Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, November 23, 2011

Janji Palong Atau Janji Polong Harapan Palsu Buat Peneroka?


Kononnya janji atau manisfesto peneroka FELDA dilancarkan Anwar Ibrahim di FELDA Palong 6 seperti berikut:
  • Pertama, memansuhkan FELDA Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga. 
  • Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah FELDA Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru FELDA. 
  • Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan FELDA. 
  • Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka FELDA. 
  • Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar. 
  • Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada FELDA.
Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan UMNO-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan FELDA dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh 100 hari kalau diberi mandat memerintah negara selepas pilihan raya umum, akan datang. Berikutan itu, pembangkang akan menyerahkan ladang yang diuruskan syarikat kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. 

Memang cukup mudah membuat janji yang dilihat tidak praktikal dan lebih menjurus sebagai umpan memancing kira-kira 800,000 warga muda FELDA di seluruh negara. Ada jawapan kenapa parti pembangkang beriya-iya mahu memusnahkan antara institusi sosioekonomi Melayu terulung itu, sedangkan ia ditubuhkan hasil keprihatinan serta perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 1956.

Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. 

Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

BN akan mempertahankannya habis-habisan. BN akan pastikan segala masalah dan keperluan di FELDA diatasi dengan baik. Ini termasuk tanah lot tapak rumah generasi kedua.

Pembangkang membangkitkan soal tanah seluas 330,000 hektar milik FELDA Plantations yang mahu diberi kepada anak peneroka. 

Itu janji yang hendak dilakukan dalam 100 hari memerintah. Perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana tanah FELDA Plantations sekarang ini 51 peratus adalah milik peneroka melalui Koperasi Pemodalan FELDA (KPF). 

Segala yang diperoleh daripada hasil itu, FELDA kembalikan dalam bentuk pelbagai program kepada peneroka dan generasinya. Kalau FELDA bagi tanah itu kepada anak peneroka, maka tidak ada segala (faedah seperti) bonus, duit raya, khairat kematian, pendidikan, kemahiran serta faedah dan kemudahan yang FELDA beri kepada peneroka sekarang. 

Begitu juga kenapa FELDA tidak boleh beri (tanah itu) kerana 87,000 hektar daripadanya ada di Sabah. Macam mana orang Semenanjung boleh dapat tanah di Sabah? Lagipun, pemberian tanah ini atas sebab miskin tegar...anak peneroka tidak miskin. Kalau FELDA beri (tanah) kepada generasi baru FELDA, seorang akan dapat sehektar dan kedudukannya di merata-rata tempat yang sesetengahnya tiada jalan, air dan elektrik.

Hasil pendapatan FELDA Plantations juga digunakan untuk membayar gaji 23,000 kakitangan FELDA dan 40,000 pekerja ladang. 

Kalau tanah itu diambil, maka 23,000 kakitangan dan 40,000 pekerja ladang terpaksa berhenti kerja. Mereka ada keluarga dan mereka sudah lama berbakti membangunkan FELDA. Mereka banyak jasa dan tidak dapat tanah, Paling tidak, FELDA beri mereka kerja dan tidak mungkin FELDA akan buang mereka.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

WZWH berpendapat masalah penempatan generasi ke dua dan ketiga FELDA tidak ada kesudahannya. Kalau betul kerajaan ikut cakap PKR bubarkan FELDA Plantation yang boleh menampung 160,000 generasi baru FELDA bagaimana dengan baki 800,000-160,000 anak-anak peneroka yang lain. Apa lagi ladang mahu bubar Sime Darby?, Tabung Haji? LKPP? Guthrie? Island Peninsular?

Tidak ada kesudahannya. Duit lebih yang peneroka dapat elok dilabur dalam pendidikan anak-anak. Melalui pendidikan baik universiti, kolej, institusi dan vokasional itu yang boleh mengubah kehidupan mereka yang lebih baik.

Perlukah kerajaan menyediakan juga tanah dan ladang untuk peneroka-peneroka "original" di kampung-kampung tradisi? Perlukah kerajaan menyediakan tanah dan ladang untuk anak-anak Orang Asli di hutan?

Pemerintahan dan pentadbiran DAP di Pulau Pinang sejak PRU 2008 sampai kini belum satu habuk pun dapat menyediakan perumahan kos rendah dan sederhana buat rakyat hatta sebuah rumah.

PKR hanya pandai bercakap macam Anwar Ibrahim juga. Tin kosong! Janji Palong atau janji polong harapan palsu buat peneroka?

23 comments:

Anonymous said...

Makcik dan Pakcik Felda tetap akan sokong UMNO BN. Tapi akan-anak makcik dan pakcik yg cerdik dan masuk U tak tahu lagi mereka akan sokong sapa. Anak-anak makcik dan pakcik yg tak cerdik dan masuk pusat serenti mungkin akan sokong sapa saja kalau dapat duit rokok masa kempen nanti.

Anonymous said...

Anak peneroka mcm teman tetap sokong bukan UMno @ BN. Byk kelentong dari betoiiii. Teman jual buah sawit di kilang Padang Piol tetap kena kelentong budak2 greding tuuuu.

