Saturday, February 19, 2011

PRK DUN Kerdau: DS Najib Menolak Ulamak Dan Ahli Tasauf Sebagai Calon?


PRK DUN Kerdau merupakan satu PRK dimana keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang mana akan memberi satu persepsi kepada rakyat bahawa samada UMNO menghargai ulamak atau tidak.

Definisi ulamak dalam posting WZWH ialah tokoh yang agamawan, berilmu, belajar agama di Mesir, rajin memberi ceramah, bijak, berhemah dan menarik pidatonya dan mungkin zuhud (ada aktiviti tarikatnya).

UMNO Pahang telah menghantar 4 nama kepada DS Najib. Salah satu nama ialah Alfadil Ustaz Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Al-Yahya. Semua 4 calon ini adalah "winnable candidate" yang telah ditapis oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad adalah Pegawai Khas Penasihat Agama MB. Beliau adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau. Berasal dari Kuala Tekai dalam DUN Kerdau. Beliau dari keluarga syed keturunan Al-Yahya.

Dikalangan keluarga syed, beliau dihormati kerana suka mengadakan perjumpaan keluarga syed seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara tidak kira dari mana-mana nasab keturunan. Beliau juga mesra dengan penduduk DUN Kerdau. DUN Kerdau perlu berbangga punya tokoh ulamak seperti Syed Ibrahim.

Syed Ibrahim memang orang UMNO yang kuat bekerja untuk parti. WZWH petik dari blog Sakmongkol...

"Jadi, dalam memilih bakal ADUN Kerdau, elok lah UMNO memakai kriteria yang betul betul mentransformasi politik. Kita laksanakan apa yang kita cakap dengan memilih calun yang boleh malakukan perkara positif. Kita tidak mahu calun yang mempertaruhkan masa depan UMNO pada siapa dia, siapa keluarga dia, pada siapa dia kenal tapi kriteria yang utama iaitu apa dia boleh capai dan sumbangan kepada pencapaian- yilek. 

Dan saya melihat tiada lah pegawai MB Pahang yang lebih kuat berkerja daripada Syed Ibrahim. Dan bila saya sebut kuat berkerja bukan nya berlakun kuat kerja depan si Samseng Kampung Dusun tu- tapi benar benar kuat kerja. Dari segi kerja kuat, saya rasa semua orang yang mengenali Habib Ibra ini tahu bagaimana kuat dia berkerja. Walaupun ada gastrik dan lembikkan diri, dia akan terus berkerja. Sesiapa yang mengenali Syed Ibra tahu, setiap bulan puasa, Syed Ibra ini akan lemah selemah dan longlai longlai nya, namun kecuali nak pengsan, dia akan terus berkerja. 

DS Najib akan ingat begini: dari tahun 2000-2004, inilah orang yang sering kali datang ke daerah Pekan menyampaikan ceramah penerangan. Dalam tempoh tersebut, saya memegang jawatan sebagai ketua penerangan UMNO bahagian Pekan. 

Ketika itu, Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti dia di panggil oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan saya di beri tahu, beliau tingal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajaran nya. Jadi penguasaan nya keatas bahasa Arab sangat tinggi atu superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir. Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab saya di fahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.

Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu saya dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan lah, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.

Sebab nya satu sahaja. Kami bersetuju untuk tidak menyampaikan ceramah politik. Sebaliknya kita lebih gemar menyampaikan ceramah dan tazkirah mengenai perkara perkara kerohanian, keimaman dan tarbiyah membersihkan diri.

Daripada 150 lebih program yang saya aturkan di pekan dari tahun 2001-2004, Syed Ibrahim terlibat dalam lebih 40 program tersebut.

Saya rasa tidaklah ada orang dan tokoh yang lebih bertenaga membantu Dato Sri Najib mencapai kegemilangan setelah hanya menang tipis dalam pilihanraya 1999 dahulu dari Syed Ibra. Biarlah UMNO memperlakukan perkara dan layanan yang betul keatas orang yang berkerja keras untuk UMNO. Kerana memperlakukan yang hak dan betul keatas orang yang layak, merupakan satu kelamahan UMNO. UMNO kurang pandai dalam hal ini. Selalunya orang macam ini, tidak di pedulikan oleh UMNO. 

Sebagai bandingan ada seorang lagi individu yang banyak melakukan keraja kuat untuk UMNO yang saya kenal. Orang yang saya maksudkan ialah Ustaz Hamid Derani dari Kelantan. Orang ini seperti juga Syed Ibra terlibat dalam lebih 40 program penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2001-2004. Apa yang UMNO lakukan kepada orang seperti Hamid Derani? Dia tidak di hargai dan tidak di pedulikan. Hari ini Hamid Derani menjadi pemidato PAS yang sangat berpengaruh. Di Pekan dahulu, bila Hamid Derani membacakan ayat ayat Quran atau membaca Quran sebagai mukaddimah, ada pendengar yang mengalirkan air mata".

