Nuffnang Ads

Pages

Saturday, February 19, 2011

PR Dan PAS Tertekan Tarik Sokongan Melayu , Ayoh Calonkan Nasruddin Hassan Tantawi di PRK Kerdau!


PAS perlu menurunkan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia bertanding di PRK DUN Kerdau. Karisma beliau diperlukan untuk menarik kembali undi Melayu yang "swing" 7-10% kepada UMNO. Beranikah pimpinan PAS Pusat letak NHT bertanding?

Pakatan Rakyat (PR) sudah tertekan sekarang jika PAS gagal tarik sokongan Melayu. Barisan Nasional (BN) akan capai 2/3 majoriti parlimen jika dapat kekalkan sokongan Melayu seperti PRK terbaru.

PR akan kehilangan 40 kerusi parlimen jika PAS tidak dapat sokongan Melayu.

Pada 2008 PAS banyak menang di kawasan ramai bukan Islam. DAP dijangka mengekalkan kerusi di majoriti kawasan Cina.

PR menang 82 kerusi pada PRU 2008 atas sokongan semua kaum tetapi undi Melayu telah "swing" kepada BN dalam 7-10% pada PRK terkini.

Hanya 5 % undi Melayu "swing" dari PR kepada BN akan buat PR kacau.

Jatuh menurun undi Melayu kepada PR seperti fakta berikut:
  • Julai 2009 PRK Manek Urai- 1352 majoriti PAS menjunam ke 65.
  • Melayu terus "swing" kepada BN dalam PRK seterusnya dari 7-10% di Hulu Selangor dan Galas.
  • PRK Tenang-PR gagal dapat sokongan Melayu Felda bila BN sapu 83% undi Melayu meningkatkan majoriti.
Pada PRU 2008 PAS menang 23 kerusi parlimen, PKR 31 dan DAP 28.

PAS perlu memahami realiti situasi politik. PAS hari ini bukan seperti PAS pada tahun 2004. PAS perlu mengikiskan sikap " I am holier than you". Pada persepsi majoriti Melayu, ahli-ahli politik PAS sudah menuju sekular demi kuasa. PAS sudah tidak berminat perjuangkan dasar Islam seperti dulu.

WZWH meramalkan PAS akan kalah teruk dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Undi Melayu akan lari lebih 10% kepada UMNO.

Di PRK Kerdau, Hadi Awang, Majlis Syura Ulamak PAS dan Majlis Tertinggi PAS perlu letakkan calon orang muda iaitu Nasruddin Hassan Tantawi-Ketua Pemuda PAS Pusat kalau mahu memberi tentangan hebat. Pengundi muda Melayu mungkin lebih berminat dengan calon muda PAS yang lain pemikiran dengan golongan tua PAS yang sudah jumud, mudah menyerah kalah kepada DAP dan PKR bila berunding, mudah tidak mengaku Melayu bila berdepan dengan bukan Melayu.

Orang muda Melayu tidak mahu ahli-ahli politik Melayu tidak kira dari parti mana berbelit-belit bila bincang isu Melayu dan Islam dalam forum bersama bukan Melayu.

WZWH ingin mengingatkan di Malaysia ini, di Tanah Melayu ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Straight to the point. Tidak berbelit-belit. Sangat jelas mesejnya.

Jika PAS letak calon Ustaz AlFadil Nasruddin Hassan Tantawi pasti PAS mungkin dapat sokongan orang muda Melayu. UMNO Pahang ada ramai calon AlKerdauwi atau AlTekaie untuk ditagangkan.

PRK Merlimau dan Kerdau akan membuktikan PAS akan kehilangan lebih banyak undi Melayu lagi....

14 comments:

benua arus said...

tantawi tu betul calon anak pahang jati gaknyelah. Sekarang Pas Pahang dah dikuasai oleh orang asal luar Pahang.

Anonymous said...

jika pas mencalunkan NHT MENJADI CALUN PILIHAN RAYA BAGI KERUSI PAS NANTI, DAN JIKA UMNO MENCALUNKAN TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED AHMAD SEBAGI CALUN UMNO, RASANYA SUSAH JUGA BN NAK MENANG, SEBAB RAMAI PENDUDUK DAN PEBGUNDI KERDAU TAK SUKA KAN TUAN SYED INI, ADA KAH PATUT KUBUR UNTUK PUAK PUAK SYED TAK BOLEH CAMPUR DENGAN ORANG BIASA, APABILA MATI LAH ORANG KAMPUNG DI KAMPUNG BERHAMPIRAN KAMPUNG SHARIF AHMAD, MAKA JENAZAH TAK BOLEH DI KEBUMIKAN BERSAMA PUAK PUAK SYED YANG TELAH MATI ATAU DI PERKUBURAN MEREKA.