Anonymous said...

hoiiii sape budak greding tuuuu. Pengurus kilang sawit padang piol watpeee dpt syerrrr keee

Anonymous said...

Makcik dan pakcik felda yg saman felda pasal kena tipu greding tu konfim tak akan sokong UMNO kali ni.. mungkin anak anak mereka pun ikut sama sebab dah kurang dapat duit; kalau tak duit lebih tu boleh beli ipad ke iphone baru..

Anonymous said...

Pihak2 yang mengulakan kapada anak2 penoreka FELDA memang pandai dan bijak,terutama pandai tipu dan puter.cuba kita perhati Perbadan FELDA hak milik penoreka keh...cuba kita semak KTN[Kanun Tanah Negara] dan undang yang berkaitan dengannya iaitu [GSA],kuasa memberi tanah bukan kuasa Felda ataupun Kerajaan Persekutuan,kuasa mutlak kerajaan negeri.Janji Palong sah janji polong yang dapat nasihat iblis....

Anak2 felda jangan tertipu dengan penipu ya,,,bukankah banyak anak2 Felda yang berpendidikan tinggi,takan tak tahu yang mana betul yang mana salah.....

pelepah sawit..tk

Anonymous said...

Tun Razak minta tanah dr KERAjaan negeri nak bagi rakyat. Sekrang tuuu bgi pegawai uruskan bersame kroninyeee. Hak greding buahpun kene kelentongggg.

Anonymous said...

Anon 9:51 PM.

Awak tak fahan apa yang dibincang oleh penulis.Awak paki hentam sahaja.Sepatutnya awak menunjukan fakta bahawa Perbadan FELDA hak milik penoreka, ada faham ?

Hakmilik penoreka 10 ekar ladang dan 1/3 ekar tapak rumah,yang lain
kepunyaan Felda.Awak sedarkah kawasan kedai2 Felda tu masih dibawah hakmilik negeri lagi yang
dikawal selia oleh Felda sahaja,tak bayar hasilpun kapada
kerajaan negeri.

Tun Razak buat Felda untuk bagi orang Melayu ada herta dan bertambah cerdik,dia jemput semua
yang berminat jadi penoreka.Sekarang dah terbalik,sepatutnya bertamah pandai,tapi sangat tidak menyenangkan dan rosak disebakan
orang politik songsang.Benda yang tak boleh buatpun dia kata boleh,,,,berfikirlah dengan bijak dan
berpijak dibumi nyata jangan biarkan otak kita dilewat ya......

TANDAN SAWIT...TK

Anonymous said...

penulis bukan org felda pun...

Anonymous said...

jgnlah terpedaya dgn dakyah pembangkang anwar tu... sengaja nk memecah belahkan keharmonian orang2 felda.... isu saman kadar perahan gred oleh warga felda jengka dulu didalangi oleh peguam r.sivarasa... xkan xkenal r.sivarasa tu sape(ahli parlimen subang-pakatan rakyat)... konon2 nk saman berkaitan KPG tapi sebenarnya ade agenda tersembunyi nk saman felda... peliknya org yg x sain agreement saman pun boleh terlibat sama.... da la nk batal agreement kene bayar pulak... hanya orang otak kolot je yg percaya dakyah pembangkang.... jgnlah tertipu nnti kampung tergadai...nyesal kemudian x berguna.... kalau x fikir utk diri sendiri pun fikirlah masa depan anak cucu korang semua...

generasi ke-2 felda jerantut...

Anonymous said...

felda dulu tak kena saman oleh peneroka..

felda sekarang asyik kena saman je..

kenapa ya?

Anonymous said...

memang patut pun kita sokong pakatan.esok lusa dah masuk bursa saham alamat ler mcm biasa,,kita kena tanggung kerugian bersama katanya,,,saham dunia merundum..time untung ,,edok pulak bagi tau..nak caye mcm mana.harga sawit betul tapi greding kena tipu sokmo,itu yang bersaman saman felda kalah..jgn ingat blajar luar negara pandai,,,,pandai bodek sebab adalah tuu..kome dlm malaysia je,,boleh pun fikir betul ke tak..jawab skit pasal skandal lembu dan kondo..yang lain malas kome beritahu lagi..udolah,,kalau bodek mcm awok dapat cari makan x tau ler,,kalau kome maafler..doh banyak kena tipu dek dioarang ni.

yang sentiasa mengenang budi said...

tanah felda untuk rakyat, Tun Razak dh buat yang terbaik, sepatutnya pemnimpin umno yg bergelar PM teruskan sahaja, ilham Tun Rqzak tak payah nak ujudkan Plantation.

kalau plantation mana rakyat akan dapat tanah?

Terima Kasih Tun Razak, semua rakyat diseluruh negara terutama Bangsa AMelayu dapat menumpang dan memiliki Tanah dan kebun sawit.

Semuga Tun Aman diAlam Barzah, Amin ya Rabb

Anonymous said...

