Thursday, February 17, 2011

PRK DUN Kerdau: Pertembungan Politikus Agamawan 75% Pasti

Syed Ibrahim Syed Ahmad  dan Nasruddin Hassan dua tokoh muda politikus agamawan Pahang akan berentap dalam PRK DUN Kerdau.

Dua orang ‘calon’ PAS PRK Kerdau yang menjadi spekulasi media dengan tajuk ‘PAS pertaruh tokoh berkaliber’ iaitu Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pusat Nasruddin Hassan.

Ini mahu tidak mahu DSD Adnan Yaakob MB Pahang secara spontan akan menurunkan kad calon ulamak-politikus agamawan. Memang Pahang tidak ramai YB-YB Ulamak terutama dari Timur tengah. WZWH berpendapat ini masa yang sesuai UMNO Pahang menonjokkan tokoh agama.

Manakala UMNO Bahagian Kuala Krau punya calon memiliki ciri-ciri yang menepati tajuk posting WZWH. Syed Ibrahim merupakan Pegawai Agama Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian. Beliau dikatakan pilihan ‘the top’ malah ada sumber memberitahu DSD Adnan Yaakob, Ketua Bahagian dan ketua-ketua Jabatan membuat pertemuan tertutup di bangunan Yayasan Pahang, Kuantan.

Syed Ibrahim yang berasal dari Kampung Tekal (termasuk dalam Dun Kerdau) merupakan anak watan DUN Kerdau. Walaupun 6 nama lain yang disebut layak bertanding dan dikatakan DUN Kerdau adalah kubu kuat UMNO namun WZWH rasa UMNO Pahang jangan ambil risiko mudah.

Hari ini mungkin pengundi lebih melihat faktor calon lebih dari parti. Jika PAS Pusat mahu pertaruhkan tokoh berlatarbelakangkan agama di DUN Kerdau maka UMNO pun perlu tagang calon yang sama taraf dan kaliber.

WZWH tidaklah menidakkan calon UMNO lain kerana WZWH melihat ini peluang yang baik kalau DSD Adnan Yaakob mahu kepimpinan ulama dalam politik UMNO Pahang. Walaupun apa yang dibincangkan oleh ramai pihak bersifat spekulasi namun WZWH pasti di PRK DUN Kerdau pertembungan politikus agamawan 75% pasti.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...