Sunday, November 27, 2011

BN Perlu Berhati-hati Letak Calon Muka Baru PRU 13


DS Najib banyak mengulas tentang definasi calon 'winnable candidate'. Apa sifat-sifatnya. WZWH tidak mahu mengulas panjang. Yang penting bila keluar keputusan PRU 13 calon BN itu menang walaupun 1 undi itulah winnable candidate!

Ada pendapat dalam UMNO dan BN serta pemikir politik beranggapan jika BN mahu menang 2/3 PRU 13 maka BN perlu letak lebih ramai calon muka baru. Benarkah begitu?

Jika kita mahu tahu mari kita lihat kepada empirical evidence bukti dari maklumat PRU yang lepas-lepas:

  • Pada PRU 12, BN terlalu banyak mengenengahkan muka baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.
  • Di Sarawak sebagai polisi, BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan sabotaj dalam pilihanraya yang dihadapi.
  • Dalam keadaan beginipun masih juga timbul risikonya, walaupun terhad dalam sedikit kawasan sahaja. Misalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru baru ini PBB(BN) dengan calon muka baharu hampir kalah kepada PAS di satu kawasan kerana sabotaj daripada bekas penyandang kawasan tersebut.
  • Dapatan dari kajian menggunakankan data Pilihanraya Parlimen tahun 2008 dan 2004 ini mengesahkan yang faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seseorang calon dalam dalam PRU. Pada puratanya seorang calon Parlimen di Semenanjung Malaysia menyumbang(atas pengaruh peribadi) sejumlah sifar undi jika beliau seorang calon muka baru, dan sumbangan meningkat sehingga 1400 undi bagi seorang calon penyandang empat kali.

Finding ini adalah amat penting dan perlu diambilkira dalam meletakkan calon dalam kawasan yang mana kekuatan kedua belah pihak itu seimbang.

Perlukah umpamanya di Jerantut calon parlimen Jerantut itu wajar diketengahkan calon muka baru? Jika melihat kepada bukti data PRU 11 dan 12 maka kemungkinan besar faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seorang calon dalam PRU di parlimen Jerantut.

Itu bukan urusan WZWH untuk menentukannya itu terserah kepada DS Najib dan MB Pahang untuk memikirkannya.

2 comments:

adrianiamri said...

UMNO terutamnya presiden selalu sebut ahlinya mesti menyokong sesiapa calon yang dipilih sebagai calon PRU nanti.. Itulah kawan dengar berulang kali... Adakah maksudnya sesiap yang hendak menjadi calon, apa lagi pergilah menbodek Pak Jib kita... jaga pemimpin kawasan an pengundi kurang penting... Janji Pak Jib suka, baru boleh jadi calon... Rasanya Ezam, Nallakarupan merupakan antara calon wajib BN dalam PRU akan datang ni...

Tolonglah, jangan buat benda yang sudah pasti akan terjatuh.. Boring sudah ahli mendengar, nak komplen secara peraturan. nampaknya komplen itu tidak akan kemana-mana.. Komplen secara terbuka pula, dikatakan mengkianati Parti.. So, kena mengadap tatatertib pula.... aduiiii....UMNO ohh UMNO...

Anonymous said...

Itulah UMNO...salah satu parti politik yang tidak boleh nak dikritik. Kalau ada ahli yang kritik terus di pinggirkan. Tolonglah open minded sikit...saya bersetuju dengan WZWH tu..Dulu memanglah tiada benda2 online begini...maka dengan menggunakan benda online ini..maka semua rakyat dan dapat menilai. Kalau mereka tak lihat blog UMNO maka mereka akan lihat blog parti pembangkang..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024