DS Najib ada hak memilih siapa saja dari 4 calon UMNO itu. Sebarang calon yang dipilih tetap akan diterima oleh UMNO Bahagian Kuala Krau. Jentera UMNO dan BN tetap laju bekerja memastikan kemenangan calon.

Namun jika Syed Ibrahim tidak terpilih maka rakyat seluruh Malaysia yang beragama Islam dan golongan tasauf @ tarikat serta Orang Melayu akan membuat interpretasi sendiri sememangnya UMNO memang menolak ulamak dan ahli tasauf sebagai calon! PAS seperti biasa akan psywar kepada orang Melayu  bahawa ini adalah satu lagi bukti impirikal bahawa UMNO menolak pemimpin ulamak.

9 comments:

chenerong ular said...

Halo saudara WZWH, walau bagus walau sehebat mana sekali pun tuan syed tu, rasa nya tidak akan terpilih, ini kerana saudara mengatakan beliau adalah NAIB KETUA BAHAGIAN KUALA KRAI,JAUAH AMAT TU WEH PAS KE KELANTAN, mat nya dah tak ada ke orang kuala krau atau dari dun KERDAU HENDAK DI PILIH MENJADI CALUN?. KAH KAH KAH

Anonymous said...

Zuri,

Kuala Krau bukan nya KUALA KRAI.. kenape buat salah lagi!!!!!. Dulu pun aku dah minta kau, zuri, sang cik gu, lulusan master. Kau betul kan tapi TQ pun tak ada. ini salah lagi, makna nye kau tak tahu geografi. Setahu aku lah kuala krau dalam pahang , kuala krai itu dalam negeri cek mek molek, kelantan. Betul kan wahai Zuri.

Pandai sungguh kau membuat teka-tekaan, sampaikan sape yang DSD MB Pahang antar ke PM pun kau tau ye.....hebat.....hebat. Kau belajar ilmu futuritik ke.....hoi ebat....ebat.

Anonymous said...

posting ini menghasut org benci ke BN kalau calon itu tidak terpilih. Kau ni UMNO ke PAS? Kalau blogger UMNO ngapa ke bangang sangat???

Nk berblog berkwan la juga dgn blogger lain, mujur blog ni picisan, pembaca seketul dua jer

Anonymous said...

chenerong ular memang lucu..
KAH KAH KAH..

Average Joe said...

@ anon 12.55pm

aku rasa tuan rumah ni bukanlah 24 jam hidup dia duduk depan komputer aje, semata2 nak update blog & layan komen orang2 kat blog dia. kalau setakat lupa nak TQ di blog pun jadi isu, baik tak payah.


@ anon 1.51pm

oh, kira nya UMNO lah sangat engkau tu? pandai lah sangat, senang2 kata tuan rumah bangang. kau tu lah yg sebenarnya bangang, sesama ahli UMNO beza pendapat sikit pun terus tuduh pembangkang. ni lah beza antara penyokong vs pengampu. muka mcm kau lah yg buat akar umbi & golongan atas pagar meluat dgn UMNO, kau sedar tak??? !!!!!


@ tuan rumah

HamPAS tetap tidak akan kering modal utk mainkan apa jua isu tak kiralah siapa pun terpilih sebagai calon BN. jangan terkejut kalau Tn Syed Ibrahim terpilih jadi calon, hamPAS akan tuduh UMNO memperalatkan ulamak pula. yg penting peluru2 UMNO dah sedia ke belum.

Anonymous said...

chenerong ular hampas dan lucu.
KAH KAH KAH

Anonymous said...

This page talks about several effective ways through which you can get rid of skin tags.
Do this method up to four times a day until the skin
tag falls off. You will find that your custom shapes are
now available from the shape menu when you
have the Custom Shape Tools selected.

Feel free to surf to my web blog ... laser treatment for skin tags :
: :
:

Anonymous said...

biz member, Ed Bankos' personal invitation, I invite you to check out the site. If you carefully read all of the directions on the package, you can freeze off your skin tags without feeling any pain and they'll be quickly eliminated.
'We usually have two or three people in the room, no-one has time, so we have one person tightening the body and another giving a treatment on the face'.



Feel free to surf to my website getting rid of skin tags naturally

Anonymous said...

It's fantastic that you are getting thoughts from this piece of writing as well as from our dialogue made at this place.

My site; Invitrogen

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...