Tuesday, November 22, 2011

Spekulatif Politik: Pasca PRU 13 Parlimen Tergantung Dan Material PM-The Good, The Bad, The Ugly


Ini posting WZWH cerita spekulatif politik Malaysia pasca PRU 13. WZWH harap cerita WZWH ini tidak menjadi kenyataan. WZWH mahu 3.2 juta ahli UMNO dengar cerita ini baik-baik.

Spekulatif ini berdasarkan scenario yang pesimis terhadap prestasi UMNO. Jika 3.2 juta ahli UMNO tidak mahu ini berlaku maka kerja kuat untuk menangkan parti.

Ada maklumat pihak tertentu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mahathir sendiri sudah menyatakan kepimpinan UMNO incompetent dan korupsi menambahkan spekulasi memang patut pun ianya di ganti. Jika sebuah kerajaan korupsi dan incompetent, memang patut pun ianya di ganti.

Sekarang nampak TRH dan Mahathir senada. Ini menambahkan lagi keberangkalian spekulatif cerita pesimis ini.

Parlimen tergantung bila tiada parti dapat majoriti dan parti-parti perlu bergabung mendapat simple majoriti membentuk kerajaan. 222 ahli parlimen akan diberi alternatif nama-nama calon PM maka mereka pun selepas bentuk kerajaan memilih bakal PM

Maka keluarlah nama Anwar Ibrahim, LKS, Hadi, TRH dan Najib. 222 ahli parlimen akan memilih siapa material PM yang the good, the bad and the ugly.

Jika Pembangkang berjaya akan ada consensus bersetuju bahawa DAP dan PAS akur calon mereka tidak fit jadi PM maka tinggal Anwar Ibrahim dan TRH. Akhirnya pembangkang terpaksa memilih TRH calon PM yang kelihatan lebih bersih dari Anwar dan mahu TRH mempengaruhi ahli-ahli parlimen UMNO melompat.

Jika UMNO berjaya mempengaruhi parti lain maka Najib masih boleh mengekalkan jawatan PM. Sebab itu Najib kerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam PRU 13. 

Najib perlu memberi perhatian kepada 222 calon ahli parlimen yang bertanding atas tiket BN itu mesti setia kepadanya. Najib perlu menaikkan ahli parlimen-ahli parlimen BUKAN mengangkat 15 Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

15 senator ini TIDAK BERUPAYA untuk menolong Najib jika berlaku parlimen tergantung selepas PRU 13 nanti TAPI mana-mana 222 ahli parlimen BN yang menang boleh menolong dan membantu Najib mendapat mandat jawatan PM.

Pandangan politik peribadi WZWH:
  • TRH seorang negarawan yang hebat, banyak hasil pencapaiannya namun TRH gagal menghalang negerinya sendiri Kelantan dari tumbang dalam PRU sejak 20 tahun dulu.
  • Mahathir seorang negarawan yang hebat , agung dan unggul tapi juga tidak berjaya menghalang negerinya sendiri Kedah dari tunduk kepada pembangkang.
  • Anwar Ibrahim seorang politikus hebat Malaysia, berapi dan berkarisma orator retoriknya tapi sebab beliau dan juga Pak Lah gagal mempertahankan negeri sendiri Pulau Pinang dari tersungkur kepada pembangkang.
Mereka ini samada secara sengaja atau tidak sengaja telah membantu pembangkang merampas negeri ini dari BN. Adakah mereka ini sebenarnya pemimpin politik yang hebat? Negeri sendiripun mereka tidak boleh pertahankan. Mereka tidak berupaya mempengaruhi rakyat negeri mereka sendiri.

3.2 juta ahli UMNO perlu berfikir bahawa apa kualiti-kualiti sebagai pemimpin yang boleh buat rakyat kembali percaya kepada BN. Kalau lihat kepada 10 PRK terakhir kecuali Sibu, BN menang kesemua PRK terakhir. Fakta yang penting dari saluran 3 dan 4 (saluran pengundi muda, majoriti orang muda menyokong BN).

Apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO -BN job fair menarik lebih 500,000 pengunjung orang muda. Sudah 4 kali program job fair itu dibuat. Dari 7 pemohon, 1 pemohon dapat kerja. Skim rumah mampu milik telah menarik minat pengundi muda di bandar-bandar.

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia telah menarik lebih 2000 pengiat media sosial yang punya pengikut lebih 500,000 pengundi muda. Pengundi muda bawah umur 40 tahun yang boleh mengundi pada PRU 13 adalah hampir 40% dari keseluruhan pengundi berdaftar. BN pilihan orang muda.

Kesungguhan kerajaan BN dengan GTP, EPP, ETP, dan yang terbaru RTP-Rural Transformation Programme memperlihatkan kerja membangun negara yang tersusun dan berstruktur.

15 juta pengundi Malaysia mahu kerajaan pasca PRU 13 nanti sebuah kerajaan yang kuat, bermajoriti lebih 2/3, yang lebih mahu buat kerja dari memomokkan apa saja yang dibuat, yang tidak berpolemik dan berpolitik serta berceramah lebih 24 jam termasuk fitnah-fitnah merosak dan menghancurkan negara dari dalam dan luar negara.

Lagi sekali WZWH bertanya siapa material PM pasca PRU 13: The good, the bad and the ugly? 15 juta pengundi Malaysia sudah ada jawapan dalam hati masing-masing hanya tunggu mahu diterjemah dalam kertas undi saja lagi nanti dalam PRU 13.

21 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH.Sebuah tulisan yang baik.Tapi persoalannya.Kenapa rakyat dan akar umbi UMNO perlu bekerja keras sedangkan masa UMNO kuat pemimpin UMNO aje yg kenyang sedangkan rakyat tak dapat apa apa pun? ingat rakyat bodoh ke nak buat kerja kuat sedangkan hasilnya para pemimpin UMNO aje yg melantak?.Biarkanlah para pemimpin aje yang bekerja.Kami dah tak berminat nak berjuang dengan UMNO sebab kami rasa pemimpin UMNO semuanya bangsat.UMNO menang ke kalah ke kami tetap macam ni jugak.Kami tak untung dan tidka rugi

Anonymous said...

Kenapa perlu rakyat dan ahli UMNO di peringkat bawahan kena kerja keras? apa hasil yg mereka dapat? Sedangkan kalau UMNO menang para pemimpin UMNO dan penjilat penjilat para pemimpin aje yg dapat harta rampasan perang.Sebenarnya kerja keras perlu dilakukan oleh para pemimpin yang mendapat banyak kekayaan atas nama UMNOlah yg kena kerja keras.Biar wan mizan dan dr shukri aje yg buat kerja.Kan dema makan banyak?

Anonymous said...

Memang akan jadi krisis nanti.."The 9 Malay Rulers will be the last bastion of electing our new leader"...Memang ikut jadual Allah untuk tunjukkan pada dunian bahawa pemimpin yang akan naik di Malaysia nanti adalah seperti di janjikan oleh hadis Rasul dan dibenarkan oleh Nostradamus " the blue turban" will rule and conquer the world. Maksudnya tiba pulak giliran sistem Khalifah Islam akan muncul di Malaysia dan berakhirnya sistem puak sekular(kapitalis sesudah berakhirnya komunisma) ..Siapa dia pemimpin itu sama2 kita saksikan keajaiban tuhan menunjukkan kuasanya samalah seperti kisah Mariam melahirkan Nabi Isa(kaum2nya menolak sampai Nabi Isa sendiri boleh berkata2 semasa dilahirkan mempertahankan kebenaran ibunya) dan kisah yang tak masuk akal berlaku ketika Rasullullah menghadapi kaumnya menceritakan Israj Mikraj yang dialami oleh baginda sekembalinya dari peristiwa tersebut..Apa2pun ini adalah rahmat dari tuhan melantik pemimpin yang akan membawa kita semua di Malaysia dan dunia ke jalan siratul mustakim..Insyallah.

