Sunday, February 27, 2011

PRK DUN Kerdau: Jengka 25









WZWH terlibat dengan PRK DUN Kerdau. WZWH jaga Felda Jengka 25. Ini ialah calon BN Ustaz Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad. Tokoh ulama muda Pahang berpendidikan di Mesir. Beliau ialah penasihat agama MB Pahang. Graf terkini Syed Ibrahim Syed Ahmad bermula dengan rating 45%. 















Felda Jengka 25 adalah salah satu peti undi dari 13 peti undi DUN Kerdau. Berlatarbelakangkan Gunung Senyum. Satu-satunya Felda yang ada program "homestay".















Ini bilik gerakan UMNO Bahagian Jerantut yang ditugaskan menjaga peti undi Felda Jengka 25.















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang mempengerusi mesyuarat jentera PRU DUN Kerdau: Felda Jengka 25. Sebagai anak peneroka beliau sangat berpengalaman luas mengendalikan kehendak pengundi Felda.

Pada PRU 2008 dari seramai 450 pengundi berdaftar Felda Jengka 25, PAS cuma dapat 41 undi sahaja. Sasaran PRK ini PAS dapat 10 undi sahaja.

WZWH difahamkan Felda dan kerajaan negeri Pahang telah meluluskan peruntukan hampir RM1 juta bagi kemudahan Felda Jengka 25 seperti dewan orang ramai, gelanggang futsal, hal-hal masjid, belia dan wanita.

Beberapa tokoh seperti Dato' Ahmad Maslam Menteri Felda dan Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda telah berkampung di Jengka  25.

Hari ini DS Najib melawat Felda Jengka 25, 23 dan 22.















Jentera Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Pemuda Felda Jengka 25 sedang memasang bendera BN.















WZWH balas balik pantun di atas:

Gunung Senyum Tersergam Indah
Jengka 25 Kita Kunjungi
Persahabatan Terjalin Sudah
Semoga PRK DUN Kerdau BN Menang Lagi

6 comments:

Anonymous said...

loe punye ustat mesir ade telo tak?
loe punya ustat mesir boleh cakap ada mulut?

nah cakap ni

..mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.


sembang dlm selimut bagi org felda bodoh mcm lu boleh la.

uRag dRrulug said...

betul tu, dia berpengalaman luas....dia juga berpengalaman luas menjual baja felda semasa dia belum jadi yang berhurmat dulu. header blog ni pun nampak cantik sangat, ada perkampongan ada sungai dan ada pungkor kayu hanyut, hehehe. ini bloger pemungkor juga ke? atau hanya menyokong yb pemungkor?

Anonymous said...

bilalah pulau tawar dapat PRK... boleh dapat pilihanraya kecil kat pulau tawar ... dapat banyak peruntukkan .... BN memang terkenal dengan peruntukan bertimbul bila waktu pilihanraya kecilll

Anonymous said...

urag drulug rupanya pembangkang yg celaka.
f**k urag drulug!!!

Anonymous said...

anon 5.32,
awak baru tau rupanya,koi dah lama tau.masa pemimpin pas datang melawat ulu tembeling semasa yb dompok umrah dulu urag drrulug lah yang jadi pengiringnya.UD pun keturunan syed juga tapi dia fitnah syed ibra.apa punya syed la dia ni.jadi pembangkang pun sebab tak dapat felcra.anak tak dapat biasiswa yayasan pahang.sebab itu anti sangat kat yb dompok.macam mana nak bagi dah lah kaya kuat pembangkang pulak tu.sudahlah UD awak tu dah bangkrap idea.Handal sangat jadi calon pas lawan wan amizan pada pru 13 nanti.haji hadi gerenti setuju sebab blog UD famous di ulu tembeling.itu kata dia,kata koi ca alif lam ta!!!!!!!

KUTUKAN DEWATA: bosan dengan kerenah manusia anti kebaikan.

Anonymous said...

sedih rasanya bila peruntukan RM10 juta diberi, tapi yg dapat RM9.5 juta wilayah J 22, J 23 dan J 25.

Apa penduduk Pekan Kerdau dan kg di sekitarnya dapat? RM 0.5 juta aje....

Penduduk Kerdau fikir2kanlah ....

harapkan nama jer DUN Kerdau...tapi
segala kemudahan haya dapat kepada peneroka di 3 Jengka?
Mana relevannya?

Jadi bagi diri saya anak kerdau di perantauan pada mulanya bersemangat utk balik mengundi...
bila dilihat fakta itu terasa tawar hati utk balik mengundi..

kita mahu kg kita yg membangun tapi kg lain lain yg dapat lebih

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...