Thursday, November 3, 2011

Nostalgia Kugiran 'Sepia Nada' Dan Joget Lambak Ulu Tembeling

Penampilan kugiran 'Sepia Nada' seperti foto di atas pada tahun 1960an hingga 1980an.

Joget lambak satu kampung tua, muda, dan kanak-kanak berhibur seadanya secara kampung...

Muzik adalah fitrah manusia. Kita suka dengar muzik, lagu dan menari. Jika kita pergi menyuluh (berburu) kita boleh lihat kancil pun menari-nari bila kita pukul ranting kayu pada daun tepus. Orang Asli pun yang duduk dalam hutan jauh dari kemodenan suka bersewang, menyanyi, main alat muzik dari buluh.

Dalam posting yang lepas WZWH ada menyentuh nostalgia band kugiran 'Sepia Nada' dari Kg Gusai Ulu Tembeling yang ditubuhkan pada tahun 1960an aktif  hingga 1980an. Terdapat komen yang menarik seperti berikut:

Anonymous said...
From Kuala Gusai...

Sedikit pembetulan WZWH."Band Sepia Nada" Bukannya Sepia Senada. Akuq terlibat dengan kumpulan ni dipenghujugnya aje.... Masa awal penubuhannya akuq masih beringus....masih teringat otai-otainya.....
-Ayah Din Gitar (Allahyaram).. pengasasnya
-Jamaluddin Pilus -(Dram)-Skrg peneroka Cini Timur 1
Baharuddin Mat- (Bass Gitar)- Masih berada di Gusai
- Johari Musa - (Gitar utama &Kedua)- Pencen tentera dan jurulatih sambilan pasukan Pancaragam Tunas Bakti Jerantut
- Yusof Zaki Bin Ramli(gitar)- Sekarang seorang Guru Muzik berijazah dan bertugas di negeri Perak
-Kamaruddin Salleh -(gitar)- Bertugas sebagai pegawai Perhilitan diTemerloh.
Yahaya Bin Mohamad (Bass)-Allahyaraham
Ramai lagi yang terlibat antaranya... manan Pilus,Hassan Nordin, Othman Mat Nor, Bahaduddin Awang Kecik..... dan akuq yang bertugas dibelakang tabir.

Aku juga pernah bernyanyi dengan band ni  lagu "jauh, jauh nun disebalik gunung nan hijau". Sekarang dah takda apa lagi dah. Lagu ni dipopularkan oleh Abaug Din...

Penyanyi wanita utama rasa akulah kalau tak silap Fauzia Musa kakak Johari. Ayah Din Gitar duduk seberang Gusai, bertentangan dengan rumah Ayah Uda Sahar.

Masa tu aku halus sangat, belum sekolah. Bila ada sukan Sk Gusai Band Sepia Nada akan main sampai hampir pagi. Sampai aku tertidur bawah pokok langsat depan sekolah.

Begitulah nostalgianya kugiran 'Sepia Nada' yang krewnya dari anak jati Kg Gusai Ulu Tembeling. Kugiran ini telah bermain serata kampung-kampung di Ulu Tembeling selama lebih 30 tahun di kenduri kahwin dan keramaian. Sudah tentu pembaca WZWH dari Ulu Tembeling tentu teringat kenangan semasa kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Posting WZWH ini cerita tentang kugiran kampung dan joget lambak.

Masa WZWH kecil, budaya menyediakan kugiran kampung (orang dulu-dulu panggil pancaragam) dan joget lambak semasa kenduri kahwin selalu diadakan kini sudah hampir-hampir pupus.  WZWH masih sempat dan dapat mengingati beberapa peristiwa berkenaan.

Di Ulu Tembeling ketika itu ada kugiran terkenal band 'Sepia Nada' yang aktif dan kreatif menghiburkan orang kampung selama lebih 30 tahun.

Ketika itu kugiran yang dijemput biasanya dari kampung berdekatan terutamanya Kg Gusai. Kalau hendak undang kugiran Jerantut atau Temerloh mahu pun Lipis sangat mahal kosnya.

