Wednesday, February 16, 2011

Pakatan Rakyat Menang Besar Jika Letak Calon MCLM Bertanding Di Pedalaman!

Raja Petra pengasas MCLM, tokoh pemikir hebat Pakatan Rakyat, punya 30 bakal ahli parlimen di belakangnya, bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

12 juta pengundi Malaysia ramai tidak kenal apa itu MCLM. Ini gerakan propembaharuan. Pada 12 Disember 2010, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), diasaskan Raja Petra di London, telah melancarkan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

Cadangan-cadangan MCLM:
  • Berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.
  • Barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan BN.
  • Usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.
  • Impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.
  • Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh menumbangkan BN sekarang
  • Usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan
Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. MCLM percaya Sabah dan Sarawak adalah kritikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13.

MCLM bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

MCLM berharap untuk mewujudkan “perikatan susulan” dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Objektif utama MLCM ialah dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya.

PKR pula berpendirian hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

PKR juga mengakui mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan ‘kesilapan’ yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12. Sementara PKR “terbuka” kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

WZWH rasa elok PKR terima saja pandangan MCLM itu. WZWH yakin Pakatan Rakyat menang besar jika letak calon MCLM bertanding terutama di kawasan pedalaman. Ada 222 kerusi parlimen yang 75% kerusi parlimen terletak di luar bandar.

Memang bagus sangatlah letak 30 calon MCLM yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang profesional, aktif berbagai NGO dalam dan luar negara, berfikiran "Gaya Eropah", majoriti 30 calon ini tinggal di London dan Kuala Lumpur.

Sangat sesuailah letak calon-calon kosmopolitan ini bertanding di kawasan-kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Ulu Tembeling umpamanya. Sudah tentu pengundi-pengundi berfikiran kampung dan ulu berbesar hati punya bakal ahli parlimen yang tinggi tamadunnya, "English Educated", "British or American Thinking", kebanyakan peguam yang pandai bercakap dapat memimpin rakyat di pedalaman yang "kurang bertamadun"

Selama ini pun Pakatan Rakyat tangkap muat saja jadi calon seperti tukang kebun, tukang gunting, posmen, pengganggur, towkay SPA dan urut, along, peliwat,  budak muda pun menang PRU 12. Apa lagi kalau Pakatan Rakyat letak calon MCLM yang bertaraf dunia tentu menang kesemuanya. 

Memang orang macam Raja Petra sangat faham tentang kesusahan, penderitaan dan cara hidup daif rakyat pedalaman. Pakatan Rakyat sudah tentu menang besar dan bukan saja menang 2/3 malah mungkin lebih 90% kerana PAS kata undi Pakatan Rakyat dapat pahala dan masuk syurga, juga DAP kata pilih kerajaan Pakatan Rakyat nasib dan kedudukan Melayu dan Islam lebih terbela serta 12 juta pengundi sangat-sangat benci kepada UMNO dan BN.

UMNO parti paling tidak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. UMNO parti paling korup dalam dunia. UMNO parti paling lama berkuasa dalam dunia.

Sudah tentu rakyat Malaysia tolak UMNO dan BN sebab:
  • PKR parti paling bersih dan adil dalam dunia
  • PAS parti paling Islamik dalam dunia dan tinggi makamnya di syurga
  • DAP parti paling demokratik dalam dunia, parti paling berbilang bangsa, satu-satunya parti yang lebih membela orang Melayu dan Islam dalam dunia.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024