Friday, November 11, 2011

Sumbangan Keluarga Shamsuddin Brothers Kepada Politik Jerantut


Dato' Sharif Shamsuddin adalah seorang tokoh industrialist yang berjaya di Pahang. Ini gambar pekerja-pekerja di Kilang Asturi Metal Builders di Gebeng terlibat dengan industri produk Oil n Gas.

Dato' Sharif Shamsuddin suka memberi bantuan kepada surau-surau di Jerantut. Setiap tahun memberi  sumbangan zakat kepada masyarakat Islam Jerantut yang memerlukan bantuan.  

Shamsudin Brothers adalah satu keluarga di Pedah DUN Tahan aktif berpolitik di Jerantut satu masa dulu. WZWH yang dari DUN Tahan mahu 'highlight' mengenang keluarga Shamsuddin Brothers ini.

Generasi muda Jerantut mungkin tidak mengenali keluarga politik ini. Bagi generasi lama mereka tahu dulu Haji Shamsuddin (Allahyarham) berkedai kopi di Kg Feri Jerantut. Kemudian membuka Restauran Rasa Sayang di bandar Jerantut.

Siapa Shamsuddin Brothers? WZWH akan cerita ringkas...Ada 3 beradik aktif berpolitik di Jerantut dari tahun 1970an hinggalah sekarang iaitu:

  1. Cikgu Saharuddin Shamsuddin
  2. Dato' Ramli Shamsuddin
  3. Dato' Sharif Shamsuddin
Cikgu Saharuddin adalah pendidik yang berdedikasi, berkarisma dan high profile di Jerantut dan Pahang. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut dan AJK UMNO Bahagian. 

WZWH kenal secara peribadi kerana Cikgu Saharuddin pernah mengajar WZWH di SEMSAS Kuantan pada tahun 1983. Ketika itu Cikgu Saharuddin Penolong Pengetua. Beliau tegas dan tinggi disiplin. Apa yang WZWH suka beliau banyak menyumbang kepada kemudahan dan keperluan sekolah. Beliau akhirnya menjawat jawatan tinggi di JPN. Kini bersara.

WZWH tidak berapa mengenali Dato' Ramli. Namun Dato' Ramli adalah calon parlimen Jerantut pada tahun 1982 kerana beliau satu-satunya yang graduate pada masa itu. Beliau pernah menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Pahang sewaktu zaman DS Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Pahang. Beliau pernah bekerja di PKNP dan kini seorang usahawan di Kuantan.

Dato' Sharif Shamsuddin adalah seorang tokoh yang WZWH sangat kenali secara peribadi. Gaya pengurusan dan cara politiknya. Dato' Sharif pernah menjawat AJK UMNO Bahagian Jerantut, Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan kini Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Sharif background PTD. Beliau pernah berkhidmat di MPK sebagai YDP dan pengurusan beliau menjadikan bandar Kuantan sebagai bandar paling bersih di Asia Tenggara. Beliau membuatkan MPK terkenal di seluruh negara. 

Yang paling WZWH suka ramai anak-anak muda Jerantut diambil bekerja di MPK dizaman beliau. Beliau kuat semangat Jerantut dan sangat sayangkan Jerantut. Begitu juga ketika MB Pahang memberi beliau peluang mentadbir Yayasan Pahang dan anak-anak syarikat. Beliau berjaya mentransformasi Yayasan Pahang dan IKIP menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang unggul di Pantai Timur menarik ramai pelajar dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anak syarikat Sumber Perindu Sdn Bhd kini Yayasan Pahang Plantation adalah hasil tangan Dato' Sharif kini pendapatan tahunan dekat RM 100 juta. Seperti juga di MPK, ramai anak-anak muda dari Jerantut dibawa masuk bekerja di Yayasan Pahang dan anak-anak syarikat. Kini ramai yang berjawatan besar di Yayasan Pahang adalah dari Jerantut. Daerah Jerantut adalah antara daerah yang paling banyak mendapat bantuan biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang.