Anonymous said...

BN Umno Jerantut bagaimana? Dun Tahan okey ke?

Anonymous said...

UMNO @ BN Jerantut nak menang singkirkan puak2 haru biru tu

Anonymous said...

setuju dgn pandang wzwh, rakyat dh muak dengan kemegahan dan kemewah yg selalau menjadi kiblat pemimpin umno, mengapa tak ambil contoh Yun Razak seorang pemimpin yg benar2 berbakti kepada bangsa melayu.

masaalah Tg Razaligh jadi PM, kawan bukan apa, orang kelantan memang hebat, sbb cina mengaku pesaing mereka adalah melayu kelantan, tapi kawan bimbang bila PM org kelantan, semua abis menteri2 kabinet org deme belaka.

Anonymous said...

sorry bunkan Yun, Tun*

Anonymous said...

buat mende nok kerja keras weii...letih aku, kerja keras hok sedap set2 org politik jugek yg kaya, aku berpeluh jubu* taik pinjam bank nak beli rmh, ikat perut bayar bank bulan2, deme sedap2 je dapat duit projek gi beli kondo, sedaplah gitu, patutlah harga property kat KL naik gila2, ni semua kerja set2 nilah, lepas tu mcm2 lah diperkenalkan rumah mesralah rmh itulah, weeiii dengo sini org politik hak suka bahan duit rakyat, jgn harap kamu akan menang

Anonymous said...

biarla org kelate jd pm sb org kelate tu cerdik orgnya...

Anonymous said...

Agreed with many commentators here. But unfair to pin all blames on Tun AAB alone. He's a poor choice from the outset. But he was Tun DRM's choice. The choice was between AAB and Najib, but DrM had more faith then in AAB. He needed a pious, clean and uncontroversial successor. He thought AAB would make him an adviser of sorts.

He was wrong. AAB was being personal and even vindictive towards DrM. He detested and bested DrM and thought his big 2004 victory was an endorsement for him. Then he allowed himself to be hijacked by the 4th Floor Boys. DrM and Muhyiddin Yassin ganged up to bring him down after disasterous 08 GE. Najib as per usual played safe and reaped the bounty of war.

Now DrM is not happy with Najib. But he would not do to Najib what he did to AAB. He is grateful to Najib's father, Tun Razak. But his comment hurt Najib and there's not much Najib could do because he's not a grassroot leader, and he could not afford to offend DrM. So are his close allies and associates.

Unlike DrM, Najib does not have the Megat Junid, the Aziz Samsuddin, the Sanusi Junid, the Daim Zainuddin, the Tun Dr Siti Hasmah, and, at one time, the Anwar Ibrahim, to help hik with the grassroot.

Najib's strongmen and women are themselves vulnerable. His only hope is the break-up of Pakatan over ideologies and policies. But if the PR people could hold their peace until the GE, the BN could very well be seeing the end of its days.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO MESTI BUAT, bukan bercakap...

Zaman sekarang memerlukan penyatuan
ahli dan rakyat melalui aktiviti ekonomi..bukan penyatuan melalui ideologi politik sahaja lagi....

TERLALU ramai pemimpin politik yang kuat bercakap,tapi TAK BUAT apa yang mereka cakap...ota saja lebih siang malam...semua harap PM buat,yang lain lain tumpang sekaki,itu pun terhegeh hegeh!

Saya pernah tulis dahulu,saya hanya
yakin apabila KRIM ada disemua mukim dan dikebanyakan taman perumahan...KRIM adalah UJIAN ekonomi melayu abad 21.....INI adalah kebaikan kerajaan ini.