Poof! Sawdust. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry outlet shop[/url] So it is a big part of this story.". [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose outlet[/url] Uunmgqpfo
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora store[/url] Tawwucuhq [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose toronto factory[/url] xipmcnktf

Anonymous said...

burberry outlet rjmxlf giyo burberry pucvib nuvb burberry kkzqai sovl uggs uk sale npsrpa dkcb ugg boots outlet oilnxu vfyx http://www.2lv6.com nweusx otxq ugg factory outlet ioqvqr oylz http://www.7jcu.com ckbbmo uduv http://www.jg20.com pdfdnv qpkb michael kors outlet store ygywzy mjve michael kors outlet tonzwm bxtb longchamp on sale yrvtkl yaxc longchamp outlet aoofgm vgua http://www.dtr6.com ateyfz naia burberry outlet irpkoi qbkq

Anonymous said...

burberry bags lgexxn wioh www.fashionbulberryoutlet.com zpyotf sczp burberry outlet sale gbtoxs rqyf uggs sale gwztfn gziu ugg outlet store tllhjl szql ugg on sale fbqgej ediy ugg boots cheap irxyul ijee ugg usa dzndgi ezzc michael kors online outlet ievmkn ccno michael kors 2012 hpygph dlfi michael kors diaper bag urlmmu ueum longchamp handbags sale qmgmcv fndw longchamp sale oedels nwnh longchamp diaper bag kynawq pxxx burberry diaper bag waryvm fpum

Anonymous said...

burberry handbags knoxnw hxhh www.fashionbulberryoutlet.com zytein zzvy burberry outlet store uczyki voku uggs uk jfgjuw wwtp ugg outlet store pxetyj dida http://www.2lv6.com wfijgn xtej ugg outlet koqplw slsj ugg boots outlet nfzsxt uexa http://www.jg20.com qumbdm jwmx michael kors tote kquioj xoyg michael kors 2013 nxjetx thet longchamp on sale inatwa pyhz http://www.9dcu.com ailjie xkup http://www.dtr6.com ylesos rdmi http://www.e4ni.com wrtebi cfbt

Anonymous said...

burberry sale kffcnn pwab burberry outlet yfqpqb cfnk burberry vmscrp batt ugg boots mkljgf kgip ugg boots lwjefc hdmf http://www.2lv6.com bhdauf mkvy ugg boots cheap hdmcdr vkns ugg boots cheap ddipgg qlvm michael kors handbags on sale folkos dnrm michael kors online outlet webamw tcph michael kors factory outlet egjnlw skaw longchamp outlet online sdujom pkmf longchamp bags on sale bqluvb otcm longchamp handbags sale uitcie jegj burberry outlet online uxfoiz srii

Anonymous said...

www.bulberryfashion2013.com kgqbev nymt burberry bags utiisp pqme burberry sale online dkhkav dpus ugg uk libcba yimu www.numbjerseys.com fvvxyi nfnx ugg on sale sxwrnr ukcd ugg outlet rfusbd cyfa ugg sale hkklkf wfgs http://www.jg20.com deamqn dhvy michael kors 2012 eneelf tasj michael kors factory outlet dnqfol gfao longchamp outlet gpoffn uhpa http://www.9dcu.com kklrwc dckp http://www.dtr6.com qptwif btrk burberry outlet online aujlba tbnx

Anonymous said...

burberry sale irzdfq bsjw www.fashionbulberryoutlet.com enkxru btku burberry bags gllrno qsmn ugg sale vcmwos octk ugg boots arvwle pfis ugg outlet online iswuqq wxaw ugg discount juchul hegq ugg boots outlet socmvo lxeb michael kors handbags outlet uwolhf panh michael kors online outlet lvjepq ugtq michael kors outlet lyndxx oowp longchamp handbags sale rqpebj spvo longchamp outlet dzuate tgbr longchamp handbags outlet pislqq enas burberry outlet ldvqjg fsvk

Anonymous said...

burberry bags tjqzaz esam www.fashionbulberryoutlet.com imgfai gqyw burberry sale 2012 npeaxp vqtg uggs sale reykes ipdv www.numbjerseys.com qarond mayz ugg boots sale tvjvqk hbjj ugg outlet boeoid nxvi http://www.7jcu.com mbvuoa peew michael kors outlet zmmift qefz michael kors tote bzjajr caon michael kors diaper bag wjwwtu rlig longchamp outlet store ancomu ketl longchamp bags on sale yptubj xkpg longchamp bag bdbnxn nhcq burberry outlet cixdtx pnau

Anonymous said...

Hello! I simply would like to give a huge thumbs up for the great
data you have right here on this post. I will be coming again to your weblog for more soon.



My page ... no membership free downloading music sites

Anonymous said...

Hello! I just wish to give a huge thumbs up for the good info you’ve right here on this post.
I will probably be coming back to your weblog for
more soon.

my page graco dynamo lite travel system target

Anonymous said...

Hi there! I just want to give an enormous thumbs up for
the great information you have got here on this post.
I can be coming back to your weblog for extra soon.


Here is my homepage: dl hughley stand up list