Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, February 16, 2011

PRK DUN Kerdau: Siapakah Calon BN?

Al-Fadhil Ustaz Syed Ibrahim b. Syed Ahmad, Penasihat Agama MB Pahang.

Akhbar Sinar Harian 16/2/2011 telah menulis senarai 7 nama UMNO Bahagian Kuala Krau ramalan siapakah calon PRK DUN Kerdau. Siap dengan gambar sekali.

Akhbar Berita Harian turut membuat tinjauan bertanya kepada beberapa orang pengundi di DUN Kerdau. Ada penduduk DUN Kerdau mahu calon berkelulusan tinggi, berlatarbelakang agama, dekat dengan masyarakat selalu turun padang.

WZWH kira soal calon bukan lagi "open secret". Orang DUN Kerdau sudah tahu dan bercakap di merata tempat. Jadi WZWH kira bukanlah "offence" jika tulis posting "Siapakah Calon BN PRK Kerdau?" yang boleh menyinggung setengah pihak.

Berikut 7 nama UMNO Bahagian Kuala Krau yang disebut-sebut:
  1. Abdul Razak Ahmad-Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau.
  2. Syed Ibrahim Syed Ahmad-Naib Ketua UMNO Bahagian.
  3. Rodzuan Zaaba-Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
  4. Mohd Arhan Saluddin-Bekas Setiausaha UMNO Bahagian.
  5. Redzuan Harun-Bekas ADUN Sanggam (Kerdau sekarang).
  6. Norahan Abu Bakar-Ketua Wanita UMNO Bahagian.
  7. Norhasmi Abdul Ghani-Ketua Puteri UMNO Bahagian.
UMNO Bahagian Kuala Krau belum lagi punyai senarai sesuai. UMNO Bahagian juga sebulat suara menerima calon dari DS Najib dan MB. Apa yang penting UMNO Bahagian menyediakan gerak kerja parti hadapi PRK DUN Kerdau dan pastikan buka bilik gerakan di peringkat bahagian, DUN dan cawangan.

MB belum memutuskan lagi samada mahu mengambil pendekatan DUN Galas mahu pun DUN Tenang atau calon berlatarbelakangkan agama.

Jika kita melihat dari senarai yang disebut-sebut maka kita boleh meramal jika pendekatan DUN Galas diambil maka calon yang berjawatan Setiausaha Bahagian lah dipilih.

Abdul Razak bin Ahmad, 35 tahun, Setiausaha UMNO Bahagian, anak watan DUN Kerdau. Beliau seorang  peguam lulusan UIA. Punya firma guaman di Temerloh dan Kuantan. Beliau memang bercita-cita menjadi ahli politik sejak dari kecil lagi. Mendapat pendidikan rendah di SR Paya Ara Kerdau dan SMK Sains Pekan.

Kalau mahu lulusan agama calonnya mungkin Syed Ibrahim Syed Ahmad, Naib Ketua UMNO Bahagian, berkelulusan agama dari Timur Tengah. Bertugas sebagai Pegawai Khas Agama MB Pahang. Juga calon dari DUN Kerdau.

Walaupun ramai menjangkakan Syed Ibrahim bakal dicalonkan namun kalau dilihat habit DSD Adnan Yaakob MB Pahang tidak suka pegawai-pegawainya dicalonkan. Kita boleh lihat semasa PRK DUN Batu Talam, Raub dulu bila nama Dato' Shamsuddin Nawawi Setpol MB dijangka tetapi dapat ke Setiausaha Bahagian UMNO Raub ketika itu Aziz Kiram.

Tapi untuk mengetarkan PAS Kerdau sudah tentu calon berlatarbelakangkan agama boleh dipertimbangkan oleh MB.

Terdapat juga seorang calon alternatif jika pendekatan DUN Tenang diambilkira. Calon PTD anak watan DUN Kerdau yang boleh ditonjolkan ialah Dato' Norzan Ahmad YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang. Tidak ramai orang tahu dulu semasa kumpulan A boleh berpolitik Dato' Norzan pernah menjawat jawatan Ketua UMNO cawangan di DUN Kerdau. Minat berpolitiknya ada.

Apa yang WZWH tulis ini hanyalah spekulasi sahaja tidak ada kena mengena dengan pilihan pucuk pimpinan. Jika ramalan ini terkena dan menjadi kenyataan itu hanyalah secara kebetulan saja. Apa-apa pun DSD Adnan Yaakob yang baru pulang dari Australia tentu sudah mempunyai ilham siapa calon BN di PRK DUN Kerdau.

3 comments:

Anonymous said...

teka meneka siapa calun kerdau....bagaimana dengan calun di dun tahan, siap agaknya pd pru ke 13....?

Anonymous said...

siapa lagi calun dun tahan pru 13 nanti, tak lain tak bukan, WZWH lah

Anonymous said...

DUN Kerdau ni letak KERBAU jadi calon BN pun Confirm MENANG..