Kini Dato' Sharif menjadi seorang industrialist mengusahakan Kilang besi buat produk Oil n Gas di Gebeng, Kuantan. Sebagai seorang usahawan yang disegani di Kuantan, beliau pernah menjadi Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pahang.

Sebenarnya parlimen Jerantut memerlukan seorang tokoh yang genius dan inovatif serta kreatif begini. Dato' Sharif adalah calon alternatif parlimen Jerantut. Beliau adalah material untuk menjadi Menteri Penuh sesuai dengan pengalaman pentadbiran dan pengurusan beliau. Beliau seorang orator pandai bercakap meyakinkan.

Yang WZWH paling suka semangat Jerantut beliau kuat dan tebal mahu membantu menolong anak-anak muda Jerantut membangunkan Jerantut. Beliau setiap tahun memberikan sumbangan zakat kepada masyarakat yang memerlukan di Jerantut. Begitulah kisah sumbangan keluarga Shamsuddin kepada politik Jerantut. Walaupun orang Jerantut sudah lupa tetap WZWH ingatkan. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

6 comments:

Anonymous said...

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. ali imran,ayat 26..

sebenarnya pun inilah calon windable candidate sebenar jerantut, WZWH mungkin...(walaupun pada awal dahulu cuba menafikan @ menidakkan) namun...setelah kuat angin bertiup dr putrajaya ke istana pekan ke pej SUK pahang,maka WZWH membuat posting awal sebegini,untung lah andai benar khabar yg dibawa,maka WZWH boleh mengambil kredit suatu hari nanti bahawa beliau telah membuat posting awal lagi mendahului blogger lain,juga menaikkan rating beliau..BAGUSNYA pulak,WZWH tidak bias dalam menyalurkan maklumat,(nasibla da dia paling dekat dgn mklumat dalaman,dia la post dulu)

wbgaimanpun, JERANTUT perlu amat calon sebegini utk ketumbukkan perang bagi kemenangan BN nanti..da sampai masanya bagi beliau, dato shariff(DSS)- turun membantu dalam peperangan besar BN dalam PRU nanti,kita bukan kuat sangat lagi,tapi JENERAL-JENERAl besar patut ber selingsing lengan semula beramai-ramai menghadapi pembangkang...wassalam

Anonymous said...

ooo ini ker calon parlimen jerantut?...
Tengku Azlan camne?....
WZWH...jgn jadi batu api dah la.....

Anonymous said...

dato sarif smsuddin adlh clon yg pling lyk..kmgkinan bsr bliau clon jrntut..ktkohan bliau pn diakui najib...bleh akn mmbwa trnfomasi utk politik jrntut

Anonymous said...

phg msih ktndusan tokoh politik..dlm keadaan skrg ketokohan beliau dperlukan krna umno jrntut ampir musnah..rmln sy dato sarif adalh calon yg pling sesuai utk mmbantu umno mng pru ke 13..

Anonymous said...

Dato' Sharf bekas PTD,kuat tipu dan kuat rasuah.Sebab itulah dia orang kaya dan rumah besar.Itulah pandangan dan tulisan WZWH bebertapa hari lalu.Saya tak sokong sebab dia PTD,jehanam kita

Dibawah ini saya senaraikan golongan PTD,PTN DAN MCS telah merosakan negara masa dulu dan sekarang ;
DATO ON
TENGKU ABD RAHMAN
TUN ABD RAZAK
TUN RAZALI SAFIE
TAN SRI SABARUDDIN
TUN ABDULLAH
TAN SRI MAHAYUDDIN
DATO MUSTAFFA MUHAMAD,
Dia orang semua tak bagus,sebab PTD,ACUAN ORANG PUTIH.Calun BN yang amat sesuai diajERANTUT,botol kicap,tupai atau daging,baru betul....keliru.

aku suka melaga orang

Kutukandewata said...

ANON 6.43,
BAWAK MENGUCAP.ORANG DAH MENINGGAL JANGAN DIUNGKIT.SABAR YE,AKU PUN MARAH JUGA DENGAN PUAK UMNO NI TAPI MASIH BOLEH SABAR.SABAR YE,KITA SATU GENG!!!!!!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024