Nuffnang Ads

Pages

Friday, February 25, 2011

Dunia Islam Hanya Ada Malaysia Sebagai Contoh : Contohi Malaysia Ikuti UMNO

Dunia Islam hanya ada Malaysia atau Turki sebagai negara Islam sederhana yang progresif dan moden untuk dicontohi. Negara yang dikuasai oleh orang Islam dan mengekalkan keamanan serta kemakmuran.

Malaysia terbukti sistem tadbir urus berdasarkan Islam sederhana nyata berhasil dan boleh menjadi model kepada negara dunia Islam.

Kemelut politik yang berlaku di negara Islam seperti di Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya, Algeria, Yemen, Jordan, Arab saudi adalah perlu memastikan sistem pentadbiran boleh berjalan.

Jika sesuatu negara ada sistem, adakah sistem itu boleh dipakai untuk menghasilkan urus tadbir yang cekap dan berkesan? Urus tadbir yang cekap dan berkesan boleh memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan kepada rakyat. Jika rakyat puas hati, rakyat tidak akan pergi ke jalanraya memberontak atau semasa PRU membuang kerajaan yang ada.

Sistem yang baik memberi rakyat ruang untuk menyertai dalam sistem, memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan destini rakyat.

Malaysia boleh menawarkan model Malaysia menjadi contoh kerana model Malaysia boleh diguna pakai. Dari negara yang miskin ekonomi berasaskan pertanian, Malaysia sudah bertukar kepada ekonomi industrialisasi.

Fasa seterusnya Malaysia sedang transformasi menuju negara berpendapatan tinggi. Kejayaan sistem bukan hanya mengenai angka tapi juga memperbaiki kualiti kehidupan, nilai-nilai yang baik, memastikan keadilan, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kerangkuman, jaringan keselamatan sosial dan prihatin kepada golongan miskin.

Perkara-perkara inilah merupakan asas-asas politik, ekonomi dan sosial Malaysia. Ini yang boleh ditawarkan Malaysia kepada dunia Islam dan negara lain.

Malaysia telah membangunkan struktur politiknya dengan memastikan Islam berperanan dalam polisi dan pentadbiran negara dalam menentukan destini.

Islam tidak dipisahkan dari politik di Malaysia. Islam sederhana yang diamalkan di Malaysia. Islam di Malaysia tidak ada hubungan dengan keganasan, bersifat baik dan lembut dan majoriti itu pegangan orang Islam di Malaysia.

UMNO sebagai tulang belakang BN adalah parti yang membina negara Islam Malaysia hari ini. Malaysia adalah negara yang dikuasai oleh orang Islam dan dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran. Ciri-ciri ini dipersetujui oleh kebanyakan ulamak bahawa ini definisi negara Islam.

UMNO menjaya dan mengurus Islam dengan baik di Malaysia. PAS adalah parti yang mendakwa ianya adalah parti Islam namun hanya sekadar retorik teologi politik Islam. Hanya bercakap Islam dalam ceramah tetapi tidak ada matlamat untuk menjaya, mengurus, mentadbir dengan baik, cekap dan berkesan. 

PAS sanggup meninggalkan prinsip-prinsip perjuangan demi kuasa politik. PAS sanggup meninggalkan "keMelayuan" kerana berdamping dengan DAP dan PKR yang secara total menolak Islam sederhana. Mereka mahu parti Islam yang boleh mereka guna sebagai "orang tolol berguna" demi memecah-belahkan kesepaduan ummah orang Islam @ Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia.

7 comments:

Ghazali Zainuddin said...

M'sia negara umat islam... bkn neg islam... neg islam adalah neg yg meletakkan Quran sbg perlembagaan...

WZWH said...

Salam Ghazali Zainuddin,
Dalam negara demokrasi perlembagaan itu sifatnya boleh dipinda jika 2/3 dewan parlimen bersetuju meminda. Al-Quran tidak boleh dipinda kerana dilarang oleh Allah dan Rasul. Al-Quran mesti diletak di atas perlembagaan. Al-Quran dijunjung oleh Raja, rakyat dan negara.

Anonymous said...

Yes ... Hanya malaysia adalah model terbaik dunia islam ..... Tanya ISA Samad , tanya ALI Rustam ... Tanya Tengku Zafrul .... Tanya Altantunya (kalau dia boleh menjelma semula)

Anonymous said...

cuma UMNO je yang meletakkan Al Quran di kaki

Anonymous said...

UMNO zaman dahulu sangat sangat sangat BAGUS. UMNO la ni.. LU PIKIR LA SENDIRI DATO' WZWH..

Anonymous said...

BKN UMNO JE, PEMBANGKANG PON SAME.. DAP DGN MALAYSIAN MALAYSIA, PKR DGN KERUSI PM UTK ANWAR, PAS MASIH KELIRU DGN IDENTITINYA, ORG YG INGINKAN PERUBAHAN XKAN PILIH BN ATAUPUN PR..............

abu idris said...

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.