Tuesday, February 8, 2011

Ekologi Akibat "Global Warming" Menentukan Sistem Politik Ekonomi Dunia


Sebenarnya yang menentukan politik dunia kini akibat gerakan kebangkitan rakyat bukanlah disebabkan oleh parti Demokrat atau Republikan, UMNO atau PAS serta parti Sekular atau Islamist tetapi ekologi akibat "global warming" menentukan sistem politik ekonomi dunia.

Bukti menunjukkan dunia sekarang dalam fasa pertama kekacauan politik dan ekonomi akibat "global warming"-dunia semakin panas. Kemungkinan lebih banyak perkara buruk dan lebih buruk akibat krisis akan berlaku.

Kita berada ditengah krisis makanan global. Harga makanan dunia mencanak naik pada bulan Januari akibat peningkatan mendadak harga gandum, jagung, gula dan minyak masak. Harga tinggi memberi kesan yang lebih besar kepada negara-negara yang sederhana dan miskin. Rakyat negara-negara tertekan beban ekonomi membelanjakan semua pendapatan kecil membeli makanan asasi.

Akibat krisis makanan menjangkau lebih dari isu ekonomi. Kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang korup dan menindas seperti di Afrika Utara dan Timur Tengah adalah disebabkan rakyat sudah tidak tertahan menangung penderitaan selama berpuluh tahun akibat kenaikan melangit harga makanan-peledak popular kemarahan rakyat.

Contoh harga gandum dunia yang harganya bertambah dua kali ganda. Sebabnyanya mudah: pengeluaran dunia menurun secara mendadak. Di Russia cuaca melampau panas dan kemarau, cuaca kering di Brazil dan banjir besar Australia dan China serta India merosakkan pengeluaran makanan dunia.


Di Malaysia tanya kepada makcik-makcik dan bapa misali yang selalu pergi ke pasar dan kedai runcit sangat menyedari harga bawang baik bawang putih, bawang kecil, bawang merah dan bawang besar sangat mahal. Tanya orang Ulu Tembeling harga asam rong sekilo baik dari biji getah mahu pun perah juga sangat mahal. Namun harga getah sekilo sekitar RM8 cukup melegakan penduduk Ulu Tembeling dan para pekebun kecil seluruh Malaysia!

Persoalannya ialah apakah dibelakang cuaca yang melampau dan ekstrem ini? Jika tidak terkawal ini akan menyebabkan berbagai krisis makanan dunia dan kesan dari krisis minyak dan tenaga dunia menambah lagi derita dan kekusutan.

Jika rakyat tertekan berbagai sistem politik dan ekonomi di dunia akan runtuh. Ketidakstabilan politik dan ekonomi dunia akan menjerumus dunia kepada keadaan anarki yang tidak terkawal.

Perlukah semua negara di dunia memberi perhatian dan tumpuan serta fokus kepada gerakan parti berdasarkan ekologi. Dunia yang panas dan cuaca melampau tidak menentu dihasilkan oleh dasar-dasar ekonomi dan perindustrian yang melepaskan berbagai gas hijau, asap, toksik, C02 yang buat ozone layer semakin nipis, memanaskan suhu dunia dan kutub utara dan selatan cair glasiernya.

Parti Green umpamanya atau parti Hijau (bukan PAS) jika digerakkan diseluruh dunia dengan padu akan dapat mengawal dan mengurangkan penyebab cuaca melampau dunia. Rakyat Amerika Syarikat dan negara maju dunia perlu memberontak arah industri hentikan pengeluaran elemen-elemen penyebab "global warming".

Di Malaysia di setiap ceramah PAS, DAP dan PKR adakah pemimpin-pemimpin PR sering membicarakan isu ekologi dan "global warming". Ini isu yang rakyat Malaysia mahu Hadi Awang, TGNA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim patut ketengahkan dan juarakan. Rakyat Malaysia sudah bosan dengan cerita-cerita politik fitnah menburukkan dan menidakkan Kerajaan BN dan DS Najib yang matlamat mereka hanya mahu ke Putrajaya.

Rakyat Malaysia harus sedar akan datang ekologi akibat "global warming" menentukan politik ekonomi Malaysia dan dunia.

3 comments:

Anonymous said...

Lama sangat dah hit asyik 36 ribu jer, bila nak naik ni?

Anonymous said...

Salam..kalau rakyat dah benci pr,takkan 5 negeri pr dapat ms pru 12 dulu... umno dan bn byk sgt kepincangan,skrg ni rakyat tak bodoh,kalau sorok perkara tak baik lama kelamaan benda tu rakyat akan tau ..

Anonymous said...

Butuh hang! Hang tulis apa? Bodoh! oo0oo =.= oo0oo

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...