Tetapi melayu tetap hasad dengki, melayu tahap pemimpin `beruk',cuba halang kedai kedai runcit menjual barangan dengan harga rendah kepada rakyat berpendapatan rendah....pemimpin pemimpin tahap `beruk' ini elok kekedai sendiri,beli barang sendiri....

dan lihat harga:

daging lembu dari 14-18 ringgit sudah 26-28 ringgit sekilo sekarang...

daging kambing dari 15-18 ringgit sudah 32-52 ringgit(52 ringgit dibulan oktober)

ayam dari 3-4ringgit sekilo sekarang 7,50-8 ringgit sekilo,
cili merah dari 3 ringgit ke 10-14 ringgit sekilo dlll...

ikan kembung dari 2-3 ringgit sekilo dah sampai 12-13 ringgit sekilo,telur dari 20 sen dan 30-35 sen,itu pun grade lau ya punya..dsb, dll..

Ladang lembu pulak dihina sekarang...depa ingat bela lembu tu macam ahli politik tipu duit orang siang malam bolih untung segera ka?

Ini sangat jelas menunjukan mereka tidak pernah berniaga apa lagi menternak haiwan...ini baru 2 tahun lebih sikit depa dah ungkit
macam macam suruh lembu tu berak tahi emas dan kencing perak....

MENGAPA MEREKA tidak ke siam melihat bagaimana ladang lembu terbesar dinegara itu dan diasia tenggara MENGAMBIL MASA LEBIH 40 tahun untuk mencapai tahap tersebut sekarang....peladang tersebut mula ternak lembu PADA TAHUN 1957!.

Kenapa depa tak ungkit PETRONAS dah jadi pembekal dan peruncit utama petrol dan gas diseluroh negara?..dulu kala pergi lah kemana stesyen minyak pun, tokay dia mesti cina,jarang jarang india....SEKARANG ini,tuan tuan bolih pi kat mana pun stesyen minyak,7-8 dari sepuloh, tuan dia melayu....saya bangga.

Sudah ramai remaja dan belia melayu menamatkan pelajaran diperingkat universiti dan kolej.

Universiti dan kolej sudah banyak pun depa dah mula nak katok melayu, melayu melayu dengan `perangai beruk,'pun ikut katok melayu juga....TANYA DEPA BALIK,kat USA DARI DULU ADA TAK UNIVERSITI untuk RED INDIAN?.ADA KA UNIVERSITI untuk orang AFRIKA selepas dah `dilepaskan' dari menjadi hamba abdi?

TANYA DEPA DEPA INI, sehingga sekarang ini di USA dan Eropah ada TAK UNIVERSITI UNTUK CINA ATAU INDIA SAHAJA?..kalau ada tulis beritahu saya.....

Saya sangat berharap akan ada jaringan peruncit melayu jual simen,batu bata,besi dan paku,atap dan lain lain bahan binaan didalam 10-15 tahun akan datang....PERAK dan PAHANG luas hutan,tak bolih ka mulakan usaha ini?...

Saya juga sangat berharap akan terjadi jaringan bengkel bengkel
kereta dan motosikal melayu... PROTO,DRB HICOM dan NAZA tak bolih lihat ini kaa?

BILA lagi kerajaan nak buat basikal
murah berjuta juta bilangannya... dah ramai sangat orang bandar gemok dan tak sihat,kalau guna basikal dikawasan perumahan dan dipusat bandar,sudah tentu lebih baik,lebih bersih dan lebih sihat......buat saja la,sebab ini juga bagus..

LAST sekali,saya nak tanya kepada yang mengetahui,KENAPA gula masih mahal?sedangkan kilang gula dan firma gula FELDA punya.

BEGITU juga dengan beras, melayu juga pengimpotnya dan pengedar utama beras?....

Anonymous said...

Masalah Tun hanya nampak kesalahan yg dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dgn mengaitkan keluarga beliau. Tetapi Tun Mahathir tidak pula berani menyebut kelemahan Najib dengan kerenah isteri beliau yang membuatkan ramai orang menyampah.

Anonymous said...

Bila Tun Det cakap semua pakat buka mata terbeliak.Komen nampak pedas juga.

