Friday, February 11, 2011

"The Untouchable" Jerantut


Sejak akhir-akhir ini WZWH sudah lama tidak buat posting berkenaan politik Jerantut. Isu-isu nasional dan Mesir menarik untuk dibincangkan. Untuk realpolitik Jerantut sewajarnya posting tentang politik Jerantut diutamakan.

Jadi apa cerita nak buat posting tentang Jerantut. WZWH ada banyak cerita terutama tentang ekonomi dan pembangunan Jerantut terutama DUN Tahan. Biasanya topik begini orang tidak minat baca kerana mungkin tidak percaya benda-benda pembangunan ekonomi boleh dilaksanakan atau apa yang dibincangkan lambat untuk menjadi kenyataan.

Jika kita orang yang berfikir tentu menarik dan teruja untuk dibincangkan namun orang Jerantut tidak suka berfikir terutama pemimpin-pemimpinnya. Tidak ke nampak ke tala tujunya. Jika kita bawa pandangan dan pemikiran yang lain dari yang lain orang Jerantut kata pungkor. Orang politik Jerantut takut dilabel pemungkor maka kreativiti dan inovasi tidak dihargai dan dibudaya di dalam pemikiran politik Jerantut.

Posting WZWH kali ini bertajuk "The Untouchable" Jerantut. Buka kamus English dictionary apa maksud untouchable. Maksudnya kita tidak boleh sentuh. Kita tidak boleh tegur. Kita tidak boleh kritik. Kenapa? Kerana kedudukan dan hak istimewa.

Ramai orang Jerantut tidak berani bincang topik ini. Ramai blogger Jerantut pun tidak berani juga sentuh. WZWH tidak pelik dan hairan. Kerana PM dan MB pun tidak berani juga. Sorry to say because genetically "The Untouchable" is more superior race than orang-orang yang tidak berani sentuh.

WZWH bincang topik ini kerana WZWH tidak boleh hipokrit kepada orang Jerantut. WZWH akan cakap apa yang WZWH fikir betul dan bersesuaian dengan blog WZWH-blog pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut. Pada WZWH kepentingan orang Jerantut yang lebih penting. Jika ada pihak yang tidak anu-anukan dan acuh tidak acuh kepada kepentingan orang Jerantut maka itu WZWH tidak boleh terima.

Politik "The Untouchable" adalah budaya politik Jerantut sejak tahun 1999 lagi. Sebelum itu politik Jerantut budayanya "Bukit Golan" sejak Bahagian UMNO Jerantut berpisah dari UMNO Pahang Barat pada tahun 1974.

Kebaikan "The Untouchable" ialah semua orang politik Jerantut berjurus dan nampak satu team pasukan. tapi orang Jerantut mahu result dan keputusan. Orang Jerantut mahu satu usaha pembangunan politik dilakukan dengan serious dan penuh minat.

Kebaikan yang tidak dinafikan dengan adanya "The Untouchable" kononnya orang Putrajaya dan Kuantan segan kepada Jerantut. Mungkin betul. Tapi orang Jerantut juga rindu politik yang "touchable". Politik ada perasaan dan feeling di hati dan di jiwa. Yang penting sekarang orang Jerantut mahu "result oriented"

Pada 8 Januari 2011, bila PM mahu berjumpa dengan Jerantut tapi Jerantut tidak datang. Mungkin "The Untouchable" ada alasan-alasan yang wajar. Orang Jerantut berharap "The Untouchable" menyatakan apa orang Jerantut mahu.

Pada Sabtu nanti, WZWH tidak pasti Jerantut akan hadir berjumpa PM. Mungkin Jerantut tidak hadir. Atas apa alasan. Jika "The Untouchable" tidak menghadiri bagaiman PM mahu bercakap yang punya sejuta erti kepada orang Jerantut.

WZWH tidak faham pemikiran politik "The Untouchable". Mungkin tidak perlu jumpa PM kerana PM sudah tahu apa kehendak orang Jerantut. 48,000 pengundi Jerantut masing-masing sudah membuat interpretasi penilaian politik masing-masing dan mencongak tindakan yang akan dilakukan pada hari penentuan.

WZWH tidak tahu samada ada banyak positif atau banyak negatif penilaian mereka orang Jerantut. Mungkin Jerantut tidak penting bagi PM dan MB. Kalah pun tidak mengapa kerana ibu negeri Kuantan dan jiran bandar Indera Mahkota pun sudah kalah PRU 12 dulu.

Jangan menyoal motif WZWH bicara topik ini. WZWH bicara kerana masih sayangkan "The Untouchable". Kalau kena gaya pengurusan politiknya "The Untouchable" boleh jadi aset politik yang bernilai. Orang lain tidak kisah dan tidak bercakap lagi....mereka tidak peduli.

WZWH tahu apa yang WZWH cakap ini mungkin buat ada pihak yang tidak senang, tidak bersetuju dan marah kepada WZWH. Itulah hakikatnya genetik WZWH tidak membenarkan WZWH membisu dari menyatakan kebenaran. Mungkin ini tanggungjawab WZWH untuk memberi mesej kepada "The Untouchable".  

Jika moyang WZWH boleh memberi mesej kepada "The Untouchable" yang silam kenapa tidak WZWH pun boleh memberi mesej yang sama kepada "The Untouchable" sekarang. Sejarah itu selalu berulang. Kita perlu belajar dari sejarah dulu agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa sekarang dan akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Maksud untouchable adalah golongan paria, maaf yer ku lan bukan paria, dia jauh lebih bangsawan dari awk, x payah nk canang2 dia keturunan bendahara ke raja ke org tau juga.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...