Saturday, November 19, 2011

Projek NFC Kerbau Pahang Berapa RM Juta Soft Loan MOA Nak Lulus?

Kerbau Ulu Tembeling sedang mandi manda di tepi Sungai Tembeling.

Kerbau feedlot NFC Pahang.

NFC ialah projek kerajaan bagi membekal daging lembu segar kepada pengguna domestik. Kerajaan sedar negara terlalu bergantung kepada daging import. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam lebih mahu industri feedlot dari Malaysia.

Kalau kita kaji sejarah lembu bukan haiwan asal Tanah Melayu. Lembu dibawa dari India oleh orang India sebab itu orang India sangat pandai ternak atau bela lembu. 

Sebenarnya memang Tanah Melayu ada lembu tapi lembu asal Tanah Melayu sangat liar dan lari ke dalam hutan tebal. Orang Melayu panggil lembu ini seladang. Seladang jangan dibuat main sebab itu orang Melayu bela kerbau.

Nenek moyang kita orang Melayu memang bela kerbau, makan daging kerbau, minum susu kerbau atau dibuat dadih. Orang Melayu yang makan daging kerbau dia lebih sifat keMelayuannya.

Sejak orang Melayu pandai makan daging lembu ini orang Melayu sudah jadi lain sifatnya ada meniru Orang Putih, ada meniru orang India dan ada juga meniru orang Cina.

Begitulah serba sedikit sejarah lembu di Malaysia. Apa yang WZWH sampaikan jangan kita lupa kerbau makanan daging nenek moyang kita makan selama ini.

Di negeri WZWH masih ramai orang Pahang suka makan daging kerbau. Taburan kerbau banyak di Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh,Maran, Pekan dan Rompin.

Orang Melayu dulu suka kerbau sebab kerbau lebih cerdik dari lembu logiknya kalau makan daging kerbau maka orang Melayu lebih cerdik dari orang Melayu yang makan daging lembu. WZWH takda data saintifik hendak buktikan fakta ini. Tapi kalau tengok gelagat politik orang Melayu hari ini yang suka makan daging lembu dari gelagat politik orang Melayu dulu mungkin ada asasnya!

Di Jerantut pula Lembah Tembeling membekalkan banyak kerbau. Kerbau Tembeling gemuk-gemuk belaka kerana rumput semulajadi dan kerbau Tembeling pelik sikit suka mandi manda di sungai. Kalau kita hilir mudik sepanjang Sungai Tembeling kita akan jumpa kekawanan kerbau berendam.

Beratus-ratus tahun dulu memang moyang-moyang WZWH suka bela kerbau. Beribu-ribu kerbau. Tapi bila bah besar 1926 habis kerbau-kerbau moyang WZWH dibawa air, banyak yang mati dan dihanyutkan.

Suatu ketika dulu kerbau diternak untuk dijadikan sebagai tenaga kerja membajak sawah atau kebun. Haiwan itu digunakan kerana ia dikatakan gagah untuk melaksanakan tugas berat selain boleh diajar memahami arahan tertentu.

Kini di negara kita haiwan itu tidak lagi digunakan untuk bekerja berikutan penggunaan teknologi moden yang menyaksikan kemasukan jentera mengambil alih tugas berat berkenaan.

Sejak era pemodenan sektor pertanian diambil alih jentera, kerbau semakin terpinggir apabila tidak ramai lagi penduduk menternak haiwan itu, berbanding ternakan lain, termasuk lembu dan kambing yang sentiasa mendapat tempat, sama ada untuk daging atau susunya.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri ini apabila kerbau yang suatu ketika dulu boleh diukur sebagai kekayaan seseorang, kini semakin pupus. Haiwan itu semakin sukar ditemui termasuk di kawasan sawah di luar bandar.

WZWH mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya Projek NFC Kerbau Pahang diusahakan oleh syarikat . Berapa RM juta soft loan MOA (Kementerian Pertanian) nak lulus itu boleh guna budi bicara kerajaanlah terutama TPM Muhyiddin-beliau ada banyak pengalaman mengendalikan hal-hal pertanian membabitkan feedlot ini.

WZWH janji nanti dalam klausa agreement itu tidak boleh syarikat yang dipilih untuk menternak kerbau NFC Pahang ini membeli kondo atau bungalow atau rumah agam yang sejenis dengannya.

Siapa orang Jerantut mahu mengusahakan Projek NFC Kerbau Pahang ini?

5 comments:

spirit of pasir tambang said...

di jerantut yang sesuai ambil projek ini ialah gabungan halim chap,hj rusdi,hj nazri dan halim mahasan.sebab mereka ni macam kerbau juga yang rakus meragut rumput.

Aku Peduli Apa @ APA said...

ASSALAM BRO WAN.
LAWAK TENGAH MALAM..HE HE HE

Anonymous said...

Jika banyak sangat isu, kerbau, lembu, hutan simpanan, kawasan tadahan air menjelang PRU ke 13 ni, dicadangkan YAB PM buat PRK dulu iaitu percubaan bagi satu-satu negeri untuk bubar parlimen. Pertama Negeri Pahang, bagi P81 dulu, test market. Kemudian Negeri Johor, pilihlah mana-mana parlimen yang selamat kemudian diikuti negeri2 hard core parti lawan. Tengoklah apa akan jadi. Sekarang ini musim pemimpin UMNO bukan nak menang tapi nak berebut mengumpul harta... Kepercayaan rakyat kian terhakis...

Anonymous said...

kalau lembu dari india, bagi le projek NFC tu kat orang india, sbb orang india pandai bela lembu, ni bagi kat orang yg iras-iras india, abis lembu, kondo dia sapu

Anonymous said...

Hello I am so happy I found your web site, I really found you by accident, while I was researching on Yahoo for something else, Anyhow I am here
now and would just like to say thanks a lot for a tremendous post
and a all round exciting blog (I also love the theme/design),
I don’t have time to read it all at the moment but I have saved
it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to
read a lot more, Please do keep up the fantastic work.


Check out my web blog ... dental and oral health

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024