Monday, November 14, 2011

Shahrizat Perlu Letak Jawatan Menteri Dan Ketua Wanita Demi Kebaikan UMNO/BN

Shahrizat perlu letak jawatan Menteri, Senator dan Ketua Wanita jika mahu memudahkan DS Najib mengemudi BN memenangi PRU 13.

Kes skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan disiasat polis dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyebut ‘barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum’.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan hukuman sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Skandal NFC itu bukan dibawah bidang kuasa SPRM kerana ia tidak hanya membabitkan isu penyelewengan semata-mata.

Kes pembelian kondominium One Menerung oleh NFC yang bernilai RM9.8 juta itu akan diserahkan SPRM kepada polis untuk disiasat sebagai kes pecah amanah.

Ini melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia.

Shahrizat , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita UMNO yang dikaitkan dengan skandal ini wajar dinasihatkan supaya letak jawatan dengan segera.

Wanita UMNO perlu bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan semua jawatan parti demi nama baik dan ketelusan UMNO.

Wanita UMNO Bahagian Jerantut perlu mengusulkan satu usul tergempar dalam Mesyuarat Agung Wanita UMNO Kebangsaan pada hujung tahun ini. WZWH boleh membantu Ketua Wanita UMNO Jerantut menderaf usul tersebut.

NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta, didakwa menggunakan dana tersebut membeli kondominium mewah bernilai RM9.8 juta di Bangsar.

Malah syarikat National Meat Livestocks Corporation (NMLC) yang membeli kondominium tersebut berhutang dengan NFC juga didakwa ditubuhkan dan dimiliki oleh pengurusan tertinggi NFC iaitu ahli keluarga Shahrizat.

DS Najib perlu berani bersihkan kabinet  Malaysia dari Menteri yang 'nampak seperti korupsi' baik untuk UMNO dan BN.

14 comments:

peminat gambar lucah said...

zurik,apa kena ngan cikgu pian tu?gila seks ke asyik tayang gambar lucah je.cerita pulak skandal seks.anak aku yang sekolah menengah tanya aku,ini cikgu pian ppd tu ke?aku jawab bukan.ini editor majalah hiburan.oooooh,patutlah rangking tinggi,wartawan hiburan rupanya,celah anak aku.pian,pian!

Anonymous said...

Laporan salah urus projek 'lembu' ni telah di highlight dlm laporan ketua audit negara...tapi tak de la detail.
bila pembangkang soal..mula2 tu menteri pertanian dan khairy cuba nak tutup..tapi bila satu2 bukti dikeluarkan oleh PR termasuk penyata bank dan sebagainya...
mula kelam kabut sampai khairi beri jawapan yg menampakan kebodohohannya menyatakan beli kondo untuk pelaburan..ada ke perjanjian pasal pelaburan tu? banglo itu akan dijual balik dan tak ade sapepun boleh duduk banglo tu...segala keuntungan banglo itu akan di pulangkan semula kepada projek lembu atau kepada rakyat/negara?...ada ke khairy tunjuk 'perjanjian' itu masa dia bagi alasan itu?....tak ada...semata2 cakap atas angin je...oiii...khairy...anjingpun ada sebab kalau dia menyalak tau...
tuan punya banglo tu pun tak cakap mcm tu..
Tapi itula umno/bn....250 juta tu duit rakyat...sepatutnya mereka memikul amanah rakyat....tapi guna duit rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroni..siapa yg tak nak kaya?...sebab tu pemilihan umno semua calon lobi melobi dan guna politik wang semata2 untuk jawatan dan kuasa..bila masa nak undi rakyat...mainkan sentimen hanya umno yg menjaga hak org melayu dan islam..

