Thursday, November 10, 2011

Siapa Calon Recycle Winnable Candidate Jerantut?


DS Najib memberi harapan kepada 'old guards' Mubarak bila berkata calon winnable candidate BN PRU 13 ialah calon yang boleh menang tidak kira berapa umur atau berapa penggal sudah berkhidmat.

Yang paling penting calon itu adalah calon terbaik BN.

Winnable candidate boleh merujuk kepada sesiapa tidak kira muda atau tua, tiada had umur, tiada had penggal. Pokoknya calon itu ialah winnable candidate.

Tidak kisah jika orang kata calon itu recycle candidate!

BN mahu menang PRU 13 yang sengit. DS Najib mahu sokongan semua-orang baru dan orang lama berganding bahu berkempen .

Post PRU 2008, Pakatan Rakyat semakin kuat base di 4 negeri. Pakatan Rakyat pun ada strategi mahu menang PRU 13. Maka BN perlu menangani secara serious PRU 13 berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Jika DS Najib mahu calon recycle di Jerantut siapa agaknya calon recycle winnable candidate Jerantut?

WZWH nampak ada 3 orang calon recycle di Jerantut yang masih lagi aktif dan sihat:
  • Tuan Haji Ahmad Kamuruzaman Baria AJK UMNO Bahagian Jerantut (mantan parlimen sepenggal)
  • Ustaz Mat Jaafar AJK UMNO Bahagian Jerantut (mantan DUN Tahan)
  • Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar Ketua UMNO Cawangan Kg Merting (mantan parlimen 3 penggal)
Kamaruzaman Baria masih berminat dengan parlimen Jerantut. Beliau mahu jawatan Menteri Penuh kalau bertanding parlimen.

Ustaz Mat Jaafar juga berminat bertanding di parlimen Jerantut. Beliau tidak sesuai lagi bertanding di DUN.

Dato' Wan Abu Bakar boleh bertanding di DUN jika DS Najib percaya boleh jadi winnable candidate.

WZWH percaya 55,000 pengundi Jerantut tentu punya pandangan masing-masing mengenai siapa calon recycle winnable candidate Jerantut.

Ini calon-calon yang WZWH boleh tonjolkan jika DS Najib mahu calon recycle di Jerantut.

6 comments:

Anonymous said...

bgaimana kalo sy ktekan calon parlimen jrntut adalah dato sarif samsuddin..bliau brpotensi tggi utk prlimen wlaupn bkn recycle tp ckup syrt cateria utk bleh mng.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Dato' Sarif Samsuddin adalah calon parlimen sepanjang zaman. Memang beliau layak jadi calon parlimen Jerantut PRU 13.

Anonymous said...

jadi jadilah deme..hok lama ni elok simpan jek..bagi peluang ker oghang baru pulok...

Kutukandewata said...

kalau dato sharif bertanding parlimen jerantut,peratusan menangnya adalah tinggi.mudah-mudahan beliau terpilih menjadi calon parlimen untuk PRU 13.amin!!!!

Anonymous said...

kast stuju sgt ngn aok zuri kalo dato sarif..moh pakat2 kita calonkn nme bliau ke ats...ktkohan bliau dan sft yg mesra memg kast puji..xmustahir bliau bkal mnteri pnuh.amin...

Anonymous said...

Kita selalu memikir sale calun pro 13.... Tapi adakah kita fikirkan siapa pengundi kita pada Pru 13 nanti .... zurik aok ingat aok sorang ngundi bleh menang ke?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024