Sunday, February 6, 2011

Mesir Negara Ramai Ulamak Gagal Mendisiplinkan Rakyat Dan Pemimpin Tidak Seperti Malaysia


Mesir negara peradaban awal. Tamadun yang membina piramid. Negara para anbiya nabi Musa dan Firaun. Negara moden pusat kebudayaan Arab dan Islam. Negara yang mempunyai institusi agama yang masyhur dan tertua di dunia Universiti Al-Azhar, Kaherah melahirkan ramai ulamak gred A bertaraf dunia.

Mesir negara yang punya ramai ulamak tersohor gagal mendisiplinkan rakyat dan pemimpinnya dari menghuruharakan negara. Mesir sudah tidak aman, tidak stabil politiknya. Keadaan menjadi kelam kabut bila harga makanan dan bahanapi melambung naik dan bekalan terhad, semua orang membawa parang, pisau, pedang, kayu dan apa-apa sebagai langkah keselamatan. Kedai-kedai dan pasarraya dijarah. Bank-bank ditutup dan rakyat tidak bekerja.

Keadaan politik dan ekonomi Mesir terutama di bandar-bandar besar yang kacau ini membuatkan Mesir tidak lagi selamat didiami oleh rakyat asing dan pelancung. Rakyat Malaysia umpamanya terutama pelajar telah dan sedang dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia yang diketuai oleh DS Najib yang sangat bimbang terhadap keselamatan pelajar muda Malaysia maka operasi piramid membawa pulang 11,000 pelajar Malaysia dijalankan.

Mesir negara yang punya ulamak gred A dunia ternyata gagal membendung krisis Mesir. WZWH tidak mahu menyalahkan kerajaan Hosni Mubarak yang tidak mendengar suara rakyat atau protes rakyat yang inginkan perubahan telah menghuruharakan keadaan.

Krisis Mesir bermula selepas krisis tunjuk perasaan rakyat Tunisia yang berjaya mengulingkan presidennya telah menghasilkan gelombang memberi kesan kepada banyak negara Arab lain di Timur Tengah. Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Obama telah pening kepala tidak tahu dan tidak jelas serta kabur untuk menyokong mana-mana pihak demi kepentingan Amerika.

Amerika takut Mesir menjadi republik Islam Iran. Amerika mahu sokong pemimpin yang dihasilkan melalui rundingan Mubarak dan rakyat memberontak. Muhammed ElBaradei telah memberi amaran kepada Amerika supaya jangan campur tangan.

WZWH boleh buat kesimpulan sebenarnya Malaysia lah negara Islam di dunia yang patut menjadi ikutan negara Islam atau negara umat Islam. Malaysia walaupun tiada ulamak bertaraf dunia @ gred A tetapi ulamak Malaysia dan pemimpin UMNO berjaya memerintah Malaysia mengikut Al-Quran dan Sunnah meskipun PAS tidak bersetuju dan mengakui.

Malaysia negara yang dirahmati oleh Allah dan para Anbiya dan Wali Allah kerana negara ini sejak merdeka 1957 telah berdiri dengan megah, berdikari, membina kerajaan, negara yang aman, makmur, stabil, adil kepada rakyatnya betul-betul mengikut ajaran Islam yang sebenarnya dan berjalan di atas jalan yang lurus.

WZWH cabar mana-mana ulamak dunia Arab bertaraf dunia dan gred A buktikan apa yang WZWH lontarkan ini dan pandangan-pandangan WZWH adalah SALAH!

4 comments:

bRAVEhEART said...

salam bro,
menarik pandangan ini, saya harap akan dapat CnP dan angkat posting ini, sudah tentu akan saya kreditkan kpd bro juga. selamat dan teruskan menulis

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Braveheart,
Ianya pandangan yang simple dan jujur dari Tembeling man, Tq.

Anonymous said...

Tembeling Man ni bau bau bacang dgn Peking Man eh?

Anonymous said...

apahal pulak dgn pandangan mamat ni? http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/02/kerajaan-malaysia-tidak-sepatutnya.html

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...