YB Dato' Sharkar Shamsuddin Pengerusi penganjur KMS1M sedang memegang i-pad semasa DS Najib melancarkan perasmian konvensyen.
WZWH berkesempatan menghadiri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC semalam.
Sejak kebelakangan ini kepalsuan makin berleluasa. walaupun kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memakmurkan dan memajukan negara, namun segala usaha ini terganggu dan terhalang akibat fitnah dan permainan politik yang melampui batas.
Sebab itu sekiranya kita seorang yang prihatin, patriotik, menolak politik fitnah serta palsu dan menyokong politik yang berasaskan maklumat dan fakta sebenar, kita perlukan satu forum Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.
Objektif KMS1M ialah:
- menggabungkan pengiat media sosial dari seluruh negara di bawah satu bumbung untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan mengenai scenario politik semasa.
- memberi pengiktirafan kepada pengiat media sosial sebagai satu 'force to be reckon with' dalam arus perdana politik negara.
- mewujudkan satu wacana untuk mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pembangkang.
- menghasilkan satu resolusi yang akan membentuk dasar perjuangan di arena media sosial bagi penggiat-penggiat yang perihatin dan berjiwa patriotik.
Sesi Kedua majlis bersama YAB Perdana menteri: Amanat PM dan pelancaran khas.
Hampir 2000 pengiat media sosial dari berbagai kaum menyertai konvensyen ini. DS Najib telah mengiktiraf peranan pengiat media sosial dalam menyampaikan maklumat dan membantu kerajaan BN memenangi PRU. Mereka adalah balatentera BN yang baru.
1 comment:
tahniah utk semua..
Post a Comment