PAS". WZWH sudah cuba memujuk PAS meletakkan tokoh-tokoh heavyweight PAS namun PAS sudah tahu bakal kekalahan dan PAS sememangnya sudah menyerah kalah!