Monday, November 7, 2011

Kenapa Arapaima Gigas Cukup Takut Ikan Tapah Sungai Tembeling?


Signboard amaran peringatan kepada orang ramai supaya jangan menghampiri sungai takut dibaham ikan arapaima gigas.


Inilah balanya malang tidak berbau bila ikan arapaima gigas membaham orang. Bukan saja orang, semua spesis kehidupan air di sungai dan tasik habis disapunya tidak meninggalkan lansung buat orang lain!

Ikan arapaima gigas suka melahap semua makanan yang ada tidak menghiraukan lansung spesis hidupan lain malah orang pun ikan arapaima gigas mahu makan! Berhati-hati dengan ikan arapaima gigas ini.

Arapaima gigas adalah sejenis ikan. Semua orang Jerantut tahu ikan tapah. Semua ini jenis ikan bersaiz besar. Kedua jenis ikan ini boleh makan orang.

Arapaima gigas dari namanya saja sudah terlihat keunikannya, apalagi jika anda melihat secara langsung wujud binatang laut asal sungai Amazon ini. Badannya yang bersisik kasar dan besar, plus matanya yang tajam, membuat anda tak berkedip melihatnya.

Ikan arapaima gigas merupakan ikan yang berasal dari sungai Amazon, Amerika Selatan. Di negara asalnya, ikan ini dikenal dengan nama Pirarucu yang artinya ikan raksasa (besar). Ia hidup dalam suhu 24-30ºC dan dapat berkembang dengan panjang mencapai 5 meter dan berat 200 kg.

Arapaima gigas tabiat pemakanannya sangat habat. Habis semua spesis ikan-ikan kecil dimakannya tidak meninggalkan lansung rantaian makanan untuk generasi akan datang. Ikan arapaima gigas ini hanya mencara diri sendiri saja tidak menghiraukan komuniti air atau tasik yang lain.

Di Tasik Kenyir umpamanya dibimbangi banyak spesis ikan mungkin boleh pupus bila ikan arapaima gigas dibiarkan lepas lama dalam Tasik Kenyir. Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan hadiah RM10,000 seekor jika sesiapa dapat menangkap ikan ini.

Ikan tapah juga kuat makan dan pemangsa tetapi tidaklah sampai menganggu ekologi rantaian pemakanan dan komuniti hidupan air dan tasik. Ikan ini suka duduk di dasar sangai buat hal sendiri. Tapi suka juga berehat di lubuk-lubuk sungai.

Di tepi Sungai Tembeling ada pokok-pokok yang rendang dekat dengan gigi air. kekawan kera suka bermain-main di pokok. Selalunya ada seekor kera yang suka buat bising menganggu ketenangan Sungai Tembeling. Akibatnya ikan tapah akan timbul ke permukaan air dan menyambar kera yang bising tadi lalu dibuat lauk. Hebatnya ikan tapah Sungai Tembeling!

Saintis mengatakan ikan arapaima gigas jika ada orang melepaskan ikan ini ke dalam Sungai Tembeling tidak akan hidup lama atau sempat membiak kerana ikan tapah Sungai Tembeling akan mengerkahnya. Gigi-gigi tajam dan runcing ikan tapah bila menyeringai boleh buat ikan arapaima gigas akan memecut lari ketakutan diburu ikan tapah Sungai Tembeling.

Demikianlah cerita ikan arapaima gigas dan ikan tapah Sungai Tembeling.
Ikan tapah Sungai Tembeling sedang membaham seekor kera yang suka buat bising dan onar menganggu ketenangan Sungai Tembeling. Ikan tapah Sungai Tembeling adalah penyelamat kitaran hidup beberapa spesis hidupan air di Sungai Tembeling.

1 comment:

Anonymous said...

sungh ooi kata ong too yok.tapah yang ong dok wayat tu becelah sangat
lakahnak.berenag buat mendedar aja.tak ragi tapah alur lain,bernang
menciput lajunyk,lamabt jupe ikan,
radak terus.

aku napak tapah alur kita ni makan
cenekah,habat angat melataknyk juge
yok.ade wayat tapah alur kita kuat
makan kayau besar,batu besi dan
emas pun katanyk makankedarah juge.
kerayan begitugayak ,taku kami
denger.

kalau mentekedarah habat sangat,aku agak tak lama nyerja
orange puluk.kami dah pakat dah,
buat beragi2,kami batai dengan
sepido aja biar kebus......


bigoh gusai.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024