Saya cuba korek sikit pada pendokong UMNO sendiri.Antaranya sampai berkata dengan nada kecewa tentang amalan double standard dikalangan umno sendiri.Dulu berjasa pada orang Melayu.Tetapi kini UMNO banyak berjasa pada kroni sendiri sahaja.Ada pula ahli umno kelas dua.

Yang berkuasa bertambah kaya.Yang kaya bertambah kuasa.


Semoga Dato Najib baca tulisan orang bawah ini.

Anonymous said...

Bukankah media2 massa bertuankan UMNO setiap hari dan malam dok announce ratusan ahli PAS,PKR meninggalkan parti utk sertai UMNO,malah tunjuk lagi dalam TV1237&8.

b. Pasal amalan rasuah melibatkan Abdullah Badawi & keluarganya, saya nak tanya apa kurang dengan amalan rasuah oleh Mahathir dengan keluarganya?

Ini kes the pot calling the kettle black.Tak payah tuduh menuduh,satu dunia tahu amal rasuah pemimpin2 UMNO,termasuk PM Najib dan Muhyiddin.

Pokoknya selagi ada UMNO baru ini,selagi itu amalan rasuah akan berterusan.

Tak malukah kita bila melihat bagaimana negeri2 bawa Pakatan mengurus tadbir kewangan dengan baik? Bukan saya kata ini apa yang dikatakan oleh A-G(Oditor Negara)

Jadi saya tak heran dlm PRU ke-13 ini Negeri Sembilan,Perak dan Terengganu akan jatuh ke tangan PR.

Apabila masalah NFC & Sharizat ini tak dapat ditangani UMNO dengan baik, ini nak cakap pasal rasuah?

Anonymous said...

Ini ditambah pula dengan usaha yang very focus dari pembangkang yang hanya menyerang UMNO :-
1.Pembangkang melabel BN sebagai UMNO-BN
2.Pas sentiasa menyerang UMNO, Pas ganti UMNO Dan sebagainya
3.DAP juga tidak menyerang MCA dan MIC, tetapi hanya menyerang UMNO.
4.Anwar Ibrahim juga hanya menyerang UMNO
5.Lim Guan Eng juga banyak menyerang UMNO, kerana dia tahu dengan berbuat begitu Cina akan berada pada beliau, manakala undi Melayu pula pecah 3

Ini kerana pembangkang sedar bahawa kekuatan UMNO adalah pada sokongan orang Melayu. Jika mereka boleh pecahkan undi Melayu, maka mereka akan beroleh kemenangan.

Anonymous said...

Macamlah zaman che det dulu semua org suka UMNO. Saya masih bersikap positif dgn masa depan UMNO. Di kala org2 UMNO sendiri mentertawakan UMNO selepas PRU12,sy dgn muka tebal menyanggah mereka.Alhamdulillah,sekarang sudah semakin positif.

Saya hanya taksub kpd platform UMNO yg sy rasa masih berpotensi utk menyatu padukan rakyat malaysia.Mampu mendaulatkan agama bangsa walaupun ada kelemahannya.

Sudah2lah Tun,berpada2lah. Respek sy dah semakin terhakis,semenjak Tun megeluarkan suara mengutuk UMNO busuk dll sewaktu zaman pak lah,walhal...barisan pemimpin yg ada tu pun dulunya adalah dari era beliau. Memang malang UMNO mendapat PM seperti pak lah dulu.

Insya Allah,DSN mampu utk menempuh badai dari dalam dan luar UMNO.Segala2nya atas ketentuan Allah. Sekiranya ditakdirkan UMNO itu hancur,itulah yg tertulis.

Anonymous said...

Till next 13 PRU, no way/more restart to BN/UMNO.

Anonymous said...

Tuan2 anon,

Pandangan Tun Mathir adalah pandangan pakar stratigi ,politik ,perlu dibaca banyak kali,cuba fahami apa yang tersirat.Kalau perlu terbalikan maksudnya.Bagi saya Tun M cuba membuka minda rakyat Malaysia,khususnya Melayu dan Bumiputra.