Lagi satu...ada tak ahli umno yg mendedahkan scandal 'lembu' ni?..jgn haraplah puak2 ini akan dedah...

bila Rafizi tu dedahkan semua ini...ada pihak siarkan gambar rafizi dgn anwar masa kat mckk dulu...dan kata plak rafizi ni ada hubungan 'belakang' dgn anwar....

tu la umno/bn....bila ada org yg cuba mendadahkan salah laku umno/bn...akan dituduh mempunyai 'hubungan belakang'..
anwar pernah bergambar dgn mahathir,najib,muhyidin...siapla kau wahai mahahir,najib,muhyidin.... satu hari kau akan ke mahkamah untuk dipaksa membuktikan yg kau di ada hubungan'belakang' dgn anwar....heheeheeee.....tunggu....dan siapa2 yg ada bergambar dgn anwar..baik padam cepat2...sebelum diheret ke mahkamah...

Anonymous said...

Anon 1;38 AM.

Saya angkat tangan ,sebab awak melalak tampa menila fakta keseluran kes.Cuba perhati betul2 dan buat semakan, siapa punya syarikt yang menjalankan projek itu.Kalau Shrizat saya sokonmg 200 peratus.Tapi kalau anaknya kita dah zalim
pada dia,salahkah anak2 dia berniaga,setahu saya Sharizat bukan menteri kewangan atau PM. Kalau keluarga dia buat salah ,kelurga dia yang dihukum.Lagipun perkara ini masih dalam siasat kedudukan sebenar,jangan buat keputus cepat sangat,seperti cara Mat Sabun mengatakan polis langar dia dengan lend rover,nanti konto maluuuuu...

Kalau macamtu Wan Jijah dan Norijah kenalah letak jawatan juga,termasuk dengan ANUAR ANU sekali,,,,biar jelas duduk perkara baru boleh kita pelangkong dia sekuat kuatnya
supaya dia berhenti dan cau drp politik,lepas itu kita
kita suruh Wan jijah dan Norijah nyah drp arus politik negara,sebab Anuar berlakun filam lucah... ada berani ,,,,,,

WZWH tulis sebab dia hendak Maznah Mazlan jadi Ketua Wanita UMNO MalYASIA saja ,harap bersaber yaa...

COWBOY JERANTUT TK

anti pembaziran said...

semuanya kena letak jawatan, termasuk rosmah mansur juga najib

Anonymous said...

malaysia dah jahanam..hudud la penyelesaian nya..ya Allah, tunjukan jalan dan selamatkan kami semua..

Anonymous said...

WZ patut buat projek Pahang Feedlot Center kat Jerantut, kawasan luas dan boleh dapat 250 juta..banyak tu...boleh laa kita join sekali.

Anonymous said...

Gua respek sama Sharizat... walau pun bukan MP tapi jadi menteri... ramai lagi MP yang dipilih tapi tak jadi apa-apa. Tahniah Sharizat...

Anonymous said...

Tuan WZWH ...kenapa siar gambar sharizat saja...siarkan lah gambar anak sharizat yg urus NFC tu..dengar cerita cun jugak budak tu..emm...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:47,
Projek Pahang Feedlot Center kat Jerantut sukar diusahakan kerana harimau-harimau Jerantut kuat mentekedarah lembu-lembu! Ekekekekekeke....

MymassaVoice said...

Salam tuan,

Blog tuan telah dilink di blog kami.

Mohon link blog MyMassa di blog ini.

http://mymassa.blogspot.com

Terima kasih.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

OK WZWH sudah link blog MymassaVoice, Tk.

Anonymous said...

Pak Lah kata tak boleh hentam Sharizat,dia tak terlibat tapi tanya keluarga dia ..jadi jangan laa WZ hentam Shahrizat..tak betul tu weh..

Anonymous said...

cikgu pian..tutup aje lah blog tu...!!

prebet sapu bandar jerantut said...

setuju dgn wz, yg betol kita sokong, yang kianat kita gugurkan, mana2 yang sapu duit rakyat kita gugurkan, rosak parti, rosak masyarakat dan rosak negara

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024