GAMOKNYA NYA UNTUK PERKUBURAN PUAK PUAK SYED INI, MALIKAT TAK DATANG, ATAU ADA DI SEDIAKAN NERAKA DAN SYURGA BERASINGAN UNTUK PUAK PUAK MEREKA.

WZWH said...

Salam benua arus,
Tantawi pernah bertanding di DUN Bukit Ibam dan Parlimen Maran tapi tewas. Beliau tinggal di Balok @ Bukit Pelindung. Di Pahang ada dasar kalau tinggal lebih 10 tahun dikira warga negeri. Kalau nak kaji orang asal Pahang tidak ramai Pekan-Chenor-Tembeling plus Lipis. Ramai orang Seberang migrate ke Pahang. Bila buka Felda/Felcra lagi ramai orang luar datang. Ramai orang Cina berhijrah dari Perak ke Pahang. Isu orang asal luar Pahang sudah tidak jadi isu lagi.

WZWH said...

Salam Anon 12:41,
Isu perkuburan kenapa kubur puak Syed tidak sama dengan kubur orang biasa adalah warisan Pahang. Itu budaya. Tuan Syed Ibrahim tidak boleh disalahkan dalam hal ini. WZWH faham perasaan Anon.
Sekarang semua orang boleh dikuburkan dalam kawasan perkuburan yang sama. Kalau kita perhatikan kerabat Diraja Pahang dikuburkan dimakam diraja Pekan. Di kampung WZWH sendiri ada satu kawasan perkuburan di panggil makam Ketapi. Di sini ada perkuburan khas puak Wan Tembeling, Puak Syed dan Orang kebanyakan. Di tanah perkuburan Kg Labu Tembeling Tengah pun ada kubur untuk orang biasa dan puak Wan. Sebab itu WZWH cakap isu kubur ini adalah warisan budaya Pahang.

Anonymous said...

Pokoknya dia sendiri yang mengatakan bahawa keluaraga keturunan syed tak boleh di campur adukkan dengan orang orang lain atau orang kebanyakan, agaknya begitu juga lah fahaman yang di anuti oleh tuan bahawa jika wan mati wajib di kuburkan di perkuburan wan sahaja.

Dalam soal mati pun sudah ada pemisah, ini kan pula untuk memimpin masyarakat, senag senag biar puak syed sahaja lah yang mengundi syed dalam pilihanraya dun kerdau nanti, rakyat yang lain undi lah selain tuan syed, kerana di keterunan syed hanya untuk syed sahaja, begitu juga lah jika puak wan yang bertanding, biar puak wan sahaja yang memangkah.

Ini baru isu kubur, nanti ada pulak berbagi bagi lagi WARISAN BUDAYA PAHANG, CONTOHNYA, MEMENANGI TENDAR JALAN RAYA, BANGUNAN DAN LAIN DARI KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI HANYA UNTUK GULONGAN YANG NAMA NYA DI MULAKAN DENGAN, SYED, SYARIFAH, WAN, TENGKU DAN YANG SEANGKATAN DENGAN NYA, RAKYAT BIASA TAK BOLEH MEMOHON, KERANA INI ADA LAH WARISAN PAHANG... KAH KAH, WAAKAKAKAKAK....

dun kerdau said...

Salam tuan blog,

1. dalam menghadapi PRK DUN Kerdau, kita telah membina blog DUN Kerdau http://dun-kerdau.blogspot.com yang bertujuan memberikan maklumat dan menangkis tohmahan dari blogger pembangkang.

2. Kita telah memerhatikan kebolehan dan komittmen tuan dalam penulisan blog, justeru kami ingin mempelawa tuan untuk bersama-sama membantu kami mengendalikan blog berkenaan dengan menyumbangkan tulisan-tulisan tuan sepanjang kempen PRK Kerdau ini berlangsung. Operasi kita ini akan ditamatkan sebaik saja hari pengundian berakhir.

3. sekiranya pihak tuan sedia bersama kami, berkhidmat tanpa janji pada sebarang imbuhan dan segalanya hanyalah kerana agama, bangsa dan negara serta UMNO, sila nyatakan persetujuan tuan dengan memaklumkan kami diruangan komen di blog kami.

