Tuesday, February 1, 2011

Provoking Thought: Konspirasi Politik Lee Kuan Yew Dan UMNO


Dalam politik kita kena juga berfikir "provoking thought" sergah minda pemikiran politik melalui pengamatan dan pemerhatian selama berpuluh tahun. Konspirasi politik Lee Kuan Yew dan UMNO.

Kalau kita perhatikan setiap kali PRU dan PRK di adakan selama lebih 40 tahun acapkali mantan presiden Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) kini Menteri Kanan mengeluarkan political statement yang nampak negatif kepada UMNO dan BN serta negara tapi political statement itulah yang selalu memenangkan UMNO dan BN.

Dan dalam pada masa yang sama Tun Mahathir akan turut sama menjawab retorik kenyataan politik LKW. Dalam permainan politik Tun Mahathir, beliau menggunakan isu Melayu dan Islam di Singapura sebagai isu untuk menyatukan orang Melayu Islam untuk terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini. Tun Mahathir sentiasa menjadikan orang Melayu Singapura sebagai contoh dan alat untuk menakutkan orang Melayu di Malaysia supaya jangan menerima parti lain selain dari UMNO dan BN jika Melayu masih mahukan masa depan mereka tidak menerima nasib seperti Melayu Singapura.

UMNO/BN berjaya mengalahkan PAS/PR dalam PRK DUN Tenang dan seterusnya menambahkan lagi majoriti yang dimenanginya pada 2008 yang lalu. Banyak faktor-faktor kemenangan yang dimiliki oleh Umno akan dihuraikan oleh pelbagai penganalisa politik nanti.

Maka disini satu persoalan yang sedang belegar-legar dikepala adakah berkemungkinan faktor penyumbang peningkatan didorong oleh suara dari seberang tambak iaitu LKW. Adakah LKW terbabit sama di dalam kempen UMNO untuk memenangi PRK DUN Tenang?

Apakah sesudah MCA gagal untuk meyakinkan kepada pengundi kaum Cina dengan isu Negara Islam PAS dan isu "salam sarung tangan" calon muslimat PAS, UMNO sengaja membiarkan undi kaum cina masuk ke dalam peti undi PAS dan UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia berkempen menakutkan Melayu dan seterusnya memaksa Melayu mengundi dacing?

Dan jangan dilupakan DUN Tenang ini berada didalam Negeri Johor bersempadanan dengan Singapura pula?

laporan akhbar dari Utusan Malaysia pada 27.1.11 dimana tertera nama Menteri Mentor Singpura dimuka hadapan akhbar itu - BERITA UTAMA; KUAN YEW TAKUT NEGARA JIRAN

Pada 28.1.11 didalam laporan akhbar yang sama nama LKW naik lagi dan pada tarikh tersebut laporan mengenainya dipaparkan diruang RENCANA ; ANTARA MCA,DAP DAN LEE KUAN YEW

Dan paling mengujakan hati ini apabila disaat-saat akhir sebelum pintu pusat pengundian dibuka pada 30.1.11 BN melalui media rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia melancarkan laporan muka hadapan - BERITA UTAMA; KUAN YEW KETEPIKAN AGAMA 

Jelas dan terang UMNO berjaya di dalam kempennya untuk menarik perhatian pengundi Melayu dengan menggunakan LKW sebagai umpan apatahlagi peningkatan undi dari kaum Melayu sehingga melonjakan majoriti yang diperolehi lebih dari 1000 undi berbanding 2008.

Kenapa kempen percuma dari LKW ini sangat berharga buat BN/UMNO?

Sebagaimana biasanya, apa sahaja yang diperkatakan Menteri Mentor Singapura, LKW, tentang politik Malaysia mahupun tentang hubungan Malaysia-Singapura akan menimbulkan reaksi gempar dikalangan rakyat umum di Malaysia.

LKW sering dianggap sebagai realiti yang lebih besar daripada kehidupan ini sendiri. Dalam kerangka wacana politik negara ini yang begitu tebal ciri perkauaman-misalnya dikalangan orang-orang UMNO-LKW sering digambarkan sebagai musuh ketat lagi berbahaya.

Nasib orang Melayu Singapura,dan penindasan mereka oleh LKW dan kerajaan Singapura,sering dikemukakan sebagai contoh dan amaran tentang apa yang akan terjadi kepada orang Melayu jika kuasa politik terlepas dari tangan orang Melayu-maksudnya terlepas dari tangan UMNO-dan direbut oleh LKW dan kaumnya.

Pemimpin politik yang bersikap perkauman di Malaysia-akan memperalatkan negara jiran terdekat mereka sama seperti negara Israel memperalatkan peristiwa Holocaust; yakni untuk membela kewujudannya dan mencipta momok asing yang dikatakan akan membahayakan kewujudan itu Malaysia.

Samada LKW ini benar-benar salah satu kempen yang paling berjaya buat UMNO kemenangan di PRK DUN Tenang bukanlah BN yang menang tetapi UMNO yang menjadi Juaranya.

kepercayaan bahawa LKW akan berterusan menjadi bahan kempen percuma untuk BN akan berterusan sehinggalah LKW menutup mata. 

Dalam pemikiran LKW walaupaun beliau teruja dengan idea kebangkitan PR memerintah Malaysia tapi dari segi jangka panjang LKW tahu kestabilan dan keamanan politik Malaysia tidak akan bertahan lama jika PR memerintah dan ini boleh memberi kesan secara lansung kepada Singapura sebab itu LKW dan Tun Mahathir tahu apa drama, apa polemik dan apa retorik untuk memastikan UMNO dan BN berkuasa memerintah Malaysia hingga rakyat pada satu masa akan datang akan memilih parti alternatif lain. Itu beratus tahun lagilah terlalu awal untuk dibuat analisa!

1 comment:

Anonymous said...

mungkin ni juz anggapan pnulis je..tp mgkin jgk ade kbnrannya.tp kalo tgk realitinya,trnyata ape luahan tun M tu smmgnya benar. soal 'drama' d cni sy pk tduhan yg agk extrem tuk mreka!persoalannye,PERLU ke brdrama juz smata2 tuk survival umno??keji sgt ke tun hgga sggup bsekongkol dgn org yg ske mnyainginya sjk dlu?bgaimana plk LKY yg sntiasa berasa terancam dgn kdua2 jirannya, malaysia& indonesia? Hgga mereka di katakn mpunyai pruntukan yg besar juz tuk aspek pertahanan&ketenteraan yg d katakn agk cggih?kte jgk sdia mklum akn hbgn 'intim' mreka dgn israel shigga kn mreka d katakn mndpt tunjuk ajar&kcanggihan ktenteraan israel.mreka jgk slalu mnjd duri dlm daging trhdp jiran2nya ini.org melayu tak d benarkn lgsung unk memegang jwtn trtinggi dlm bidang keselamatan!mendiang isterinya sndri prnh bpesan, jgn percayakn org melayu!isu batu puteh,isu air,isu jmbtn,isu pnggunaan ruang udara& mcm2 lg mnjelaskn lg niat sbnr mereka& mnunjukkan tiada untungnya pon tun m berdrama dgn LKY semata2 krn umno yg semestinya didendami sejak zmn tunku abd rhman lg!biasa la mereka tlh d latih dgn skil pemikiran yahudi,so xhairan la mereka bgitu licik,bstrategi! Mgkn ape yg d lihat pnulis adalh kbetulan je.mgkin krn trlalu brprasangka,pnulis beranggapan bgitu.tp trpulang la msing2 ade pndpt trsndiri

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...