Monday, February 7, 2011

Kita Bina Universiti Al-Azhar Di Kuala Lumpur!



Secara kebetulan selepas Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia, bumi Mesir sudah tidak aman kerana krisis politik Mesir yang terburuk dalam sejarah. Ekoran itu kerajaan Malaysia terpaksa memindahkan 11,000 pelajar Malaysia bawa pulang demi keselamatan.

Mesir bumi pusat intelektual Arab dan Islam dilanda musibah politik yang menghuruharakan negara. Keadaan tidak selamat untuk 11,000 pelajar Malaysia belajar di Mesir.

Bagaimana mahu belajar bila kehidupan seharian terganggu dengan demostrasi anti Hosni Mubarak dan pro Hosni Mubarak. Perintah berkurung seperti zaman darurat Malaya. Makanan dan bahanapi kekurangan dan harga bertambah ganda. Bank-bank ditutup. Kedai-kedai ditutup dan ada yang dijarah. Polis tidak boleh mengawal rakyat yang merusuh.

DS Najib dengan bantuan kerajaan Arab Saudi telah melancarkan operasi piramid memindahkan 11,000 pelajar Malaysia dari Mesir via Jeddah terus penerbangan ke Kuala Lumpur. Berapa kos operasi piramid ini? WZWH belum lagi mendapat maklumat terkini dari JPM. Tentu kosnya berpuluh-puluh juta!

Parti PAS melalui Harakahdaily telah menyoal Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir! Keputusan Kerajaan Malaysia disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah. Sewajarnya rakyat Malaysia tidak perlu dibawa pulang. mereka tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri.

WZWH berpendapat Harakahdaily adalah suara resmi PAS yang tidak berpijak di bumi nyata. Keadaan di bandar-bandar Mesir sudah tidak selamat diduduki oleh rakyat asing. Kita lihat operasi membawa pulang rakyat oleh negara-negara asing:

(i) Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii) Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii) China – bermula 31 Jan. 2011
(iv) India – bermula 31 Jan. 2011
(v) US – bermula 29 Jan. 2011
(vi) UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii) Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii) Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Kalau PAS memerintah Malaysia sudah tentu keselamatan rakyat tidak terjamin ditangan kerana berfikir tidak di bumi nyata. Tindakan yang perlahan dan tidak berani akan membahayakan keselamatan pelajar Malaysia.

Sudah sampai masanya WZWH fikir kita perlu bina Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur. Malaysia boleh mengimport para pensyarah, profesor dan ulamak Mesir gred A untuk mengajar di Kuala Lumpur. Sebenarnya gaji yang ditawar kepada pensyarah, profesor dan ulamak Mesir adalah sangat rendah di Mesir jika dibandingkan di Malaysia. Kalau perlu Malaysia perlu import tenaga pengajar dari Tunisia, Algeria, Yemen. Jordan, Maghribi, Syria. 

Kerajaan tiada masalah menawarkan remunerasi gaji yang lebih baik. Segala kemudahan belajar kerajaan Malaysia mampu sediakan. Sudah sampai masanya para intelektual di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara berhijrah ke Malaysia. Biarkan ahli-ahli politik dan rakyat yang suka berdemonstrasi tinggal.

Bangsa Arab bukanlah bangsa terbaik umat Islam walaupun nabi Muhammad SAW dan beratus ribu nabi dan rasul diturunkan untuk menyampaikan ajaran Allah kepada mereka (termasuk bangsa Yahudi-Semitik). Terlalu banyak masa terbuang menangani konflik agama dan politik sejak dari zaman berzaman.

Sebab itu keturunan Rasulullah telah lama berhijrah ke Asia Tenggara kerana diburu oleh ahli-ahli politik gila kuasa Arab. Dunia umat Melayu Islam telah lama menyambut keturunan ahli bait menetap di sini. Bukanlah perkara mustahil jika intelektual Arab Islam berhijrah ke Malaysia beramai-ramai.

Islam dan kebudayaan kecemerlangannya perlu disuburkan di Asia Tenggara. Malaysia adalah negara yang dirahmati dan diberkati Allah. Kita bina Universiti Al-Azhar, Cairo, Alexandria, Mansoura dll di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat di bumi Malaysia.

7 comments:

Anonymous said...

Suruh je nik aziz itu g berperang kat mesir nun..konon xde semangat Islam..kalau handal sgt hantar la bala temtera PAS ke sana..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 2:42,
PAS seramai 5000 orang telah berdemonstrasi anti Hosni Mubarak di Kuala Lumpur baru-baru ini. WZWH bimbang nanti penganti Hosni Mubarak akan balas balik mana-mana pelajar Malaysia yang pro-PAS tidak akan dibenarkan belajar di Mesir nanti. Ekekeke... sendiri cari susah.

Anonymous said...

Kenpa tida PAS hantar bala tentera mereka join demonstrasi ke sana? suka sangat berdemo..

Anonymous said...

Tuan,

Ni zaman ni MAS belah udara bawa anak Jawi keluar Mesir ke Jeddah.

Zaman dulu Nabi Musa bawa anak Israel belah laut ke Sinai.

Membiaklah wahai anak Jawi tu dibumi Jeddah

Meru

Anonymous said...

Salam..korang kutuk la org pas tu...yg nyata korang tu yg dapat dosa...buka minda buka mata buka hati...

Anonymous said...

orang melayu gila kuasa.....
miskin dibumi sendiri...

Anonymous said...

Anon February 8, 2011 2:52 PM Pas bodoh bangang biol..Ente memang pencacai taik nik najis..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...