Mejoriti rakyat percaya kapada BN/UMNO,tapi tidak suka kapada
sebahgin kecil pemimpin BN/UMNO yang yang terdapat disemua peringkat yang tidak mempunyi etika yang baik.Oleh kerana UMNOmerupakan tulang belakang kapada parti2 kompenan BN,semua kelemah dan kesalah dituding kapada UMNO, itulah yang berlaku sekarang.

Cuba kita perhati,mengapa semua parti2 pembangkang membuat serangan begitu hebat kapada UMNO, mereka tahu,tiada UMNO tidalah BARISAN NASIONAL,bukankah BN yang menerima perkara 2yang menyentoh hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra,hak raja2 Melayu,bahasa Melayu,agama Islam....

Kita perhati bagimana Anuar menarik pengikut2nya dengan selogan
yang sangat menarik seperiti;

REFOMASI
DEMOSTRASI ,YANG AKHIR SEKALI DILAUNGKAN SEBERANG
SELAT MELAKA ,
REVOLUSI,untuk menjadikan Malaysia Repoblik,dengan tujuan boleh meminda perlambagaan.PAS tiada identiti,bagi PAS bangsa tiada, saya sifatkan mereka ini bangsa Islam,agama Islam dan bahasapun Islam,terlalu mengarut sampai menafikan apa yang jelas dan nyata diterang Allah dalam Quran.

Sekiranya Ku Li menerima pelawaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat,maka saya menabalkan Ku Li penghianat kapada Bangsa Melayu dan Bumiputra dan apa2 saja kepentingan Melayu dan Bumiputra... saya sangup jadi gurka UMNO,itulah katanya dahulu,jangan lupa ya,,,

SEMANGAT 46. tk

Anonymous said...

umno/BN perlukan satu perubahan sehinggalah ke peringkat paling tinggi.DSN masih dibayangi TunM.tidak ada prinsip sendiri dalam mentadbir.TAAB sudah ditakdirkn TUHAN kerana menjadi PM selepas TunM yg memerintah selama 22 tahun,sudah tentu segalanya tidak akan sama,segalanya nampak berpihak kpdTunM.ingat anak2 TunM tidak mendapat apa2 selama ayah nya menjadi PM,cuma semua malas mempertikaikan.tp bila TAAB menjadi PM mcm2 yg TunM buat sehingga sanggup menggadai maruah parti dgn kuar dari UMNO utk mendesak TAAB meletak jawatan.inikah semangat juangTunM??????sy sgt tertarik utk memperlihatkn teori sy sekiranya BN memerintah?kite tunggu dan lihat kemana arah Mukhriz????selepas ini mukhriz akan lebih berkuasa?kalah dalam pemilihan umno masih mendapat tempat yg istimewa..DSN perlu melihat jauh utk melantik sewenang2nya senator..renungkan kah lah AHLI parlimen jtut yg 3 penggal memenangi kerusi parlimen???bukn senang utk mengekalakan 3 penggal kerusi parlimen?shahrizat kalah dala PRU,dilantik menteri,raja nong chik dilantik menteri dari bhgn yg sama iaitu LEMBAH PANTAI.1 bhgn 2 org menteri.?????apa kes NAJIB???awal memerintah laungkan yg belaiau akan melantik pemimpin yg dipilih oelh akar umbi?tp mana janji tu semua?bersedia la kali ini untuk pahang juga dirampas oleh PR.,

Anonymous said...

YAB DSN tidak memilih bulu, menjadi seorang menteri dari BN/UMNO hatta pembangkang jika hasilnya bagi membolehkan rakyat terus maju. Lihatlah P81 walaupun sudah berpenggal penggal sebagi AP, sebelum itu adalah pemimpin yang dilahirkan dari pembangkang...

Kutukandewata said...

anon 4.39,
salam,cuba tunjukkan saya ahli politik malaysia yang boleh bawa kita ke siratulmustaqim.berminat juga saya nak ikut.jalan yang lurus memang matlamat mukmin!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024