Wednesday, November 9, 2011

DUN Tahan Maju 2020


YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan merafak sembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang


Tuanku Sultan Pahang menyemat kalung Darjah Kebesaran DSAP

Tuanku Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sudah memerintah Pahang selama 38 tahun. Baginda sudah masak dengan karenah dan masalah serta cabaran bagaimana memajukan Pahang negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Tuanku Sultan Pahang selalu turun padang memastikan pembangunan negeri Pahang berjalan mengikut jadual. Tuanku juga selalu mendesak supaya Putrajaya melalui kementerian-kementerian, agensi-agensi dan kerajaan negeri supaya cepat dan pantas menyalurkan dan menyegerakan projek-projek pembangunan.

Tuanku Sultan Pahang mahu semua ahli politik Pahang dari MB, EXCO dan ADUN-ADUNnya serta ahli parlimen-ahli parlimen proaktif, laju, agresif, pandai buat kerja, kreatif dan inovatif. Baginda cukup suka melihat ahli-ahli politik Pahang rajin bekerja memajukan Pahang ini. Disamping pentadbiran awam Pahang yang up-to-date with cutting edge technology melicinkan kerja.

Tambahan kini PM Malaysia ialah DS  Najib maka harapan Tuanku Sultan Pahang amat tinggi lebih lagi baginda yang sudah berusia 81 tahun mahu Pahang mengejar masa maju 2020. Apa lagi alasan. PM orang Pahang, KSN orang Pahang. Tidak ada alasan lagi kalau Pahang tidak pantas maju. Itu harapan Tuanku Sultan Pahang.

Oleh itu DUN Tahan umpamanya yang dibawah ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak yang belum pun sampai sepenggal namun perkhidmatan ADUN Tahan sungguh luarbiasa dengan peruntukan yang mencurah dan sedang curah serta bakal mencurah sudah menjangkau lebih RM500 juta @ setengah bilion.

Beratus-ratus posting WZWH telah mendemonstrasikan segala projek-projek yang telah berjalan, sedang berjalan dan akan berjalan telah membuktikan hasil kerja ADUN Tahan.

Maka dengan itu Tuanku Sultan Pahang menganugerahkan Darjah Bintang Kebesaran DSAP kepada ADUN Tahan diatas pengiktirafan hasil kerja kuat ADUN Tahan membangunkan DUN Tahan satu DUN yang paling besar dalam negeri Pahang dan paling mundur tapi kini mula bangkit.

Kalau ikut Tuanku mahu menganugerahkan SIMP membawa gelaran Dato' namun Ahli Jemaah Pangkuan Pahang atas nasihat MB Pahang mohon sembah semula kerana ADUN Tahan bukan EXCO maka apahal pulak EXCO-EXCO yang lain ada yang belum dapat DSAP. Kalau dianugerah Dato' Wan Amizan SIMP maka sama taraflah Dato' Wan Amizan dengan EXCO-EXCO  dan mengalahkan EXCO-EXCO yang lain yang tiada SIMP.

Kehendak Tuanku Sultan Pahang hanya mahu seorang saja dikalangan ADUN-ADUN Pahang iaitu Dato' Wan Amizan dikurnia anugerah darjah kebesaran menerima pada Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang baru-baru ini. ADUN-ADUN lain kena tunggu upacara bulan Disember nanti.

Betapa specialnya Dato' Wan Amizan. Memang EXCO-EXCO Pahang yang lain dan ADUN-ADUN Pahang berhak mencemburui ADUN Tahan. WZWH mahu semua pengundi DUN Tahan berbangga kerana anda semua mempunyai ADUN yang bukan saja pandai buat kerja tapi disukai oleh Raja dan PM.

DUN Tahan dan Jerantut perlu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin politik yang semacam Dato' Wan Amizan. Kita boleh mengubah destini, hala tuju dan masa depan Jerantut jika kita yakin dan bersungguh-sungguh dengan perancangan kita mahu memajukan DUN Tahan dan Jerantut.

Tidak ada yang mustahil. Jika nenek moyang kita boleh buat Jerantut dulu mengubah landscape politik Pahang kenapa tidak sekarang? Apa yang beza dulu dan sekarang? Kenapa kita masih ada inferiority complex? Jika kita ada will power politik dan keazaman bahawa kita mahu DUN Tahan maju, Jerantut maju 2020 kita perlu ke depan menyatakan apa yang kita mahu secara bold, tahu apa yang kita mahu dan cara mendapat apa yang kita mahu...

Tidak ada yang impossible dalam politik. Politik adalah the art of impossible menjadi possible. Soalnya adakah kita semua serious mahu menjadikan matlamat dan impian kita menjadi kenyataan dan realiti. Jika kita mahu maka kita mesti percaya dan memperjuangkan kehendak-kehendak kita dan yakin kita boleh buat dan melaksanakannya. Tidak ada alasan. Tidak ada halangan lagi. This is the right time. We can do it...we must do it. God bless Jerantut. Amin.

7 comments:

Anonymous said...

KDYMM Sultn Pahang sentiasa melihat
dan mendenger denyut nadi rakyat.Raja dan rakyat berpish tiada,
itulah falsapah BEGINDA.Raja berjiwa
rakyat,sebab itulah politikus rasa
malu dan cuak kapada BAGINDA.

