Sunday, February 6, 2011

DS Najib Segera Bina Masjid Baru Kg Kuala Sat Ulu Tembeling


WZWH menyokong penuh posting blog MuaraSat bertajuk "Rayuan Kepada MB Pahang" baca sini, berkenaan masjid Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Dalam posting yang lepas WZWH telah menyentuh perkara yang sama, sila baca sini

Masjid Kuala Sat adalah masjid lama dibuat dari kayu pada tahun 1964. Sejak itu hanya peruntukan membaikpulih saja hinggalah keadaan menjadi daif sekarang. Beberapa bah telah merosakkan kayu dan struktur bangunan masjid itu.

Pada mulanya kerajaan negeri Pahang hanya mampu memberi peruntukan sebanyak RM400,000. Ini tidak cukup kerana kos membuat masjid di Ulu Tembeling lebih tinggi. Sebagai contoh bagi model masjid yang boleh memuat kapasiti seramai 700 orang seperti Masjid Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar kos masjid ialah sebanyak RM1.9 juta.

Jika kos yang sama diambil sebagai asas maka masjid di Kampung Kuala Sat akan boleh memuatkan kapasiti 300 orang.

Masjid itu perlu dibuat baru di tapak baru. YB Dato' Wan Amizan telah memohon peruntukan sebanyak RM1.9 juta melalui MB Pahang bagi membina masjid baru Kuala Sat. Masjid baru ini dicadang dibina lebih besar kerana penduduk Kampung Jipang di Sungai Sat akan berpindah ke seberang maka untuk memenuhi keperluan penduduk Kuala Sat yang semakin ramai maka peruntukan itu dikira wajar.

MB Pahang telah menulis surat kepada DS Najib memohon peruntukan pembinaan masjid baru Kampung Kuala Sat dengan memberi penjelasan panjang lebar. WZWH percaya DS Najib akan meluluskan permohonan pembinaan masjid baru Kampung Kuala Sat dengan kos hampir RM2 juta.

Hari ini DS Najib telah mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta bagi membesarkan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Maka peruntukan RM2 juta itu kecil saja bagi DS Najib bagi membina masjid baru Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling.

Status permohonan masjid Kampung Kuala Sat itu masih dalam proses kelulusan. Insyallah tahun 2011 ini kelulusan permohonan ini akan membolehkan pembinaan masjid Kampung Kuala Sat. Pada bulan Jun tahun 2010, Mufti Negeri Pahang bersama Tuan Kadi Jerantut telah mudik ke Kampung Kuala Sat bagi menentukan arah kiblat yang betul di tapak baru.

WZWH harap penduduk Kuala Sat bersabar. WZWH faham orang Tembeling suka bermanja dengan YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan. Kalau orang Tembeling minta sesuatu dari ADUN Tahan, orang Tembeling mengharapkan esok atau lusa terus boleh lulus.

12 comments:

Anonymous said...

Salam YB wan mizan mintak rm 1.9 juta yntuk bina masjid tu lepas tu company dia yg dpt kontrek buat masjid tu,Untung jugak jadi YB ni kan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:18,
Bila DS Najib luluskan Projek Masjid Baru Kg Kuala Sat bajet dekat RM2 juta. Peruntukan akan disalurkan kepada kerajaan negeri melalui YB Dato' SUK. Projek itu dikawal selia oleh JKR. Tender akan dikeluarkan atau terus diberi kepada syarikat oleh Dato' SUK. Sesiapa yang berminat jumpa lah MB, Dato' SUK. YB Dato' Wan Amizan tiada kuasa. Beliau hanya YB biasa saja.

Anonymous said...

jadi-jadila membodohkan org dgn ayat yb wan amizan tak de kuasa, dia hanya yb biasa

Anonymous said...

YB tiada kuasa meluluskan .... YB Dato' hanya ada kuasa mengarahkan pegawai kerajaan meLULUSkan kepada kompeni sipolan dan sipolan(bukan arahan bertulis cakap mulut je ... tak de bukti nak dakwa kat mahkamah)

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:33 dan 8:10,
Ok YB Dato' Wan Amizan YB paling berkuasa di Pahang yang boleh bagi projek-projek kepada mana-mana syarikat. Ekekekeke...puas hati dengan jawapan ini wakakaka..

Anonymous said...

senang ngat hidup ini, kita buat perkara baik akan di sebut oleh masyarakat, dan akan di kenang walau pun sudah kembali ke alam kubur, sebaliknya jika perkara yang tak baik pun akan disebut tanpa di kenang.

mustahil dari 10 perkara yang dilaku oleh pemimpin dan di perkatakan oleh rakyat langsung tak ada satu yang tak betul, seolah olah semua perkara yang di lakukan oleh pemimpin betul belaka.

memang tiada kuasa meluluskan, yang mengeluarkan surat kelulusan adalah jabatan berkenaan, misalnya, jika permohonan tanah, datang dari pejabat tanah, felcra dari pejabat felcra/tanah, felda, dari felda, kontrek dari, jkr, majlis, plb, kkw, pelajaran dari ppd, dan bermacam macam lagi lah, kementerian satu hal, jangan nak sorok lah , rakyat bukan bodoh, jika tiada tangan tangan ghaib, tak ada penjawat awam yang bersekongkol,atau terpaksa memberi atas arahan atasan, aman malaysia ini, kekakyaan dapat dinikmati oleh rakyat sama rasa, begitu juga yang berniaga, kontrek, dapat sama rata, tidak lah seperti sekarang, yang berkuasa juga orang yang mempunyai kawan rapat dengan orang yang berkuasa sahaja menjadi kaya raya.

lesen untuk kaya ialah jawatan dalam umno, boleh buat apa sahaja jika sudah berjawatan tinggi, tapi bukan semua.

Pengundi DUN Tahan said...

Anon 10:29,
Apa bezanya YB-YB dulu sebelum YB Dato' Wan Amizan. Kenapa Dato' Wan Amizan sahaja yang berjaya membawa banyak projek-projek ke DUN Tahan. Kenapa YB-YB dulu tidak buat begitu? Kerana YB-YB dulu tidak cukup berkuasa dan pengaruh ke? Sampai hanya sepenggal sahaja diberi peluang menjadi wakil rakyat-tidak puas berkhidmat he he he...

Anonymous said...

Salam pengundi dun tahan yb sebelum ne tak berapa pandai buat keuntungan secara mendadak agaknya, duit tak ada, jika ada pun kedekut sikit, jadi pengundu pengundi dun tahan yang kaki makan di suap ini macam saudara ne, tak suka lah , makan minum tak dibelanja, tak macam yb sekarang ne, duit banyak yerlah pendapatan dari kerja yb ne kan banyak, bukan gaji yer?, suka lah orang orang yang yang memang menyokong membabi buti ne......, kerja tak payah susah susah, duit yb bagi. senang hidup,

Anonymous said...

kata2 anon di atas adalah kata2 insan yg frust..frust sbb dato dompok xbelanja dia makan

Anonymous said...

kata kata anon di atas suka sangat gayanya nya makan anak bini di suap oleh dato dompok, terus kan sampai keanak cucu.

Anonymous said...

Baik guna wang itu buat jalan ke Kg Sat. 4X4 pun susah nak masuk.

Anonymous said...

Sedih lihat keadaan di Kg. Sat, Pahang. Negara dah 55 tahun merdeka. Tapi warga Kampung Sat, masih lagi tidak mengacapi kemudahan jalan yang sempurna. YB tak pernah turun padang untuk pantau masalah penduduk. Bila nak Pilihanraya batu nak tunjuk muka.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...