Hari Raya Haji ke 2, WZWH berkesempatan menziarah kubur nenek moyang di Kg Labu dan Makam Ketapi Tembeling Tengah.
Memang selalunya setiap tahun masa Raya, WZWH selalu posting kisah menziarahi kubur nenek moyang sila klik sini.
Pokok sena ditanam di atas makam Marhum Ketapi @ Marhum Batu Nesan Pecah masih tumbuh hingga kini berumur lebih seratus tahun.
Ini makam Tun Abdullah bin Tun Da. Makam ini juga dipanggil makam Marhum Ketapi. Satu-satunya makam yang menjadi rujukan utama keluarga Wan Tembeling. Tun Da (Tun Yusup) adik beradik dengan Tun Koris (Bendahara Pahang). Tun Ali (Bendahara Pahang) adalah anak Tun Koris. Ini bermakna Tun Abdullah (Marhum Ketapi) adalah sepupu keras Bendahara Tun Ali.
Apa yang menarik tentang makam Marhum Ketapi ialah ada sebatang pokok sena yang besar tumbuh di atas makam marhum. Marhum Ketapi berpesan kepada anak cucunya supaya jangan diletak batu nesan di makamnya. Tetapi anak cucu meletak juga batu nesan. Akibatnya 3 kali batu nesan retak.
Bila perkabaran ini disembah kepada Marhum Sultan Ahmad maka Marhum menitah seorang Syed pergi ke Kampung Ketapi memberitahu anak cucu Marhum Ketapi supaya menanam pokok Sena di atas makam Marhum Ketapi. Sampai sekarang pokok Sena itu ada lagi.
Almarhum Sultan Abu Bakar pernah menitah supaya dibuat pagar besi mengelilingi makam Marhum Ketapi tetapi pagar besi itu akhirnya tumbang akibat banjir besar.
Ada satu cerita yang WZWH mahu kongsi bersama. Ada cerita sedih dan romantis bila menziarahi kubur nenek moyang. Perhatikan naratif cerita ini melalui foto-foto kubur yang WZWH ziarah....
Ini kubur Haji Wan Musa bin Engku Khatib (Wan Endut) bin Tun Abdullah (Marhum Ketapi). Haji Wan Musa adalah tiga pupu Almarhum Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad. Haji Wan Musa adalah keluarga belah Tembeling yang kuat menyokong dan mendaulat Almarhum Sultan Abdullah.
Oleh kerana ikatan keluargaan dan sokongan politik yang kuat antara Almarhum Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad dengan Haji Wan Musa ini maka Almarhum Sultan Abdullah berkenan menunangkan putera sulung baginda iaitu Tengku Abdul Rahman dengan anak perempuan Haji Wan Musa yang bernama Wan Hijau semasa kedua-duanya masih kecil.
Tapi jodoh tidak kesampaian...Tengku Abdul Rahman ini telah meninggal dunia terlebih dahulu semasa kecil sewaktu perjalanan dalam kereta api di Kuala Lipis. Ini membolehkan Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah menjadi pewaris Sultan Pahang yang seterusnya.
Jika Allah memanjangkan umur Tengku Abdul Rahman mungkin Tengku Abdul Rahman akan menjadi Sultan Pahang selepas Almarhum Sultan Abdullah. Sudah tentu Wan Hijau akan menjadi Sultanah Pahang! Namun Allah maha berkuasa ke atas qada' dan qadarnya.
Ini kubur Wan Hijau binti Haji Wan Musa.
Tradisi menunangkan anak-anak Raja Pekan dengan keluarga Wan Tembeling masih diteruskan...Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah pernah berkenan menunangkan puteri baginda semasa kecil dengan YM Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad (mantan ahli parlimen Jerantut selama tiga penggal)
Dato' Wan Abu Bakar ini ialah cucu Wan Ahmad bin Engku Khatib bin Tun Abdullah. Istimewanya Dato' Wan Abu Bakar ini nama beliau itu diberi nama oleh Almarhum Sultan Abu Bakar di Kg Bantal Ulu Tembeling sewaktu Dato' Wan Abu Bakar baru lahir dan dibuat anak angkat oleh baginda. "Saya beri nama Wan Abu Bakar semoga bila besar nanti akan jadi orang besar" titah Almarhum Sultan Abu Bakar di jeti Kg Bantal 58 tahun dulu...
Tapi kehidupan 1970an sudah moden buat anak-anak muda membuat pilihan mereka sendiri lalu jodoh juga tidak kesampaian. Bila pada tahun 1980an tradisi ini mahu diteruskan ramai keluarga Wan Tembeling tidak sanggup lagi mungkin faktor ekonomi dan status yang sudah berubah membuatkan mereka sedar kepada realiti kehidupan. Namun hubungan kekeluargaan sejak zaman berzaman perlu dipelihara dan dijaga bagi menjaga nasab keluarga.

3 comments:
sejarah yg harus dikenangggg, jgn kenang sangat nanti bang mat sabu serang anda pulakkkkk
mah,bulu mah lekat lagi kat rengkung abg ni,sedap oiiii.
tq wzwh...share cerita....
ye la...semuanya Allah yg menentukan...dan Dia la sebaik2 perancang....kepada yg pergi mendahului kita...semoga roh kalian di tempatkan di tempat yg terbaik untuk mereka...
Di hari yg mulia ini...panjatkan lah al Fatihah untuk insan yg telah pergi meninggalkan kita..ALFATIHAH...
Post a Comment