Politikos Pahang pulak berlagak macam raja dah jadi terbalik pulak.
Rakyat biasa berlagak macam raja,
silap2 raja dijual oleh mereka dengan sebab tertentu.Kadang2 amat
ketara tuturkata dan tngkahlaku
mereka ni.Buat malu rakyat Pahang
saja.Tuanku ambil perhatan sangat,
sebab KDYMM SULTAN faham sangat
politus Pahang sekaran tak boleh
dipercayai diharap,asik mengampu
dan mengopol herta saja.....


DAULAT TUANKU.

Anonymous said...

Tu la....
Raja menghargai dgn memberi anugerah...

tapi bila dah dapat anugerah....
takut lain plak jadinya...

cuba renongkan bila dapat anugerah.

yg dpt komisen beratus-ratus juta
bukan Encik...tapi Datok Seri.....

yg di tangkap dengan duit tunai di Airport...
bukan Encik...tapi Tan Sri...

kes beli cincin/berbelanja mewah..
bukan cik/puan...tapi datin seri...

yg pandai2 alihkan peruntukan jalan ulu tembeling buat jambatan TG Lumpur.
bukan En...tapi datuk seri/tan sri/tun...(tu WZWH bagitau)

So lepas ni...dah dapat DSAP apa la halnya..Allah yg lebih mengetahui...

rakyat pahang semua...kita kena bersabar....kena sabar lagi 100 atau 200 tahun lagi.....untuk jadi negeri maju....sebab masalahnya tuhan jadikan Pahang ni Negeri terbesar di semenanjung....tu la pasal susah nak maju...tapi tak nak mengaku salah urus tadbir/perancangan....

dah kalau negeri sekecil Perlispun belum maju-maju....so negeri pahang tunggula ya....

sampai bila weh nok menunggunya?...(tanye sepupu kawan)
ala...tunggula 2020 ke...2120ke...2220ke....sabarla.....ni projek sedang berjalan...'yg akan berjalan' lagila byk...tak cukup kertas kalau nak tulis...

heheeeee...terusla undi umno.....yea....kalau tak...terus tak maju2....heheeee.....

Anonymous said...

org phang lambat maju, paggil org luar leeee lagiiii.
jadi bosss jeee mjadi macam nieeee jeee
kaweeee lameee dudukkk phangggg, kws pdg piolll lak tuuu. mujur ade penerokee luar, harap org phangggg dalam utan leee

Anonymous said...

berjela wzwh mengjustifikasikan untuk boss dia dpt gelaran itu ..... baguslahhh biar semua org tahu justifikasi dia itu .... justifikasi sebenar semua org jerantut tahu ....

Anonymous said...

bagus sangat dimenergkan yang bos dia dapat grlaran baru tu,dibuat begitu
bukan percuna,sumua masuk kira.diapun mengintai juga nampaknya,henda juga
apa yang boss di dapat.sabarlah wzwh ya ,jangan gopoh nanti melepas semua.
boss dia bukan boleh buat pakat.kalau untuk dia dan jejuaknya beres saja.
cuba untuk untuk orang lain,diakan kata bercangah dengan dasar kerajaan
malaysia dan karajaan negeri.

jangan marah ya , nanti kena juallllll,,,,,

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Izinkan sy membuat sedikit pembetulan fakta. Adapun Darjah SIMP itu tidak membawa gelaran 'Dato Sri'. SIMP sebenarnya membawa gelaran 'Dato'. Hanya Darjah SSAP yang membawa gelaran 'Dato Sri' manakala yg baru wujud tahun lepas iaitu SDSA membawa gelaran 'Dato Sri Diraja' (setakat ini khas untuk Long Nan saja).

Apapun tahniah diucapkan pada boss saudara kerana dikurnia DSAP. Harapnya ia jadi motivasi utk dia dan WZWH bekerja dgn lebih keras lagi utk rakyat sekeliannya. Please dont use your positions, power and titles to line your own pockets.

Sayugia diingatkan penilaian KDYMM Tuanku dan penilaian rakyat jelata tak mestinya sama. Orang yg Tuanku suka secara peribadi mungkin tak disukai rakyat jelata, atas sebab2 yg rakyat jelata sendiri lebih maklum. Ini kerana Tuanku berjumpa dgn para YBs dan Orang2 Besarnya (Orang Tua Beta, titah baginda) pada waktu2 tertentu sahaja dan baginda akan disembahkan dgn berita2 yg manis sahaja. Yg masam, pahit, kelat, tawar dan pedas hanya rakyat jelata sahajalah yg tahu kerana rakyat yg selalu berjumpa dgn para pembesar ini (atau mungkin juga selalu tak dapat jumpa). Bukan maksud saya nak kata yg penilaian Tuanku salah. Tetapi seperti yg kita tahu para pemimpin khususnya pemimpin2 yg tertinggi mcm Ketua-ketua Negara dan Raja-raja, termasuk jg Perdana Menteri live in their own bubble. Mgkin pemimpin yg tak hidup dlm bubble hanyalah Rasulullah, para Khulafa Rashidun dan juga Umar Ibnu Abdul Aziz (jgn disalah ertikan dgn YAB Guan Eng pula).

Maka itu saya sekali lagi ucapkan tahniah dan selamat maju jaya pada Dato Wan Mizan dan WZWH, terutamanya utk PRU ke 13.

Wassalam. Maaflah sebab tulis banyak sgt.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cikgu Ngah,
Terimakasih membuat pembetulan fakta. WZWH akan reedit semula.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024