Sunday, February 20, 2011

Isu Melayu Dan Perjuangan Bangsa Bukan Rasis


Sebelum merdeka rundingan orang Melayu mudah jika kaum Cina dan India mahu warganegara perlu terima hak, agama Islam, bahasa dan Raja-Raja Melayu.

Kegagalan Malayan Union melahirkan UMNO. Ini asas Perkara 153 perlembagaan Malaysia. Ini perkara yang orang Melayu pertahankan. Apakah bila kaum bukan Melayu senang lenang setelah 54 tahun merdeka maka mahu desak Perkara 153 dihapuskan?

1963 terdapat ideologi baru Malaysian Malaysia mahu hapuskan hak Melayu. DAP dan Gerakan begitu lantang. MCA tidak nyata secara terbuka.

UMNO mempertahankan hak Melayu ini. Tapi PAS tidak mahu isu Islam dan Melayu bercantum menuduh perjuangan UMNO sebagai puak rasis @ assobiyah.

Di Tanah Melayu @ Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Islam menuntut perjuangan mempertahan agama, bangsa dan tanahair. Bukan rasis malah bersifat global bukti Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu lain di Nusantara.

Nabi SAW bersabda, " Cinta kepada tanahair sebahagian dari iman"

Keterangan al-Quran : "Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu (berasal) dari seorang lelaki (Adam) dan seorang wanita (Hawa) dan (setelah itu) kami jadikan pula pelbagai bangsa dan puak agar kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain. Orang yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling bertakwa."

Allah sengaja wujudkan pelbagai bangsa supaya dapat berkomunikasi untuk faedah masing-masing bukan bergaduh dan berpecah-belah serta bina blok-blok sendiri. Nilai terbaik bagi sesuatu bangsa ialah mereka yang bertakwa dikalangan bangsa yang berpegang dan beramal dengan agama tauhid serta berakhlak mulia. Dalam konteks Malaysia orang Melayu beragama Islam.

Nabi SAW bersabda,"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan suku dan bangsa, selagi tidak dalam perkara melakukan dosa (yang menyalahi peraturan dan undang-undang)" (Riwayat Abu Daud).

Perjuangan membela bangsa di atas jalan kebenaran tidak assobiyah. Maksud assobiyah yang dilarang ialah mempertahankan bangsa di atas jalan kezaliman atau melanggar perintah Allah.

Sabda Nabi SAW bersabda, " Assobiyah itu ialah jika kamu membantu kaum kamu di atas jalan yang salah." (Riwayat Abu Daud).

Islam amat menggalakkan kita bantu membantu sesama bangsa di atas jalan kebaikan. Firman Allah maksudnya"...tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran (hukum-hakam Allah)." (Surah al-Maidah (5): 2).

Firman Allah maksudnya"...dan (tanda orang benar-benar beriman dan bertakwa ialah) memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta..." (Surah al-Baqarah (2); 177).

Ayat ini Allah menyebut "kerabat" terdekat dahulu yang utama diberikan harta yang dicintai, ertinya mengutamakan keluarga atau suku atau bangsa sendiri yang terdekat hubungan dengan kita, kemudian baru Allah sebut anak-anak yatim, orang miskin, musafir dan orang yang meminta-minta.

Allah akui wujudnya bangsa dan suku yang terdekat dengan kita yang patut diutamakan. Itulah yang UMNO perjuangkan selama 65 tahun untuk orang Melayu dan kaum-kaum lain di Malaysia. Sebab itu UMNO parti yang diberkati paling lama memerintah negara dalam dunia ini hingga kini.

Maka kita orang Melayu dan kaum-kaum lain yang berfikir perlu mempertahankan UMNO ini dalam memerintah Malaysia sebaiknya. Itu sebab dalam konvensyen terbaru PAS di Shah Alam mengaku isu Melayu dan perjuangan bangsa diakui bukan rasis.

3 comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...