4. kami akan memerlukan alamat email tuan untuk 'invite' tuan sebagai 'author' di blog DUN Kerdau itu nanti.

5. apapun, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat berblog ~ dunkerdau@gmail.com

Anonymous said...

Syed? apa lebihnya syed tu?,Dan apa lebihnya Wan tu? aku tengok bersepah juga keturunan syed ni yang bangsat bangsatnya.Dan bersepah juga puak puak Wan yang lebih teruk dari setan perangainya.So apa lebihnya Syed dan Wan ni?

WZWH said...

Salam Anon semua,
Dalam Islam yang penting taqwa kepada Allah dan berpekerti budi yang baik serta hubungan yang baik sesama manusia.Cuma jika kita dari keturunan yang baik maka jagalah nasab keluarga kita.

WZWH said...

Salam Dun Kerdau,
Terimakasih kerana menjemput WZWH sebagai Author Blog Dun Kerdau. WZWH adalah AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Sudah tentu WZWH pasti membantu tanpa imbuhan demi untuk agama, bangsa dan tanahair.

dun kerdau said...

Salam tuan blog,

1. Kami sudah mmebuat invtation untuk tuan menjadi author bagi blog DUN Kerdau, sila accept jemputan berkanaan untuk membolehkan tuan menghantar post di blog DUN Kerdau.

2. Ada beberapa auhtor lain lagi yang akan juga menulis di blog DUN Kerdau, justeru diharap pihak tuan memerhatikan masa bagi menghantar post masing-masing. Kita akan cuba menghantar post pada waktu-waktu berikut: 7.30am, 10.00am, 1.30pm dan 4.00pm.

3 Admin berhak untuk menyiarkan post tuan pada waktu-waktu selain dari yang tuan programkan itu atas alasan tertentu. Selain itu aurhor berhak meminda sebahagian post tuan jika difikirkan perlu selagi tidak mengubah maksud keleluruhan post berkenaan. Admin akan sentiasa memantau setiap post yang dibuat oleh semua auhtor yang dilantik.

4. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan menerima jemputan ini, semoha usaha kita akan berjaya memenangkan calon UMNO BN di DUN Kerdau dengan majoriti yang lebih besar lagi.

5. Sekiranya tuan menghadapi sebarang kemusykilan, sila hubungi kami dengan alamat email: dunkerdau@gmail.com

Anonymous said...

kepada pemimpin UMNO yg berkempen, saya harap jnglah semasa berkempen anda berkata
"kita akn bina/kita akn beri" (memberi jaminan) kerana sekiranya kita gagal mmberi rakyat akn kata, segala jnji manis hnya utk pancing undi, dan hal ini akn dimanipulasi oleh pmbngkng utk jatuhkn umno............ saya ada membaca blog2 politikus, dan ramai yg mmberi komen, menuntut janji manis pemimpin UMNO yg mereka undi dlm PRU yg lps, rmai yg menyatakan janji pemimpin UMNO dlm PRU lps hanya tnggl janji.... elakkan isu ini berulang.........demi UMNO...

WZWH said...

Salam Anon 6.10,
Apa yang penting UMNO kena tunaikan janji-janji yang Arwah YB UMNO dulu telah janjikan kepada setiap 13 daerah mengundi di DUN Kerdau. Sebagai anak Pahang WZWH mahu lihat UMNO dan BN menang besar di DUN Kerdau. Kita kena jaga air muka pemimpin besar kita PM DS Najib dan MB DSD Adnan Yaakob. WZWH percaya 8500 pengundi DUN Kerdau sangat matang tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Selamat berkempen semua pejuang UMNO.

Anonymous said...

Salam..PRK ni boleh lah bn@umno menang...cuba tengok PRU nanti macam mana?...saya bukanlah pandang negatif pd bn@umno,tapi tengok la keadaan semasa skrg,rakyat nak perubahan,rakyat hendar rasa parti lain pula yg memerintah..cuba kita tengok pada PRU 12 dulu...itu cuma permulaan ...ianya mungkin akan berlaku secara betul nanti?...wallahu Allam..

Anonymous said...

bakal pemimpin kerdau perlu membuat perancangan baru tanpa meminggirkan perancangan pemimpin terdahulu.....

Anon 10.35, keadaan sekarng x menentu, keputusan PRU susah kita nak jangka, tapi jika kita lihat kpd golongan muda sekarang, saya sendiri nampak kebanyakan rakan saya semasa di sekolah dulu, kebanyakannya merupakan penyokong PAS DAN PKR, PEMUDA UMNO apa tindakan anda?