Segala peralatan akan dipunggah dari sana dan diangkut melalui bot panjang. Apabila sampai, budak-budak muda kampung secara sukarela jadi tukang angkut/ pikul. Bukan main seronok menolong. Takda upahnya, dapat bawa guitar karan tu dah rasa macam rock star.

Bangsal khas untuk tujuan tersebut dah tersedia sejak awal dan biasanya pada sebelah petang malam berinai tu sound check dah bermula. “testing, testing 1,2,3..” weng…wong…weng wong….bunyi guitar dah cukup menggetar sukma (maklumlah ketika tu memiliki sebuah radio pun dah dianggap mewah).

Semasa sound check tu, anak dara mula tertinjau-tinjau dari belakang dapur dan si teruna buat-buat sibuk dengan seluar bergaya.

Kira-kira dalam pukul 8:30 malam, sempena dengan upacara berinai, persembahan pun bermula. Lagu-lagu DJ Dave, Syarifah Aini, Hail Amir, Uji rashid dan Anita Sarawak mula berkemundang. dah tentu lagu “selamat pengantin baru” dendangan Saloma menjadi keutamaan.

Sambil tu penyanyi-penyanyi kampung mula mengambil bahagian dengan cara masing-masing. ada yang terpejam-pejam mata, ada yang terhenjut-henjut macam demam kura dan ada yang terkangkang-kangkang menunjukkan gaya. Suara katak, suara unta dan suara cengkerik semua ada.

Kalau tiba-tiba masa tu generator rosak, gelap gelita seketika. bersorak budak-budak muda dengan rasa kecewa. Kadang tu band tu sendiri ada bawa penyanyi wanita mereka. Pakai kebaya ketat jarang.



















Lagu biasanya melalui permintaan yang dibayar. Bergantung ada RM20, RM30, RM50 dan ada sampai lebih RM100. Duit itu masuk dalam tabung. Biasanya ada anak-anak joget antara 3-5 orang. Kumpulan yang membayar pun masuk gelanggang atau pentas berjoget menarilah dengan anak joget.

WZWH pernah  lihat permintaan lagu paling mahal ialah RM600 sebuah lagu. Dibawah pentas yang lain-lain itu free untuk menari.

Hampir-hampir  menjelang tengah malam, lagu tipikal joget lambak  mengambil tempat. Orang tua, muda dan kanak-kanak pun menari sakan. Yang tidak menari rasa kaki rasa tergedik-gedik...

Biasanya agak-agak pukul 5 pagi persembahan tersebut ditamatkan…

4 comments:

Anonymous said...

Seronok nampak berjoget lambak...ada band lagi.. hebat jugak Jerantut ni rupanya..ingatkan dok dlm hutan main air terjun jee..

Anonymous said...

From Kuala Gusai.....

"Dijeput belia kapong Benih naik bejuget, urrag lain jangan hagor"....kenangan zaman dulu-dulu.Tergelak sendiri.... dan kenangan itu tork mungkin akan berulang kembali......
"Band Sepia Nada" Maklong Puzi dan Embong Kiting adalah penyanyi utamanya(perempuan la...) Lelaki!!! ramai.... terutamanya ahli band. Kebanyakanya semua boleh mennyanyi.
Masih akuq ingat... Suatu ketika band ini pernah diundang bermain di Kampung Lipat Kajang (Kerdau)... majlis perkahwinan adik Guru Besar SK Gusai pada masa itu (Cikgu Sahadan Taib).

P/s.. Oooi Bia! (Keturunan Hj.Jaafar) - beliwat ong ni guna nama akuq.(From Kuala Gusai) Ong gunala nama lain...Kuala Lancor ke,Bukit Ambo ke,ataupun Kuala Dijok ke!!! beliwat ong ni.... swan aku.....

Anonymous said...

SIAPA YANG BERANI TEGUR KEMUNGKARAN INI....

Anonymous said...

Cuba Anon beri definisi apa itu kemungkaran? Orang Ulu Tembeling tak faham fahaman Islam Anon hehehehe...untuk makluman orang PAS Ulu Tembeling kuat berjoget amat!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024