Saturday, February 12, 2011

Revolusi Abad Ke 21: Domino Kejatuhan Regime Diktaktor Arab



Dua orang pemimpin yang membawa harapan baru Mesir:  Muhammad Elbaradei dan Amr Moussa.

Kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir berjaya menggulingkan Presiden regime diktaktor merupakan bukti orang muda Arab mahukan perubahan politik bagi bagi membaiki taraf hidup, politik, ekonomi dan sosial yang lebih baik.

Kebangkitan ini tidak ada kena mengena dengan fahaman ideologi baik Islamist mahu pun nasionalisma Arab. Ini adalah revolusi orang muda yang mahukan kerajaan yang rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Revolusi abad ke 21 adalah domino kejatuhan regime diktaktor Arab yang akan tranformasi dunia Arab. Kepimpinan dunia Arab dari Afrika Utara ke Timur Tengah telah berubah dari kepimpinan generasi lama kepada kepimpinan generasi muda.

Namun di Mesir ada dua aliran politik yang berpengalaman yang akan mencuri peluang dan mengambil kesempatan. Iaitu:
  • The Muslim Brotherhood (Ikhwan Muslimin) yang menyokong Muhammad Elbaradei
  • Nasionalisma Arab samada radikal atau sederhana yang menyokong Amr Moussa
Peluang bagi mereka berdua dipilih sebagai Presiden Mesir adalah cerah jika diadakan pilihanraya sistem demokrasi. Pentadbiran Obama akan menghadapi dilema hendak menyokong mana satu tokoh. Amerika Syarikat memberi bantuan sebanyak US1.5 bilion kepada Mesir setiap tahun.

Kerajaan Arab Saudi telah berkata kepada Obama bahawa Arab Saudi sanggup membantu Mesir dengan bantuan kewangan sebanyak itu jika Obama terlalu mendesak dan mahu Obama menghormati Hosni Mubarak.

Kerajaan monarki beraja seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Bahrain, dll pasti akan terkena kebangkitan rakyat yang mahu perubahan struktur politik yang drastik. 

WZWH meramalkan Muhammad Elbaradei bekas Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB ada peluang besar menjadi Presiden baru Mesir. Amr Moussa adalah bekas Setiausaha Agung Liga Arab juga calon yang lebih kanan dan popular politiknya di Mesir.

Kalau di lihat Amerika dan Barat sudah mahu berlembut dengan The Muslim Brotherhood. Kita lihat saja tajuk media Barat kini;

- "Don't fear Egypt's Muslim Brotherhood", Brookings Institution

- "The Muslim Brotherhood after Mubarak", Foreign Affairs

- "The Moderate Muslim Brotherhood", Foreign Affairs

- "The Muslim Brotherhood: should we engage?", New Statesman

- "Wolves or sheep?", The Economist

- "Egypt can bring in the Brotherhood", Financial Times

- "What the Muslim Brothers want", New York Times

Amerika dan Barat cukup bimbang jika pengaruh Iran dapat meresap ke Mesir seperti Hamas di Lubnan. Mesir merupakan negara paling ramai penduduk Arab seramai 80 juta orang. Mesir merupakan pusat kebudayaan Arab dan Islam terungggul.

Siapa yang dapat menakluki politik Mesir pasti akan mempengaruhi negara Afrika Utara dan Timur Tengah. Amerika dan Barat terpaksa berlembut dengan The Muslim Brotherhood.

Jika rakyat Mesir mahu satu model pemerintahan negara Islam atau negara umat Islam maka terdapat dua pilihan iaitu model Turki dan model Malaysia.

WZWH kira Malaysia di bawah pentadbiran DS Najib sebagai PM Malaysia pasti boleh memberi tunjuk ajar kepada kerajaan baru Mesir nanti yang akan dipilih secara sah menerusi proses demokrasi.

Pastinya Israel akan turut bimbang dengan perkembangan politik yang berlaku di Timur Tengah yang akan menjejaskan keselamatannya. 

Amerika Syarikat yang tertekan dengan kekuatan dan persaingan ekonomi China dan kebangkitan India pasti tidak dapat fokus kerana kepentingannya di Timur Tengah akan berkurang pengaruhnya.

Malaysia perlu menggunakan pengaruhnya yang rapat dengan China, India dan juga Amerika dapat menjadi orang tengah kepada negara-negara Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...