Sunday, November 6, 2011

Tenggelamnya Thailand Akibat Banjir Besar

Kawasan industri pengeluaran kilang kereta dunia terjejas. Airport pun banjir kapalterbang tidak boleh naik terbang dan mendarat.

Bangkok tenggelam. Hanya doa dari Tok Sami Mekong Chao Praya kepada tuhan boleh mereda hujan turun lebat.

Thailand the land of free-tanah bebas. Dulu Siam pernah menjajah Tanah Melayu hingga Singapura. Negeri-negeri Melayu Utara; Kedah, Kelantan dan Terengganu membayar ufti bunga emas setiap tahun.

Perjanjian Bangkok 1909 telah melepaskan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British namun Wilayah Pattani kekal. Pada tahun 1941 Thailand telah memberi laluan percuma dan rahsia dari Malaya kepada Jepun menakluki Malaya dan Singapura.

Hari ini Thailand dilanda bencana alam banjir besar hampir 3 bulan. Bangkok sibuk melindungi jaringan daik, terusan dan penghalang beg pasir menolong mengalih aliran bah di pusat bandar Bangkok melindungi zon industri. Banjir Thailand telah mengorbankan 446 jiwa dan menutup 10,000 kilang.

Perpindahan penduduk diarah oleh kerajaan di sekitar 50 Daerah Bangkok. Bencana banjir bertambah teruk sejak bulan lepas bila hujan turun lebih 40% memenuhi banyak empangan memaksa kerajaan melepaskan 9 bilion cubic meter air. Ditambah pula air laut pasang.

Air bah telah melanda 64 dari 77 wilayah memusnahkan 15% sawah padi Thailand, kuil-kuil Warisan Dunia, membanjiri lebih 10 juta rumah, 7 taman perindustrian memberhentikan operasi pengeluaran kilang-kilang seperti Western Digital Corp. dan Nidec Corp. Pertumbuhan ekonomi Thailand dijangka menurun dari 4.1% kepada 2.6%.

Kita rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana negara kita adalah "the promising and the blessing land". Malaysia tidak ada bencana besar seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan ribut, tsunami, kemarau dan banjir besar. Negara kita kaya dengan sumber semulajadi.

Sudah tentu pelabur-pelabur FDI MNC dunia memikir adakah mahu meneruskan lagi operasi industri dan kilang di Bangkok Thailand. Tidak boleh jamin banjir besar tidak akan berlaku pada masa depan. Pada ketika ini barulah pemimpin-pemimpin global bisnes dari Amerika Syarikat dan Jepun termenung memikir risiko dan kerugian serta masa depan pelaburan.

Baru mereka terfikir Kuala Lumpur dan Malaysia adalah negara paling selamat, aman dan tiada bencana besar, kaya dengan sumber semulajadi dan tenaga kerja modal insan yang terlatih dan berpengetahuan.

Selepas ini,"Hello Mr Najib Kuala Lumpur!" ...We are going to invest there!

4 comments:

Anonymous said...

hello najib kl...we are going to invest there....
pas tu najib jawab....
'you are most welcome...I will get more commission than scorpion...my wife will get bigger 'diamond ring'....heheeee....I doest care what project will be....rare earth?...who care...my family and me having enough money and could fly anywhere...

Anonymous said...

hei orag diatas,poodahla lu,pecacai kafir dap

Anonymous said...

hei orag diatas,poodahla lu,pecacai kafir dap

Anonymous said...

hei orag diatas,poodahla lu,pecacai kafir mca/mic/gerakan..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024