Tuesday, February 22, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man Sudah Menyerah Kalah Di PRK Kerdau!



PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam PRK DUN Kerdau kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau percaya:
  • Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.
  • Tetapi kena bekerja keras dan menggunaka taktik yang betul, pilihanraya kecil ini tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar PAS kerana penggunaan wang ringgit dan jentera kerajaan oleh BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac depan hari mengundi.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS dalam satu majlis di Kerdau, Khamis ini.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihanraya Kerdau berkata, kekuatan BN di DUN Kerdau kerana:
  • Ada tiga kawasan Felda
  • Satu Felcra 
  • Beberapa kampung tradisional yang sekian lama mengundi UMNO
Bagaimanapun, beliau percaya kepada propaganda "Anak" agenda Mazlan Aliman menurutnya, kini mula kelihatan bahawa generasi kedua Felda berani menyokong pembangkang setelah Pakatan Rakyat mendedahkan penyelewengan agensi tanah tersebut.

“Dengan pendedahan dan maklumat yang dibuat oleh Pakatan Rakyat nampaknya mereka mula menyebelahi kita,” katanya.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS telah mengalami kemeroston sokongan di kalangan pengundi Melayu, Tuan Ibrahim berkata, “cuma merosot di kawasan tertentu.”

“Merosot di kawasan perkampungan tradisi Melayu kerana mereka tidak mendapat maklumat.

“Tetapi di kawasan bandar pengundi Melayu tetap menyokong PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

WZWH sudah menjangka Tuan Ibrahim sudah menyerah kalah dan moral kepimpinannya sebagai Pengarah PAS (PR)  PRK DUN Kerdau adalah berada pada tahap terendah di dalam perjuangan beliau berlawan dengan UMNO dalam pilihanraya.

Beliau sudah akur kepada realiti politik Pahang terkini yang rakyat Pahang sudah kuat kembali menyokong UMNO dan BN. Rakyat bukan bodoh untuk menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Hanya rakyat Pahang yang bukan "rakyat Pahang yang menjiwai Pahang" bertindak jahil menyokong parti anti semangat Pahang!

3 comments:

dun kerdau said...

tuan,
kami masih menunggu pengesahan tuan utk menjadi author di blog dunkerdau, sila buat pengesahan secepat mungkin dan boleh mula menulis segera. tulisan haruslah secara berhemah ~ dunkerdau

Anonymous said...

Berapa JUTA Ringgit Malaysia diperuntukan utk DUN Kerdau PRK ni.. tgk jalan dah start tar.. sebelum ni haram nak tar.. TOK 4 kaya la nampaknya dapat duit.. BEST giler kalau ada PRK kat Parlimen Jerantut.. Kalau PRK Parlimen Jerantut confirm BILION Ringgit keluar.. Hehe..

Anonymous said...

YANG KAYA RAYA DAPAT PERUNTUKAN TERGESA GESA IALAH PARA PEMIMPIN UMNO DAN KRONI KRONI YANG MENJADI KONTRAKTOR, SEMUA KERJA DI BERI TERUS, ATAS DASAR KEPENTINGAN PENGUNDI, POOORAH...................

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024